“Dah 3 minggu aku rasa macam relax je, macam takde apa, padahal PSM (Projek Sarjana Muda) tu tak buat langsung!”
“Sama la dengan aku. Rasa lapang sangat macam takde kerja.”
“PSM ni buat apa sebenarnya?” tanya saya.
Diorang senyum.
“Daripada hang fikir pasal PSM, baik hang fikir pasal LI (Latihan Industri) hang dulu.”
“Lagipun, waktu tu nanti, hang kena bergaul dengan orang. Takkan la asyik nak berkawan dengan kamera hang je.”



Ok. Saya mengaku. Saya jarang berkawan dengan manusia.
Ciel si Nikon D3100 tu lah jadi kawan baik saya sejak birthday dua tahun lepas.
Berbalik kepada persoalan utama ~ kenapa tak berkawan dengan manusia?
Sampai hari ni, saya pun tak tahu siapa bestfriend yang saya pernah ada.
Pernah ada ke?

Ramai tak pernah faham.
Tuduh saya sombong sebab tak suka bercakap dengan orang.
Sedangkan saya tak kacau pun hidup orang yang melontarkan tomahan tersebut.

Bukan semua orang suka suasana bising.
Bukan semua orang suka habiskan masa berjalan-jalan dengan sahabat handai.
Bukan semua orang pegang prinsip “hidup mesti enjoy. The more, the merrier.”
Bukan semua orang suka ‘crowded places’.

Dan saya sendirri pun tak tahu kenapa saya suka sangat bersendirian.
Tapi saya rasa tenang. Tak susahkan hidup orang lain. Tak kacau anak dara orang.
I’m happy with this ‘lifestyle’.
And people tend to judge me as ‘problematic’.


Saya membesar dalam suasana yang agak berbeza dengan orang lain ~ tak suka berteman. Buat apa pun, sorang-sorang je. And yes, teamwork is my biggest weakness. Sebab selalu sangat takde kawan.
Mungkin ada yang bertanya, “awak ni anti-sosial ke?”.
Tak jugak. Bila dah duduk dalam kumpulan, saya boleh gelak ketawa dengan orang lain. Mungkin yang paling bising. But most of the time, I’m not that talkative.

“Ada trauma ke zaman kecik-kecik dulu?”
Takde. Ok, mungkin ada la sikit.
Masa saya kecik dulu, sayalah lelaki yang paling kecik dalam sekolah.
Perempuan paling rendah pun masih lagi tinggi dari saya.
Mungkin sebab saya kecik, selalu jugak jadi kutukan kawan-kawan sebaya.
“Agak-agak dia ni berapa hasta”
Dan saya menangis. Diorang takkan faham isi hati saya.
Mungkin jugak ni titik permulaan saya menyisihkan masyarakat sekeliling.
Dan terus membisu sehingga tamat sekolah rendah.
Masuk sekolah menengah, jadi ceria sikit. Suka je ketawa dengan orang lain.
Tapi masih prefer being alone.
Pergi tuisyen sorang-sorang. Balik sorang2.
Siapkan homework sorang2.

Tiap-tiap tahun ada open day.
Hari ambik kad laporan.
Cikgu pun selalu tegur benda sama,
“Nat Cure ni jenis tak berkawan dengan orang lain ”.

Masuk matrikulasi, masuk universiti.
Masih dengan habit yang sama.
Pergi fakulti sorang2.
Balik sorang2.
Pergi kafe sorang2. Makan sorang2.

“Eh, takde kawan betul ke ni?”
Ade je. Tapi tak rapat sangat dengan yang sebaya.
Most of them are my “abang-abang” and “kakak-kakak”.
Abang-abang dah graduate, dan tinggal kakak-kakak je yang masih ada kat UTM.
Kakak-kakak ni la yang selalu dengar saya berbicara.
At least ada lah jugak orang yang sudi mendengar.
And I like to share many things with them.
Become an ‘adik’ to all the seniors.


And, I guess, that makes me unique. :)



“Adik perempuan aku ada semua buku Hlovate!” kata Pak Lang.

