December 28 2015,  12.17 am

Tarikh 22 Disember 2015 mencatatkan sejarah baru untuk blog ni.
Post bertajuk Anthem yang saya tulis tu telah dibaca sebanyak 7 000 kali sejak mula disiarkan di sini.



Terima kasih kepada blogger-blogger yang letak link ke blog ni kat blog korang, followers, mereka yang tinggalkan nota di shoutbox, yang rajin tinggalkan komen, yang like dan share di facebook sampai viral, dan semua pembaca.

And of course, thank you, Hlovate.





Jun 2013.
Waktu ni la post tu jadi viral. Memang ramai gila yang berkunjung kat blog ni. 

Saya takde apa rahsia la nak kongsi dengan pembaca. Gaya penulisan saya pun taklah bagus macam Hlovate tu. Cuma pernah terbaca tentang satu review novel Salju Sakinah daripada seorang pembaca, yang meyebut beberapa kelemahan dalam novel tu. Dan penulisnya, Zaid Akhtar berbesar hati untuk menerima komen sedemikian. Sebab bagi beliau, novel bukan saja perlukan pujian, tapi kritikan. Sesuatu yang diluah daripada hati. Saya juga pernah ikut kursus Penulisan Kreatif masa kat UTM dulu. Tiap-tiap minggu, assignment-nya serupa je. Baca sajak, dan tulis huraian. Dan tulis tentang kritikan. Maybe dari sini la saya dah terbiasa menulis (dan perah kepala) tentang hasil karya seseorang.

Itulah yang berlaku dalam post bertajuk 'Anthem'. Sesuatu yang ditulis dari hati. Dari mata saya, benda ni biasa. Tak sangka pulak sambutannya jadi sangat luar biasa.

Sesungguhnya, bahasa hati itu mampu untuk menyentuh hati yang lain. InsyaAllah.

Terima kasih semua.
May Allah bless.

*angkat kening double-jerk*

~nc~

December 24 2015, 10.54 pm

Since Cik Aimi kita ni asyik bising  "Mana gambar? Lama tak nampak gambar kat blog ni.", so saya belanja sekeping je ye. Ini gambarnya.



Diambil kat tempat kerja saya semalam. Saya ada habit yang pelik sikit. Kalau kerja syif malam, saya dinner 6.30 pm. Hari-hari bawak bekal yang saya masak atau mak saya masak. Dan jugak suka tengok langit dan matahari. So, saya pun makan kat area tangki air sebelum Maghrib sambil tengok matahari terbenam. Lepas tu lepak situ sambil dengar MP3 dan sambil main henfon - baca buku dalam format PDF, main Candy Crush, atau surfing internet.

Sekian. Lepas ni takyah bising apesal tak letak gambar kat sini ye.

Dan terima kasih sebab ambikkan jubah konvo saya 2 tahun lepas.

~nc~

December 18 2015, 5.50 pm

Antara komen paling epic oleh rakan sekerja saya yang department Production, (to describe me)

"Saya suka salam dengan you. You tahu kenapa? Sebab dua kali je dapat jumpa you. Masa kerja dengan masa balik. You hilang mana kat tengah-tengah tu, I pun tak tahu."

"Saya dalam mesin la."

"Ye la. I pun masuk mesin. Tapi tak terserempak langsung you kat mana."

Ahaha. But it's true. Masuk mesin dalam 10 pagi (after morning meeting). Saya ronda-ronda, check level untuk tangki (chemical & water), cuci filter, pasang counter, repair flowmeter, etc. Tahu-tahu je dah 5.30 pm. Tak terserempak langsung dengan supervisor. Kalau saya bantai tidur dalam mesin pun takde siapa perasan.

Saya satu-satunya engineer yang ditugaskan jaga machinery, sebab ilmu saya dengan mesin lebih dalam berbanding engineer lain yang ada background chemical. So, memang tugas saya dengan mesin je la. Berjam-jam dalam mesin sampai tak reti-reti nak turun.

But I'm gonna miss all of these.

Saya plan nak apply kat company yang saya mention kat post yang lepas. Ada rezeki, saya pergi. Bulan ni pun just nak mahirkan kereta je. Jadi driver untuk hantar mak ke kampung. Jadi driver abang untuk ke Shah Alam. Sekarang dah berani la bawak laju, cuma masih kurang agresif la.

