5 April 2012, 9.31 am




4 April 2011, 9.00pm++
Our very first meeting for ‘next event’ for anak Selangor. At Kolej 11.
(next event = rahsia)
Jalan kaki dari S05 sampai Arked Angkasa. 26 minit + 3 terajoule.

Saya borak-borak dengan abang Daud dan seorang lagi AJK, yang juga pengarah program.

“Badar dengan KRU apa cerita sekarang?”
Entah ler.. Budak-budak tu reti buat hal sendiri jer. Aku dah tua ni, tak nak ajak pi meeting pun.
Aktiviti pun entah ape-apa. Kertas kerja tak siap. Dah siap pun asyik kena reject. Pegang jawatan setahun tapi boleh kata terlepas pandang portfolio. Adei….

Iftar. Tazkirah. Iftar. Tazkirah.
Lepas ni boleh tukar jadi Kelab Iftar dan Tazkirah ya anak-anak.
Dah minggu ketujuh untuk semester ni, masih istiqamah dengan iftar 2 minggu sekali.
Tak bertukar langsung dengan aktiviti lain. Terbaik!

Kelab dan biro kerohanian ni pasal iftar dengan tazkirah je ke?
Kata Islam tu Addin – cara hidup.
Hidup untuk makan. Makan untuk hidup.
Tazkirah tu pulak sinonim dengan makanan untuk rohani. (makan lagi..)

Tapi, daripada sibukkan kertas kerja dan meeting antara Majlis Tertinggi tu, baik ajak kitorang –ahli-ahli biasa- berjoging kat Tasik Ilmu tu. Campak tengah tasik tu pun takpe. Ajak main laying-layang kat Dataran Kawad ke. Yang penting, kami dapat berkumpul. Perlukan kertas kerja jugak ke wahai abang-abang dan kakak-kakakku sayang?


“Nilah budak yang uruskan surau kat KTC tu”
(Haish! Sejak bila aku uruskan surau tu? Memang la aku suka pi surau tu sejak tahun 1 lagi….)
“Pasni boleh lantik dia dalam bahagian kerohanian anak Selangor.”
(MATI AKU! Memang kena ‘masak’ la lepas ni!)
“Pastu suruh dia pakai jubah, pakai ketayap, pakai serban, baca doa kat depan”
(MEMANG KENA MASAK KICAP LEPAS NI!!!)

Lelaki.
Dicipta sebagai pemimpin. Lelaki itu pemimpin wanita.
Kalau bukan untuk orang lain pun, perlu jadi imam untuk diri sendiri.
>>> suruh jadi imam pun aku masih liat, baca Quran pun bertarabur, ni nak suruh baca doa lagi. Haru betul….

“Pandai photsoshop tak?”
Tahu je. Pernah design 3 banner for aktiviti Badar. Poster lagi banyak.
Nanti jap. Nape dia tanya?

Abang Daud dah senyum Musang si Guntang.
Tangan dia dah menepuk-nepuk bahu  saya.
Haish! Ada yang tak kena ni…..
“Tolong design tiga logo untuk anak Selangor. Nanti aku pilih mana yang berkenan.”



Memang ramai akan persoalkan,
“Apesal hang geng dengan dia? Dia kan puak ‘warna tu’…”
So, anda rasa ‘warna ni’ lebih baik daripada ‘warna tu’?
Itu falsafah anda?

Kalau kita asyik main dengan falsafah, masalah takkan selesai.
Well, saya join benda ni untuk mencari persamaan. Bukan perbezaan.
Apa pun pandangan politik diorang, saya bukannya kisah.

Saya bukan ‘warna ni’ dan ‘warna tu’.
Bukan merah, apatah lagi jingga.
Tapi merah, kuning dan putih.


2 April 2012
6.28 am



Ustazah pernah pesan,
“Perasaan tu tak salah. Sebab memang fitrah lelaki suka wanita. Begitu juga sebaliknya. Yang salah, perbuatan tu (couple, sms benda-benda tak perlu, berkepit macam belangkas, duduk semeja atas alasan study tapi dok bersembang sakan, etc)”

Mungkin pelik bunyinya, but I’m not the guy that’s looking forward to relationship with another girl.
I’m not thinking about marriage. Seriously. I’m still 21.
Relationship = hampeh + buang masa.

Ramai je kawan-kawan yang couple, boleh kata semua lingkup akademik.
Kawan sejantina entah ke mana. Ibu bapa letak kat mana.
Akhir sekali clash. Masing-masing berendam dengan air mata.
Waktu tu la start cari family dan kawan.
Pastu tak habis-habis mengutuk ex sendiri ni kat facebook.
Dan dengan sendirinya memulakan pencarian bakat baru yang kononnya bakal menjadi isteri solehah.
Lebih solehah daripada ex-nya.

Nak cari isteri solehah, tapi diri sendiri tak pernah usaha nak jadi suami soleh.
Bagai wanita yang mencari bakal suami yang hafaz Al-Quran 30 juzuk, tapi diri sendiri duduk kat kuliah ekonomi.
Nak cari suami hafiz, yang wanitanya pun kena sama-sama jadi hafizah.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

That’s why, I ‘hate’ this feeling.
Bukanlah benci gila-gila.
Kalau perasaan itu bersifat sementara, takut habis madu sepah dibuang.
Mula-mula memang sweet.
Lepas habis semua dicurahnya, apa lagi yang tinggal?