Oh. Hlovate lagi. Bosanlah dengar nama dia. Dah takde nama lain ke?

“Buku dia banyak cerita pasal student yang belajar luar negara”

Saya mula bersuara.
“Siapa dia ah?” kata saya sambil angkat kening double-jerk.

“Hah.. Tu yang jadi rahsia…” kata Zufar.

Fahmin diam je. Dia mana layan novel-novel ni.

Ok. Saya memang tak tahu apa-apa tentang beliau. Tapi antara karya beliau yang saya tahu, aA + bB. Waktu tu tahun 2009. Lepas habis matrik. Surfing internet, terjumpa nama beliau. Dan saya pun baca sinopsis aA + bB. Baca punya baca…

“cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin”
“Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?”
“Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz.”

Apakah? Cerita kahwin? Bosanlah dengar jiwang-jiwang ni. Klise! Cerita kahwin paksa dah jadi norma masyarakat lah... Ye ke? Tapi dah boleh agak penghujungnya, kan? Nama penulisnya pun ala-ala jiwang ~ Hlovate. Hate + Love = Hlovate? Ye ke? Putus fius ape mamat ni? Angau overboard!

Saya pun boikot karya beliau yang ‘biasa-biasa’ ni. Setakat sentuh kulitnya dalam kedai buku MPH Taman Universiti tu pernah la jugak. Tapi takde nafsu membuak-buak nak beli pun.

Perbualan dua minit kami berempat (bertiga sebenarnya) inilah yang membuka hati saya untuk mengenali Hlovate.

Satu hari....

Shopping beli baju dan seluar pada pagi Sabtu di Jusco Taman U.
Singgah MPH satu kemestian. Pusing-pusing area buku kamera digital. Dan belek sikit-sikit novel. Dan…
“Contengan Jalanan?”
Saya senyum. Ada jugak penulis letak nama ni jadi tajuk buku. Siapa lah penulisnya…
“Hlovate??”
Saya scan cover kulit buku tu. Ada tagline berbunyi “…perjalanan cari Tuhan..”
Cari Tuhan? Eh, Hlovate tulis buku apa sebenarnya ni? Bukan cerita jiwang je ke?
Saya terpaku depan rak buku tu selama beberapa minit.
“Nak beli ke tak nak ni? Karang dah beli, cerita tak Islamik, cintan-cintun lebih, ayat-ayat flower, aku rasa nak bakar je buku ni.”
Fikir punya fikir, saya pun letak balik atas rak MPH tu, dan segera meninggalkan kedai buku tersebut.

Sambil berjalan, saya bermonolog.
“Dah beli nanti takut tak baca pulak. Kesian buku tu tak terbaca.”
Tak jauh dari perhentian bas, saya berhenti.
“Tapi kalau tak beli sekarang, memang takkan kenal siapa dia. Takkan tahu cerita yang dia tulis.”
Saya pun berlari-lari masuk balik MPH, ambik buku, terus ke kaunter dan bayar. Tak sampai seminit pun berdiri dalam kedai tu. Come hell or high water, kena baca jugak buku ni.
Dalam bas balik UTM, saya pun selak beberapa muka surat. Ada dua cerita – Kisah Fend dan kisah K2 (disebut K-square)

Mula-mula baca, mak oi.. rock habis! Tak kena langsung dengan gaya saya. Dan saya teruskan pembacaan, sampailah habis cerita tu, lebih kurang dua minggu.

Sekarang baru saya faham kenapa Hlovate ni popular. Cerita yang ditulis bukanlah ‘cerita-cerita biasa’. Cara penyampaiannya sangat dekat dengan hati pembaca. Ada pengisisan rohani dan Islamik. Beliau mengajak pembaca untuk merenung dalam diri masing-masing, dan percaya semua orang mampu berubah dan kembali mencari Tuhan. Semua orang akan lalui fasa turning point.

Dan Hlovate ni – setahu saya – perempuan. Rock muslimah. Ingatkan mamat!

Sebelum tamat novel ni, saya cari novel beliau yang lain – sebab bila dah habis Contengan Jalanan, saya nak terus mula novel baru. Tak buang masa menunggu.