Ada staff merangkap plant engineer   tanya, nak stay kat kilang ni sampai bila. Saya kata ada plan nak lompat kerja. Tapi masih ragu-ragu. Sebab aviation is not that popular macam oil and gas. Tak tahu sejauh mana saya dapat pergi. Tapi dia pesan, "You masih muda. Baru 25. You boleh punya. Pengalaman kerja dah ada. Pergi je. I dah 44 tahun. Tak banyak yang I boleh buat. Ada anak-anak pun. Tapi you masih boleh pergi jauh."

After what I've been through all these years, I've learned a lot. Kenapa kita jatuh. Kenapa kita menangis. Sebab Dia nak kita bangun balik.

And who knows, I might soar higher than I ever imagined.

Doakan.

November 23 2015, 12.04 am

It's past midnight, and I'm officially 25. Eheh.

Banyak benda saya belajar tahun ni. Macam mana peritnya nak cari duit. Hari-hari mandi peluh dan kadang-kadang kulit mengelupas sebab environment kerja yang panas dikelilingi oven kiri kanan. Part yang paling best, bagi duit kat mama dan adik-beradik lain. Duit tu tak la banyak mana, tapi perasaan memberi tu, it's really something.

I've made a new record today. For the first time saya drive masuk masuk highway. Woohoo! Ada sikit kemajuan la. Beberapa bulan pertama lepas beli kereta, saya takde try pun nak hidupkan kereta tu. Mak saya la yang bawak kereta tu balik kampung nenek saya tiap-tiap minggu. Saya masih fobia dengan jalan raya, especially highway, sebab hampir-hampir accident beberapa tahun lepas. Speed kills.

If you don't swing the bat, you won't hit the ball.
You won't fail, but you won't success, either.

So, saya beranikan diri untuk drive ke highway. Lawan perasaan takut tu. Ini salah satu sebab mak saya merayu mintak saya beli kereta. Thanks mama.

Lepas merayau kat Shah Alam, saya, abang saya dan adik perempuan saya jalan ke KLIA 2. Hoho. Rajin betul merayau tengok kapal terbang ye. Last week pergi KLIA. Ada apa-apa ke neh? *senyum*

*****

Deepavali minggu lepas, it's really something. First, I bought a DVD from Studio Ghibli with the title of The Wind Rises. Berdasarkan kisah benar walaupun ada banyak percanggahan fakta. Kisah tentang Jiro Horikoshi, an aeronautical engineer yang cuba bina kapal terbang 'fighter' ketika zaman perang dulu. Kapal terbang sebagai sebuah senjata bukanlah apa yang diidamkannya, tapi membina kapal terbang terbang, itu matlamatnya. Awat tiba-tiba mimpi beli cerita kapal terbang ni?

Then, another thing came up on the same day. Mak saya yang baru pulang dari reunion bersama rakan sekolahnya masa darjah satu dulu memberi saya sesuatu. Katanya, benda tu datang daripada seorang kawan. Sebuah pendrive 8GB. Saya bukak isinya dalam laptop. Rupa-rupanya sebuah buku dalam format PDF. Kata beliau, kisah hidupnya lebih kurang dengan cerita tersebut. Cerita tentang orang yang biasa-biasa yang akhirnya menjadi aeronautical engineer.

Kawan mak saya ni ajak saya untuk bekerja di tempat beliau kat Shah Alam. And that's the reason kenapa saya drive ke Shah Alam petang tadi. Satu industri yang saya teringin nak ceburi sejak zaman habis SPM dulu, dan sekarang peluang tu ada depan mata sekarang ni. Kawasan utara Shah Alam yang dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dan pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, juga dekat dengan area Subang yang akan ada AAC atau Bandar Aeroangkasa Asia menjadikan kawasan ni sangat ideal untuk aviation/aerospace industry.

Sempena berusia 25 tahun ni, saya nak cuba sampai dapat untuk masuk dalam industri ni.

*****

"Mama bagi ke As kerja sana?"

"Kalau dapat, apa salahnya? Takkan selama-lamanya nak duduk kat ceruk kampung ni. Ada rezeki, boleh belajar kat luar negara. Tengok dunia. Kalau tak semua anak yang dapat macam tu, sorang pun jadi la. Mama pun nak tengok anak mama berjaya."

Terima kasih mama.