Saya bukanlah insan yang menafikan fitrah manusia.
Cuma saya tak galakkan usia macam ni untuk memulakan langkah pertama.
Takut disusuli langkah kedua dan ketiga.
Juga takut disertai dengan ‘orang ketiga’.
Jauh berjalan, takut susah nak patah balik.
Prevention is better than cure.

Dari zaman sekolah rendah, mungkin kita ada banyak 'cinta pertama'.
Lepas tu masuk sekolah menengah. Kisah cinta sekolah rendah = kisah lama.
Then masuk mastrik. Kisah cinta sekolah menengah  = meaningless. Dah jumpa awek baru pun kat matrik.
Masuk universiti, kisah matrik is totally worthless.Cari 'bakal isteri'.
Keluar universiti? Love means nothing?
What is love anyway? It's not permanent.


Yet, out of nowhere, she’s there.
Right in front of my very own eyes.

One of a kind.

'I kind of like it your way
How you shyly place your eyes on me'

The question is:
Take it, or leave it?

And, probably, she’s waiting for the answer, too.

Atau kami sekadar bertepuk sebelah tangan.
Main tarik benang, kata orang.
Atau main 'catch-me-if-you-can'. 

Habis tu, nak langgar prinsip sendiri?
Nak cakap apa?
‘Benda ni sat ja… Sat lagi dia hilanglah… Hang pi sini, dia pi sana.. Tak jumpa dah…’

I cried.
Feeling is not a programme.
You can’t delete them in a single click.
Neither double-click nor right-click.

Ingat nak tutup je hati ni. Tak nak bukak kat siapa-siapa lagi.
Tapi dia hadir secara tiba-tiba, entah dari langit ke berapa.
Takut cinta manusia mengatasi cinta Tuhan.
Takut  Allah murka. Dan takut dirinya kecewa.
Antara Dia dan dia.

Betul, jodoh itu di 'tangan' Dia.
Tapi kita sendiri yang kena ikhtiar, doa dan istikharah.

Tak taulah dari mana datang rasa ni.
Dari langit? Dari hati?

Andai benar rasa itu tak wujud hati,
Mengapa cemburu itu tak pernah pergi?

Atau mungkin aku je yang menafikannya.
Wallahualam.
Tak tahu. Takde jawapan.

~ ini bukan suara hati saya. tapi suara hati kita. ~

Dia = Him
dia = her


27 Mac 2012
10.03 pm



Mata pensel mula berlari di atas balapan kertas graf semi-log berwarna hijau, menyambungkan titik-titik data yang diperoleh dari dalam makmal elektronik industri. Sebuah graf ‘phase angle versus frequency’ untuk eksperimen ‘active filter’ dah siap dilakar.

Saya duduk sekejap di luar makmal. Menghirup udara luar yang lebih nyaman daripada air-cond dalam makmal tu. Itu makmal ke benua Artik? Gila betul staf ‘Eskimo’ kat FKE ni! Macam manalah diorang boleh survive dalam suhu macam ni hari-hari? Makan polar bear dengan walrus hari-hari agaknya. Tapi kurus kerempeng pulak. Saya duduk tak sampai dua jam, hidung dah mula meleleh. Sekejap je lagi boleh kena selsema. Tapi memang membazir pasang air-cond sampai tahap macam ni. Patutlah FKE ni katanya paling banyak habiskan duit UTM untuk bayar bil elektrik. Bayar kat benda yang tak patut.

Tangan dibiarkan sekejap atas meja. Saje nak ‘dibakar’ terik mentari. Nak menyerap sebanyak mungkin haba, nak dibuat ‘bekal’ sebelum masuk balik makmal. Biarlah kulit ni gelap sikit pun. Ini lebih syurga daripada ‘neraka beku’ tu.

Saya sekadar tersenyum. Time tengah hari, kadang-kadang hati kita ni mengeluh. Terik dan silau sangat sampai nak tengok depan pun, mata kena jadi sepet. Belum masuk kelas dah pecah peluh jantan. Bila dah rasa sejuk macam ni, barulah kita rindu akan kehangatan sang suria.  Kalau tak, sampai bila pun kita tak reti bersyukur. Kata orang, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap dari depan mata.

Dalam al-Quran pun ada cerita pasal matahari, kan? Surah Asy-Syams, surah ke-91.