Dan satu-satunya novel yang ada di MPH ~ Rooftop Rant. Itu je jilid terakhir di MPH Taman U. Lucky me!

Kemudian mula ‘memborong’ novel-novel yang lain ~ Versus, [tunas], aA + bB dan 5 Tahun 5 Bulan ~ secara online. Thanks to Fatin Liyana, kakak Fazrena Kamal dan abang Muhammad Hafiz bin Muhammad sebab tunjuk cara nak beli barang secara online. Haha. Terpaksa beli online, sebab memang dah susah nak cari kat kedai buku. Ada je rasanya, kalau pergi kedai lain la.

Daripada kaki boikot, sekarang saya dah kumpul enam novel beliau dalam satu semester. Lebih kurang 3000 muka surat semuanya.

Nama beliau asalnya ialah tajuk lagu dalam GreaTroblemaker_i. Mungkin sebab unik, beliau pun ambil nama sebagai nama pena.
Hlovate berasal dari Perak dan boleh dihubungi melalui hlovate@yahoo.com
Blog beliau yang telah di’deactivate’ (tak aktif, tapi tak delete lagi):
http://hlovatulis.blogdrive.com
Sekarang beliau ada blog sendiri untuk facebook.
Karya terawal beliau ialah GreaTroblemaker_i yang ditulis sejak Tingkatan 3. Kisah ini dijilidkan sebagai [tunas] dan aA + bB. Kisah Nur Addin Shah dan Benz Alif sejak zaman sekolah hingga mereka mendirikan rumahtangga. Ini bukan kisah cinta biasa! Nak tahu, baca sendiri.

Kata beliau:
“Saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh ‘draw and paint’ perasaan saya. Saya tak pandai menyanyi, saya tak boleh lagukan hati saya Saya tak ada ‘art and skill’ maka saya tak boleh nak ‘shout out’ buat ‘grafitti’ kat mana-mana dinding…. Dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis… saya tau ‘throw out and spill’ aje…” ~ dipetik dari 5 Tahun 5 Bulan.

InsyaAllah saya akan buat review + bedah buku ni satu persatu dalam entri-entri akan datang.

By the way, ada kisah-kisah pendek yang lain, macam Schubert’s Serenade dan Ked’s Story. Ni je karya beliau yang belum pernah saya baca. Semester depan la baru beli. Tengah sengkek. Dah hujung sem, OKB pun boleh pokai.

May Allah bless.





      Beberapa buah buku dan helaian kertas dah mengambil segenap ruang katil yang dilitupi cadar biru. Nak letak kepala kat bantal pun dah tak boleh. Meja study pun dah bersepah dengan kotak pensel, alat tulis, jam tangan, kalkulator, songkok, botol kismis dan kertas A4 70 gsm. Bertemankan lampu kalimantang yang terlekat di dinding, memancarkan cahayanya yang hidup segan mati tak mahu.

      Rasa dah penat sangat bukak buku sejak malam Sabtu. Tiga test bakal menyusul minggu ni. Haru hidup aku!

     Kadang-kadang rasa nak give up bila ambik engineering. Kenapa nak sangat ambik engineering? Saya tengok kawan-kawan yang tak ambik engineering (dan medic) taklah haru sangat hidup diorang. Enjoy semedang. Ceria belaka… tak ke? Tapi tu lah hidup. Ada kemanisan dalam kepahitan. Ada glucose, aspartame dan saccharine dalam potassium cyanide.

     Maybe, this little fuzzy, frenzy and pain of my life is much much much more sweeter than years to come. Waktu tu, dah pegang title ‘dewasa’. Menghitung bilah-bilah hari terakhir usia muda dan bakal menjengah masa tua. Sekadar menanti nyawa direntap dari jasad. Tak fikir lagi soal duit dan segunung harta yang dikumpul macam Firaun. Barulah terfikir tentang amal ibadat. Check and balance dosa dan pahala. Takkan nak cari sejadah bila dah pencen, kan? Itu pun KALAU sempat….