*****

Sekarang, semuanya makin jelas. Kenapa pakcik saya membangkang saya ambik aeronautical engineer lepas dapat result SPM sebab takut tak banyak peluang kerja. Untuk seketika, saya lupakan tentang 'kapal terbang'. Saya ambik Physical Science di matrikulasi. Ambil Electrical Engineering (saya paling benci jurusan ni) dan result tak power mana. CGPA 2.75, dan saya menganggur setahun (Yes, setahun). Saya sebat je kerja Production Engineer kat kampung ni dengan gaji RM1800 masa mula-mula kerja, dan kenaikan gaji yang tak tinggi mana lepas 6 bulan confirm. Kerja yang tak kena langsung dengan apa yang saya belajar dulu. Segala pahit, panas dan letih tu saya telan. Dan hasil titik peluh itulah yang dikongsi bersama keluarga. Dari rezeki halal itulah saya dapat kumpul harta untuk bantu keluarga dan beli kereta. Dan dengan kereta itulah saya berani untuk teroka dunia. Akhirya, 'kapal terbang' itu kembali mencari saya.

Takdir ni, kadang-kadang rasa kelakar jugak.

Dia tak beri apa yang kita mahu,
tapi Dia beri apa yang kita perlu.
He knows best.

Thank you Allah.


*****

Happy birthday, NC.
May Allah bless.

November 16 2015,  1.18am

Malam ni Hoods, rancangan 8TV yang bersiaran 12.45 am setiap Ahad (siaran ulangan) berkisar tentang dokumentari tentang kawasan kejiranan yang popular di Malaysia memilih dua lokasi kegemaran saya - Shah Alam dan Klang. Saya membesar dalam dua kawasan ni (but mostly in Klang) dan episod kali ni agak dekatlah dengan saya.

Zher Peen mengelola area Shah Alam, manakala Fuad dari Kyoto Protocol menjelajah kawasan Klang.
Dan ini lokasi yang diorang pergi:

Shah Alam:
1. Laman Seni 7
2. ROA
3. Extreme Park
4. Go Kart Circuit
(Saya belum pernah sampai kat tempat-tempat ni walaupun membesar kat sini. Haha)

Klang:
1. Kampung Sijangkang
2. Tanjung Harapan
3.Restoran Port Village
4. Tune Studios

Tanjung Harapan, atau nama lamanya Tanjung Gila (maybe sebab nama ni la diorang tukar jadi Tanjung Harapan) antara tempat yang saya kerap pergi dengan family, waktu arwah abah ada. Lepas abah takde, kami tak pernah jenguk pun lagi. So, it's just a fading memory.

Menurut orang yang diorang interview, kalau orang tanya dia asal mana, dan diorang cakap "Shah Alam", mesti ada yang cakap "Jauh tu!". Lagi satu, "Banyak roundabout!". (Inilah sebabnya saya tak berapa masuk Shah Alam.). Tapi setiap roundabout akan bawak ke satu seksyen, dan setiap seksyen akan bawa ceritanya yang tersendiri. And they were raised with kedai mamak. Makan dengan family. Makan dengan kawan. Tempat lepak-lepak. Most of the time (breakfast, lunch, dinner).

Cerita tentang Klang - ada yang suka dengan kehidupan kampungnya. Jauh dari hiruk pikuk kota. Quiet. Ada kawasan laut untuk mereka yang nak lari dari kehidupan bandar. And I think Klang is one of the best place to stay. Hiburan kat dua area ni memang tak banyak. Hujung minggu pun, saya prefer untuk stay kat rumah atau keluar dari Klang dan Shah Alam untuk cari hiburan. Haha. And diorang cakap orang Klang ni suka bersarapan. Pukul 7am dah merayau cari makanan.

*****

Hari ni saya berpeluang lihat sendiri area Shah Alam yang saya tak berapa nampak sebelum ni, macam Bukit Jelutung, Glenmarie, Stadium Melawati, lepas tu jalan-jalan ke Dengkil, Banting, KLIA, USJ, Putra Heightsdan pulang ke Klang. Best jugak rupanya duduk Selangor ni.Lagi best bila dah ada kereta sendiri. Selama beli kereta tu pun, tak pernah pun try bawak sampai area ni.

By the way, idea asal saya sebenarnya nak jenguk Shah Alam je. Cari satu company ni. Katanya tengah cari orang. Dah jumpa la tempatnya. And the job yang diorang offer, ada kaitan dengan cita-cita saya sejak habis zaman sekolah dulu. InsyaAllah, saya try mohon sana, and see how thing goes. Kalau dapat kerja sana, saya akan mula hidup sebagai orang Shah Alam la. Kalau tak, stay kat Klang je. Heh.

~N~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...