1. By the sun and its brightness.
2. By the moon as it follows it (the sun).
3. By the day as it shows up (the sun’s) brightness.
4. By the night as it conceals it (the sun).
5. By the heaven and Him Who built it.
6. By the earth and Him Who spread it.
7. By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion.
8. Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
9. Indeed he succeeds who purifies his own self (i.e. obeys and performs all that Allah ordered, by following the true Faith of Islamic Monotheism and by doing righteous good deeds).
10. And indeed he fails who corrupts his own self (i.e. disobeys what Allah has ordered by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism or by following polytheism or by doing every kind of evil wicked deeds).
11.Thamud (people) denied (their Prophet) through their transgression (by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism, and by following polytheism, and by committing every kind of sin).
12.  When the most wicked man among them went forth (to kill the she-camel).
13. But the Messenger of Allah [Salih (peace be upon him)] said to them: “Be cautious! (Fear the evil end) That is the she-camel of Allah! (Do not harm it) and bar it not from having its drink!”
14. Then they denied him and they killed it. So their Lord destroyed them because of their sin, and made them equal in destruction (i.e. all grades of people, rich and poor, strong and weak, etc.)!
15. And he (Allah) feared not the consequences thereof.

Saya masuk balik makmal. Ning dengan Chong dah senyum sampai telinga. Nak gelakkan aku la tu.
“You kat luar ke tadi? Tak tahan sejuk?” tanya Ning yang pakai sweater hitam – tapi masih menggigil. Katanya, dia pun dah tak boleh tulis apa-apa. Otak dah beku.
“Dalam sejuk sangatlah….” jawab saya.
“Ni ada satu graf lagi… Tolong lukis ye…”
Saya gelak. Saya pun capai kertas graf tersebut, dan keluar untuk ‘menyedut’ haba lagi.

10.53 pm, 27 Mac 2012


22 Mac 2012
2.21 pm



Sometimes (and ‘somehow’) fate is so funny that we tends to forgot to laugh.

Because unexpected things always happen in our real life situation.

The least expected person we want to meet today suddenly descend from the blue sky, out of nowhere.

And the person that keep laughing by our side might be gone forever in just a few seconds.

Peolple come. People go.

And the life of this world is just a transient shade.

“Life is a passage, a station after which there is going to be a definite departure, then a reckoning and recompense.”
~ Abdul Malik Al-Qasim

And everything will keep in motion throughout the time, and for most of us, we regretted on whatever we did in the past.

One may smile today. And that’s probably the last time we see them

“Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear.”
~ Contengan Jalanan, Hlovate.


******
Haha. I'm just rambling here and there.
I'm trying use English as much as possible, 'cause I love English.
I wrote all this stuff in my notebook/draftbook, then transfer them into this blog.

And I wrote a story, too.
It 'sleeps and remain hidden' in my book for a long time.
Still it's in draft mode, and not ready to be published, yet.
InsyaAllah I will post it here someday.

Author wannabe, eh?


22 Mac 2012, 29 Rabiulakhir 1433H
10.01 am



Hati berbunga-bunga!!!!

Boleh koyak kot otot pipi ni sebab dah takde ruang lagi nak senyum.

Seriously, I’M SMILING as wide as possible (or impossible). Bukan hari-hari orang lain dapat tengok saya senyum macam tu.

Muka memang confirm tengah merona merah. Bagai ditonyoh dengan segala macam pemerah pipi yang ada kat atas muka bumi ni, mengalahkan model Revlon dan Maybelline. Sejak bilalah aku pakai blusher ni…

Terasa haemoglobin dah dipam selaju-lajunya ke seluruh sepuluh trillion sel dalam badan. Nadi pun dah start ikut rentak drumbeat jantung. Entah apa jenis hormon pulak terhasil dari ‘tindak balas kimia’ ni. Rasa macam tengah terguling-guling dari puncak puncak balai cerapan sana sampailah ke sini.

Sila kawal badan anda wahai diri. Awak masih anak dara. Tak manis terguling-guling kat sini walaupun takde siapa nampak. Kena sentiasa control ayu dan sopan ala-ala perempuan Melayu terakhir di sebalik tirai. Takut takde lelaki nak masuk memiinang.

Haish, sejak bila aku jadi anak dara ni?

Tapi memang betullah kata orang.

Dalam hanya beberapa detik je, hadiah sekuntum senyuman yang kembang mekar daripada *orang yang paling kita sayang* dah cukup untuk buat kita hirup harumannya sepanjang hari.

Tak perlu seribu satu tanda tanya.
Tak perlu seribu satu perbendaharaan kata.
Tak perlu seribu satu buah cerita.
Tak perlu seribu satu luahan bicara.

Tiba-tiba mode jiwang!
I kan sentimental orangnya…

*orang yang paling kita sayang* = senior + sahabat + “stranger that is much much much closer than family” + “the one that always hear me out whenever I have problem and  I’m to shy-shy cat to express my feelings to other boys, afraid that they will branded me as too jiwang and sentimental and pandai dibuai perasaan” + “yang cukup suka menyakat dan agak sarkastikus mengalahkan tikus-tikus di sarkas” + ”always  call me budak, budak kecik, Adik, Dik, Nat Cure, NC”+ ”the only person that always call me ‘As’, other than my kaum kerabat” + kakak.

I have only one kakak in this world. So I’m kind of appreciate her presence and “kena jaga-jaga dia baik-baik, takut dia hilang satu hari nanti”. Apaper je la. So, this post is dedicated for you, the one that smile to me this morning and I’m just tersengih with mata membulat sebab over teruja. Tak sangka pulak boleh terserempak at that very time... Kikiki.

And thanks for always being a great kakak.

11.23 am, 22 Mac 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...