2 April 2012
6.28 am



Ustazah pernah pesan,
“Perasaan tu tak salah. Sebab memang fitrah lelaki suka wanita. Begitu juga sebaliknya. Yang salah, perbuatan tu (couple, sms benda-benda tak perlu, berkepit macam belangkas, duduk semeja atas alasan study tapi dok bersembang sakan, etc)”

Mungkin pelik bunyinya, but I’m not the guy that’s looking forward to relationship with another girl.
I’m not thinking about marriage. Seriously. I’m still 21.
Relationship = hampeh + buang masa.

Ramai je kawan-kawan yang couple, boleh kata semua lingkup akademik.
Kawan sejantina entah ke mana. Ibu bapa letak kat mana.
Akhir sekali clash. Masing-masing berendam dengan air mata.
Waktu tu la start cari family dan kawan.
Pastu tak habis-habis mengutuk ex sendiri ni kat facebook.
Dan dengan sendirinya memulakan pencarian bakat baru yang kononnya bakal menjadi isteri solehah.
Lebih solehah daripada ex-nya.

Nak cari isteri solehah, tapi diri sendiri tak pernah usaha nak jadi suami soleh.
Bagai wanita yang mencari bakal suami yang hafaz Al-Quran 30 juzuk, tapi diri sendiri duduk kat kuliah ekonomi.
Nak cari suami hafiz, yang wanitanya pun kena sama-sama jadi hafizah.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

That’s why, I ‘hate’ this feeling.
Bukanlah benci gila-gila.
Kalau perasaan itu bersifat sementara, takut habis madu sepah dibuang.
Mula-mula memang sweet.
Lepas habis semua dicurahnya, apa lagi yang tinggal?


Saya bukanlah insan yang menafikan fitrah manusia.
Cuma saya tak galakkan usia macam ni untuk memulakan langkah pertama.
Takut disusuli langkah kedua dan ketiga.
Juga takut disertai dengan ‘orang ketiga’.
Jauh berjalan, takut susah nak patah balik.
Prevention is better than cure.

Dari zaman sekolah rendah, mungkin kita ada banyak 'cinta pertama'.
Lepas tu masuk sekolah menengah. Kisah cinta sekolah rendah = kisah lama.
Then masuk mastrik. Kisah cinta sekolah menengah  = meaningless. Dah jumpa awek baru pun kat matrik.
Masuk universiti, kisah matrik is totally worthless.Cari 'bakal isteri'.
Keluar universiti? Love means nothing?
What is love anyway? It's not permanent.


Yet, out of nowhere, she’s there.
Right in front of my very own eyes.

One of a kind.

'I kind of like it your way
How you shyly place your eyes on me'

The question is:
Take it, or leave it?

And, probably, she’s waiting for the answer, too.

Atau kami sekadar bertepuk sebelah tangan.
Main tarik benang, kata orang.
Atau main 'catch-me-if-you-can'. 

Habis tu, nak langgar prinsip sendiri?
Nak cakap apa?
‘Benda ni sat ja… Sat lagi dia hilanglah… Hang pi sini, dia pi sana.. Tak jumpa dah…’

I cried.
Feeling is not a programme.
You can’t delete them in a single click.
Neither double-click nor right-click.

Ingat nak tutup je hati ni. Tak nak bukak kat siapa-siapa lagi.
Tapi dia hadir secara tiba-tiba, entah dari langit ke berapa.
Takut cinta manusia mengatasi cinta Tuhan.
Takut  Allah murka. Dan takut dirinya kecewa.
Antara Dia dan dia.

Betul, jodoh itu di 'tangan' Dia.
Tapi kita sendiri yang kena ikhtiar, doa dan istikharah.

Tak taulah dari mana datang rasa ni.
Dari langit? Dari hati?

Andai benar rasa itu tak wujud hati,
Mengapa cemburu itu tak pernah pergi?

Atau mungkin aku je yang menafikannya.
Wallahualam.
Tak tahu. Takde jawapan.

~ ini bukan suara hati saya. tapi suara hati kita. ~

Dia = Him
dia = her


27 Mac 2012
10.03 pm



Mata pensel mula berlari di atas balapan kertas graf semi-log berwarna hijau, menyambungkan titik-titik data yang diperoleh dari dalam makmal elektronik industri. Sebuah graf ‘phase angle versus frequency’ untuk eksperimen ‘active filter’ dah siap dilakar.

