September 16 2014, 12.55 am

Hari ni saya nak berkongsi beberapa perkara penting tentang duit.
Lepas beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ni, saya tergerak untuk berkongsi tentang isu ni.

Cuba tengok kad ATM kita yang dalam dompet tu.
Cari nombor telefon customer service atau khidmat pelanggan.
Salin nombor tu dan letak dalam handphone.
Kalau ada anak-anak atau suami atau isteri, mintak diorang simpankan sekali nombor tu.

Kalaulah satu masa nanti ada orang curi dompet kita, cepat-cepat call nombor tu.
Kemudian mintak diorang block kad ATM tu.
Sebabnya, takut pencuri tu sempat ambik duit kita dalam bank.
Saya percaya kes ni kerap berlaku.
Soal macam mana pencuri tu dapat nombor pin kad ATM tu, saya tak tahu.

Selain kes kecurian, kalau ada apa-apa masalah tentang duit dalam bank, call je customer service ni.
Biasanya diorang ni 24 jam.


Satu lagi kisah pelik yang berlaku kat seluruh Malaysia.
Kalau kat masjid atau surau, biasanya mesti ada tabung, kan?
Orang yang simpan hasil derma tu biasanya jumpa duit RM50 (atau lebih) yang bergulung dalam RM1.
Mungkin kita akan kata dia nak derma RM50, tapi tak nak orang tahu.
So, dia gulung RM50 dalam RM1.
Cerita lain yang saya dengar, ini sebenarnya salah satu kaedah nak 'sedut' duit masjid.
Diorang ni pakai benda halus la agaknya. Wallahualam.

Ada jugak kes guna mata je nak pukau orang.
Yang ni pun popular sebenarnya.
Bagi yang pernah kerja kat kaunter mungkin lebih berpengalaman la.
Daripada pandangan mata je, yang kena pukau terus tak ingat apa-apa.
Tahu-tahu je duit dah lesap.
Even Nabi Muammad s.a.w. pernah sebut tentang kewujudan sihir mata, atau 'Ain'.


Tujuan saya utarakan cerita ni, sebenarnya takde kaitan la dengan saya.
Setakat ni, saya tak pernah hilang kad ATM ataupun kena pukau.
Cuma ni jadi satu pesanan la untuk kita semua.

~Natural Cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...