     Celik mata, mandi, solat subuh study sampai 8 pagi. Break, beli roti atau keropok kat Azah (kedai runcit) dan jadikan brunch (breakfast+lunch). Sambung study. Pukul 11 tidur. Bangun sebelum Zohor, dan solat. Sambung study sampai 4 petang. Soalt Asar. Study lagi. 5.30 pergi K9, makan malam (walaupun masih petang). Study lagi. 6.30 petang mandi. 7 malam solat Maghrib. Study lagi. Solat Isyak. Dan study sampai 11 malam. Dan mula tumbang ke katil. Simple, kan? Ini jadual saya setiap Sabtu dan Ahad. Boleh putus fius kepala ni.

     Disebabkan rutin hidup saya yang sangat2 compact, saya jadikan novel-novel Hlovate sebagai teman tatkala sunyi tertekan. Sekarang dah hampir-hampir pertengahan novel aA+bB. Terguling-guling ketawa. Novel tu sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar hidup bergelar ‘dewasa. Waktu tu la sibuk kerja, kerja, kerja dan jarang duduk rumah. Dan orang rumah pun sama-sama sibuk keluar rumah. Tapi kasih saying masih wujud antara Nur Addin Shah dan Benz Alif. InsyaAllah saya buat review tentang buku ni bila-bila ada masa terluang (KALAU ADA).

     Ok.Sampai sini sahaja coretan saya kali ini. Sekadar melepas rindu untuk mengupdate blog yang semakin bersawang. InsyaAllah hujung minggu ni saya dah mula lapang, dan paru-paru ni pun dah boleh bernafas dengan baik dan tanpa bantuan trakea plastik (yang dipakai sepanjang musim test ni).
Sekarang ni pun sekadar mengoyak senyuman plastik je. Tak enjoy sangatlah akhir-akhir ni. InsyaAllah diri ni akan terus senyum dan ketawa umpama suria yang memancarkan sinarnya mencecah petala langit kelapan. Sparkling the highest celestial.

May Allah bless.
11 Disember 2011, 8.54 pm

22 November 2011
Lepas Asar

"Eh, Nat, hang tengah online ka?", tanya Zufar.

"A'ah"

"Jap jap jap....."

Laju jer Zufar Zooster bersila di lantai, duduk betul-betul di kanan saya.

"Tunjuk gambar KRU yang hang upload tadi... Aku nak tag orang.."



"Siape ? Kawan hang?" tanya Fahmin, atau nama Facebooknya, Daging Gerbea.

"Jap la.. Nanti aku tunjuk..."

Saya terdiam dari tadi.

Gambar KRU pun muncul.
Tangan Zufar yang memegang tetikus dihalakan ke muka "seseorang" untuk di"tag".

Dan....

"Eh, nape nak tag dia?" saya dah mula kehairanan.
Saya kenal muka "seseorang" itu.
Tak perlulah tag, kan?

Beliau menaip sesuatu di papan kekunci:
"Da..."
"Ni hah.. aku nak tag Daging Gerbea kat muka "seseorang""

"WEIII!!!!!" jerit Fahmin.
Ditolaknya Zufar ke tepi.
Saya ketawa.
Di skrin masih tertulis "Da.." di kawasan yang ditag.

"Biar aku tuliskan" jawab saya sambil ketawa.
"WEIII!!!!" laju je Fahmin tolak saya ke tepi.

Saya dan Zufar pun tergelak sekuat-kuatnya.
Bising bukan main bilik tu. Macam stadium orkestra.

"Woi!! Diamlah woi!!" Pak Lang terjaga dari tidur disebabkan keriuhan kami.
Ah, tak kira! Nak ketawa kuat-kuatn jugak!

Zufar pun pantas menaip di papan kekunci laptop saya, dan....

Sebuah nama yang lengkap pun ditag di muka "seseorang"

Ketawa pecah lagi.

Fahmin dah kecut perut.


Nanti sekejap.
Tu nama sape?

Wan Darimi!
Alamak!! Tersilap tag.
Nak taip Daging Gerbea, tapi terpilih Wan Darimi!
Habislah kalau dia nampak semua ni!
Konfem dia bengang gila kalau nampak kami tag beliau kat muka "seseorang"

Suasana yang seronok tiba-tiba bertukar kecoh.
Kelam-kabut.