Saya duduk sekejap di luar makmal. Menghirup udara luar yang lebih nyaman daripada air-cond dalam makmal tu. Itu makmal ke benua Artik? Gila betul staf ‘Eskimo’ kat FKE ni! Macam manalah diorang boleh survive dalam suhu macam ni hari-hari? Makan polar bear dengan walrus hari-hari agaknya. Tapi kurus kerempeng pulak. Saya duduk tak sampai dua jam, hidung dah mula meleleh. Sekejap je lagi boleh kena selsema. Tapi memang membazir pasang air-cond sampai tahap macam ni. Patutlah FKE ni katanya paling banyak habiskan duit UTM untuk bayar bil elektrik. Bayar kat benda yang tak patut.

Tangan dibiarkan sekejap atas meja. Saje nak ‘dibakar’ terik mentari. Nak menyerap sebanyak mungkin haba, nak dibuat ‘bekal’ sebelum masuk balik makmal. Biarlah kulit ni gelap sikit pun. Ini lebih syurga daripada ‘neraka beku’ tu.

Saya sekadar tersenyum. Time tengah hari, kadang-kadang hati kita ni mengeluh. Terik dan silau sangat sampai nak tengok depan pun, mata kena jadi sepet. Belum masuk kelas dah pecah peluh jantan. Bila dah rasa sejuk macam ni, barulah kita rindu akan kehangatan sang suria.  Kalau tak, sampai bila pun kita tak reti bersyukur. Kata orang, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap dari depan mata.

Dalam al-Quran pun ada cerita pasal matahari, kan? Surah Asy-Syams, surah ke-91.

1. By the sun and its brightness.
2. By the moon as it follows it (the sun).
3. By the day as it shows up (the sun’s) brightness.
4. By the night as it conceals it (the sun).
5. By the heaven and Him Who built it.
6. By the earth and Him Who spread it.
7. By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion.
8. Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
9. Indeed he succeeds who purifies his own self (i.e. obeys and performs all that Allah ordered, by following the true Faith of Islamic Monotheism and by doing righteous good deeds).
10. And indeed he fails who corrupts his own self (i.e. disobeys what Allah has ordered by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism or by following polytheism or by doing every kind of evil wicked deeds).
11.Thamud (people) denied (their Prophet) through their transgression (by rejecting the true Faith of Islamic Monotheism, and by following polytheism, and by committing every kind of sin).
12.  When the most wicked man among them went forth (to kill the she-camel).
13. But the Messenger of Allah [Salih (peace be upon him)] said to them: “Be cautious! (Fear the evil end) That is the she-camel of Allah! (Do not harm it) and bar it not from having its drink!”
14. Then they denied him and they killed it. So their Lord destroyed them because of their sin, and made them equal in destruction (i.e. all grades of people, rich and poor, strong and weak, etc.)!
15. And he (Allah) feared not the consequences thereof.

Saya masuk balik makmal. Ning dengan Chong dah senyum sampai telinga. Nak gelakkan aku la tu.
“You kat luar ke tadi? Tak tahan sejuk?” tanya Ning yang pakai sweater hitam – tapi masih menggigil. Katanya, dia pun dah tak boleh tulis apa-apa. Otak dah beku.
“Dalam sejuk sangatlah….” jawab saya.
“Ni ada satu graf lagi… Tolong lukis ye…”
Saya gelak. Saya pun capai kertas graf tersebut, dan keluar untuk ‘menyedut’ haba lagi.

10.53 pm, 27 Mac 2012


22 Mac 2012
2.21 pm



Sometimes (and ‘somehow’) fate is so funny that we tends to forgot to laugh.

Because unexpected things always happen in our real life situation.

The least expected person we want to meet today suddenly descend from the blue sky, out of nowhere.

And the person that keep laughing by our side might be gone forever in just a few seconds.

Peolple come. People go.

And the life of this world is just a transient shade.

“Life is a passage, a station after which there is going to be a definite departure, then a reckoning and recompense.”
~ Abdul Malik Al-Qasim

And everything will keep in motion throughout the time, and for most of us, we regretted on whatever we did in the past.

One may smile today. And that’s probably the last time we see them

“Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear.”
~ Contengan Jalanan, Hlovate.


******
Haha. I'm just rambling here and there.
I'm trying use English as much as possible, 'cause I love English.
I wrote all this stuff in my notebook/draftbook, then transfer them into this blog.

And I wrote a story, too.
It 'sleeps and remain hidden' in my book for a long time.
Still it's in draft mode, and not ready to be published, yet.
InsyaAllah I will post it here someday.

Author wannabe, eh?


22 Mac 2012, 29 Rabiulakhir 1433H
10.01 am



Hati berbunga-bunga!!!!

Boleh koyak kot otot pipi ni sebab dah takde ruang lagi nak senyum.

Seriously, I’M SMILING as wide as possible (or impossible). Bukan hari-hari orang lain dapat tengok saya senyum macam tu.

Muka memang confirm tengah merona merah. Bagai ditonyoh dengan segala macam pemerah pipi yang ada kat atas muka bumi ni, mengalahkan model Revlon dan Maybelline. Sejak bilalah aku pakai blusher ni…

Terasa haemoglobin dah dipam selaju-lajunya ke seluruh sepuluh trillion sel dalam badan. Nadi pun dah start ikut rentak drumbeat jantung. Entah apa jenis hormon pulak terhasil dari ‘tindak balas kimia’ ni. Rasa macam tengah terguling-guling dari puncak puncak balai cerapan sana sampailah ke sini.

Sila kawal badan anda wahai diri. Awak masih anak dara. Tak manis terguling-guling kat sini walaupun takde siapa nampak. Kena sentiasa control ayu dan sopan ala-ala perempuan Melayu terakhir di sebalik tirai. Takut takde lelaki nak masuk memiinang.

Haish, sejak bila aku jadi anak dara ni?

Tapi memang betullah kata orang.

Dalam hanya beberapa detik je, hadiah sekuntum senyuman yang kembang mekar daripada *orang yang paling kita sayang* dah cukup untuk buat kita hirup harumannya sepanjang hari.

Tak perlu seribu satu tanda tanya.
Tak perlu seribu satu perbendaharaan kata.
Tak perlu seribu satu buah cerita.
Tak perlu seribu satu luahan bicara.

Tiba-tiba mode jiwang!
I kan sentimental orangnya…

*orang yang paling kita sayang* = senior + sahabat + “stranger that is much much much closer than family” + “the one that always hear me out whenever I have problem and  I’m to shy-shy cat to express my feelings to other boys, afraid that they will branded me as too jiwang and sentimental and pandai dibuai perasaan” + “yang cukup suka menyakat dan agak sarkastikus mengalahkan tikus-tikus di sarkas” + ”always  call me budak, budak kecik, Adik, Dik, Nat Cure, NC”+ ”the only person that always call me ‘As’, other than my kaum kerabat” + kakak.

I have only one kakak in this world. So I’m kind of appreciate her presence and “kena jaga-jaga dia baik-baik, takut dia hilang satu hari nanti”. Apaper je la. So, this post is dedicated for you, the one that smile to me this morning and I’m just tersengih with mata membulat sebab over teruja. Tak sangka pulak boleh terserempak at that very time... Kikiki.

And thanks for always being a great kakak.

11.23 am, 22 Mac 2012


14 Mac 2012,6.49 am


13 Mac 2012

“Ok. Kita mulakan sesi ice breaking kita.”

Kami bertujuh dah buat satu bulatan. Ada jugak orang Klang kat UTM rupanya.

Sekreteriat Mahasiswa Selangor, atau SMS buat perjumpaan malam ni, lepas Isyak kat Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor. Our very first meeting, and we’re the very first batch. Kiranya kami nilah sebahagian daripada sejarah dalam penubuhan sekretariat ni.

“Nak start dengan sape dulu neh?” tanya fasilitator sorang ni. Dia perempuan.

Semua senyap.

Jawapan klise: Ladies first la. Takkanlah aku yang duduk tepi ni kena start dulu kot…

“Kita start dengan senior saya dululah.”