"Wei!! Cepat remove tag ni!!"

Punyalah ketakutan.
Dan berjaya jugak diremove.

Petang yang penuh dengan gelak ketawa.

Kalau saya kata "seseorang", tentulah saya tidak merujuk kepada lelaki, kan?
Tak nak bagitau sape. Lalala.
=)

Semua ni sekadar gurauan. Mintak sape2 jangan terasa hati yer...

Sekadar coretan kosong. Terkenangkan peristiwa waktu itu.

3 November 2011
Habis kelas, balik bilik, packing-packing dan balik Klang.
Bas tiba 4.52 petang.
Tiket tulis 4.45 petang.
Agak awal.
Selalu lewat samapi 1 jam.

Tiba di Klang dalam 9 malam.
Solat di Klang Sentral, dan bertolak pulang.

And my vacation officially begins!


4 November 2011

pergi padang belakang rumah.
saje je nak jenguk padang.
Saya bukanlah kaki bola mahupun kaki sukan.
Tapi suka suasana padang hijau rumput + tanah merah.
Teringat memori zaman kecik2 dulu.
Banyak lecah.
Musim hujan.

5 November 2011
Makan Laici Kang kat gerai.
Dah lama tak makan kat luar sama-sama.
Disebabkan adik lelaki ambil SPM (which will be started next week),
so family kami x berjalan ke mana2.
Nak dia tumpukan betul2 kat exam.

Sayalah mangsa dalam cerita ni.
Family x berjalan, maka cuti ni cuma berjalan ke sekitar kawasan rumah.
No shopping. Nothing.

6 November 2011
Hari Raya Aidil Adha.

Solat sunat Aidil Adha.
Balik rumah, tukar baju casual.
Dan bertolak pulang ke Kapar, Klang, Selangor.

Dan sangat-sangat menantikan sepupu dan anak buah.




Dan kami pun melantak durian sebanyak-banyaknya.


7 November 2011

Mama buat bakso.
Seumur hidup tak pernah makan benda ni.
Mama masak rasanya macam daging burger.
Sebab benda ni memang daging.

Petang tu mama masak burger. Haha!
Orang-orang rumah kempunan nak burger.
Daging ada, roti takde.
So, saya dengan mama pun shopping.

Waktu shopping, terjumpa pulak kawan lama.
Saya tepuk bahu beliau dari belakang.

"Hei!!!"
Amir Zaki Ayob, ketua kelas masa Form 5 Setia SMK Telok Gadong 2007.
"I saw your pics in fb. STYLO!"
"Thanks bro!"
Kami seronok bersembang sampai terlupa nak guna bahasa Melayu.
Zaman sekolah takde pun speaking.

Anyway, it's good to meet old friends.
Sebaik-baik barang ialah barang baru, dan sebaik-baik sahabat ialah sahabat lama.

Mama masak burger.
Bakar roti.
Saya sapu mayonis, potong timun, sapu sos.

Makan "burger" dua kali sehari.

8 November 2011
Tak pergi mana-mana.
Berkurung dari pagi sampai petang dalam rumah.
Sebelum Asar teringat nak potong rambut yang panjang mencecah bahu.
selamat tinggal rambut panjang.

Adik-adik saya pun dah gilakan novel-novel Hlovate.
Adik lelaki baca Rooftop Rant.
Adik perempuan baca Contengan Jalanan.
Siapa-siapa belum pernah baca, cuba cari karya-karya Hlovate.

Dan masak burger lagi.
Haha...
Family kami makan burger hari-hari agaknya.




9 November 2011



Pulang ke UTM.
Pendeknya cuti kali ni.

Mohon maaf kerana entri yang tersangat pendek.
Saya bukan malas mengupdate, cuma terkejar-kejar masa nak menulis.
Rasa puaslah dapat update walaupun x banyak.

InsyaAllah saya ada kejutan untuk mingu-minggu akan datang.
November is my month, am I right?
Nantikan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...