Haha. Padan muka ‘senior’ tu. Siapalah senior budak ni. Cian dia. Kikiki.

Fasi tu halakan tangannnya tepat ke arah saya, sambil tersenyum.

“Sekolah Telok Gadong kan?”

Mata saya dah membulat. Eh, kau cakap dengan aku ke? Macam mana boleh tahu nama sekolah aku ni?

“Macam mana kenal?” tanya saya. Aura terkejut tu tak hilang lagi. Agak terujalah jugak. Sekolah tu sekolah menengah harian biasa je. Tak ramai pelajar kami yang dapat masuk IPTA. Lagi-lagi UTM world class ni. (world class la sangat.. wifiutm pun hampeh!!). Tiba-tiba, kat ceruk-ceruk hujung selatan Asia ni, ada jugak orang kenal aku.

Rupanya kami satu sekolah, and she’s my junior. Serius beb. Terkejut. Saya tak kenal pun siapa dia. (Bab junior-senior sekolah ni tak payahlah ajak bercerita dengan saya. Saya tak kenal diorang pun). Masa saya Form 5, dia Form 3. Saya SPM, dia PMR. Saya Tahun 3, dia Tahun 1.

“Macam mana boleh kenal saya?”
“Selalu nampak kat sekolah. Kawan abang Amir Zaki kan?”

Kahkahkah. Amir Zaki bin Ayob merangkap ketua kelas tu memang banyak kawan. To be more specific, kawan perempuan. Aku pun heran macam mana diorang boleh kenal. Lagi pelik budak perempuan ni cam aku – sedangkan aku tak kenal dia.

Bila imbas balik apa yang dah berlaku lima tahun lalu, rasa kelakar jugak. Pergi mana-mana, mesti bawak buku. Suka betul baca buku rujjukan Physics - macam baca novel je. Top 3 kat kelas tatkala kebanyakan pelajar tersungkur. Tu yang dapat title Physics Prince kat sekolah. Lagipun, saya bukannya suka bermasyarakat dengan orang sekeliling. Tanya sepatah, jawab setengah patah. Bagi jawapan seringkas mungkin. Bercakap bila perlu je. Agak pendiam la. Aktiviti ko-kurikulum, ambik Pengakap dengan Kelab Sains dan Matematik. Tak pernah datang perjumpaan Badminton. Tapi markah ko-ku 70% and above. Hebat kan? Taknak jadi pengawas. Tak suka kaler biru. Tak nak ‘tercalon’ dalam senarai nama ‘insan-insan yang kena baca doa tiap-tiap Isnin time perhimpunan’. Malu woo…. Pernah dipilih jadi pengawas koperasi (kat tempat lain, namanya kiosk). Tapi saya reject. Cikgu kata saya terer matematik. Elok berniaga. Saya taknak, sebab kena berdepan dengan manusia. “Ya, nak beli apa?”. Ayat-mengayat ni buat saya tebal muka. Tiap-tiap petang, selalu pergi kelas tuisyen. Berkawanlah jugak dengan budak ACS dengan budak High School. BUT NO GIRLS. Takde MGS. Takde Convent. Takde Raja Zarina.

So, bila masanya saya nak kenal dengan junior? I’m not interested with them. Really.

Saya 17 tahun pun waktu tu. Tak boleh nak kata dah matang. Sebab kematangan tu tak diukur dengan usia. Saya taraf budak-budak je masa tu. Live for yourself. Live in your own small world. Teruskan je hidup sebagai pelajar – dengan skor sebanyak mungkin A1 – dan hal-hal lain tolak tepi. Not my bisnes. Not even love and relationship. Pemikiran saya berubah secara drastik bila dah masuk matrik kat hujung utara sana, dan masuk utm kat hujung selatan sini.

Tapi saya lebih sukakan diri saya hari ni. Senyum tu tak pernah lekang. Happily intoxicated. Ceria overdose. Mesra alam . Walaupun orang tanya sepatah, saya masih jawab setengah patah. Overall, dah berubah 140 darjah. Ada banyak ruang untuk diperbaiki. InsyaAllah.

“Nama saya Nat Cure. Panggil ‘N’.”

The ‘N’ is just the beginning. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...