Tengah hari
"Hello.. "
"Hello.. "
"Barang saya sudah sampai ka?"
"Belum.. I rasa petang ni boleh sampai.. MUNGKINlah.. Nanti I telefon satu kali ya.."
"Saya kena cepat taw.. Sabtu ni kena balik rumah la.. U kata satu minggu saja, ini dah minggu ketiga.."
"Aiya.. So sori la.. I pun tak taw.. Nanti petang I call u ah.."

Petang
X call pun.

Malam
"Hello.."
"Hello.."
"Barang saya dah sampai ka?"
"Aiya.. Belum.."
"Hum.." (merajuk)
"Atau I call U lepas 10 minit, I tanya dia terus.."
"Ok.."

Selepas 10 minit
"Hello.."
"Hello.. I rasa paling awal hari Sabtu.."
"Saya balik rumah hari Sabtu taw.. 4.30 dah naik bas.."
"Ok la.. I cuba tolong awak ah..."

Status:
Terumbang-ambing dibuai angin..
Seminggu jadi 3 minggu..
Dan bakal jadi 4 minggu..

Semoga Allah menganugerahkan kesabaran yang sangat tinggi kepadaku..
Berapa jam je lagi ni..
Jantung makin deras..
Kepala penuh dengan adrenalin..

InsyaAllah..

Menggeledah folder2 lama dalam laptop, terjumpalah semua ni..

Kisah-kisah di sebalik hasil kerja saya...

Setiap satunya ada seribu cerita..

*****

Kempen Budaya Endah 2010
"Kerana Sayangkanmu"
28 Februari - 6 Mac 2010


                                             

Warna
Merah dan Ungu
___________________________________________________________________________

"Warna temanya nak warna apa?" tanya saya.
Semua berfikir. Dan keadaan jadi senyap.
"Hum.. Ungu.."
kata seorang muslimat. (Pengarah rasanya)
"Ungu dengan...?" tanya saya lagi.
Keadaan jadi senyap.
"Merah!" kata saya.

Kenapa merah? Sebab, mengikut tema program iaitu "Kerana Sayangkanmu", saya terbayang bentuk hati. Dan bila terbayang hati, mestilah merah.

Edelin dan Atikah tersenyum sambil membandingkan pakaian baju mereka.
Mereka berdua masing-masing memakai pakaian ungu dan merah.
Idea kami diterima.

Juga ada campuran 3 warna primer - merah, biru, kuning.


Simbol
Hati
____________________________________________________________________________

Telah dinyatakan di atas.
Perkataan SAYANG sangat sinonim dengan bentuk hati.

Background
___________________________________________________________________________
Sebnarnya gambar hati kat belakang (wallpaper) berwarna hitam.
Malam confirm tak nampak.
Saya yang design, saya jugak yang reject.

Apesal ye saya pilih warna hitam?
(Hati dan hitam?)
Sebab game Kingdom Hearts (PlayStation 2)
(one of my favourite game)


Asalnya nak buat macam ni. Tapi nampak semacam je...


Lain-lain
______________________________________________________________________________
Tarikh di atas terpaksa dibetulkan, dengan menampal kertas pink di tarikh.
Perubahan saat-saat akhir

Banner ni nampak comotlah..
Maklumlah, hasil kerja pertama..

Tapi inilah pintu yang membuka lebih banyak jalan untuk saya pergi jauh.

******
Ihya' Ramadan 2010
"Ramadan Dinanti Pengorbanan Dihayati"
9 Ogos 2010 - 3 September 2010


Bertugas sebagai seorang ketua, peranan dan tanggungjawab saya lebih berat.
Lagi2 bila x cukup masa dan x cukup tangan.

CANTIK TAK BANNER NI?
I love this one soooo muchhh!

Tema
MALAM
__________________________________________________

Program ni bulan Ramadan.
Dan saya mula terbayang Lailatul Qadar.
Saya pun pilih tema malam...

(Asalnya berwarna merah dan jingga, iaitu SENJA, tanda berbuka puasa.
Tapi saya nak sesuaikan dengan keadaan semasa dulu. Saya mungkin akan guna idea ni untuk program akan datang.)

Warna tema
Biru, Ungu, Kuning
_____________________________________________________
Ada apa ye warna ni?
Saya tertarik sangat dengan warna ni.
Waktu ni, saya main game Kingdom Hearts II (PlayStation 2).

Game tu sebenarnya banyak bagi pengaruh kepada saya untuk design poster dan banner yang lain.
Keunikannya menjadi inspirasi.

Dan warna tersebut sebenarnya berasal daripada sejenis senjata yang dipanggil Keyblade bernama OATHKEEPER.
Malas nak cerita panjang pasal keyblade ni..

Lain-lain
Effect GLOW antara benda best dalam banner ni.
Macam gold dust.
Nampak shiny. Haha.






******
Majlis Perasmian Program 3J &
Garden Talk: Love is Cinta
16 Oktober 2010


BADAR dan KRU tak tahu pasal ni.
Sebab ni bukan program UTM!

Yup, ini ialah program UTHM.
Nape saya tibe2 wat banner untuk program UTHM?

Pada cuti raya yang lepas, saya "dilamar" untuk membantu seorang sahabat menyiapkan banner program dia.
Dia kalut waktu tu, dengan macam2 masalah birokrasi, AJK, etc.

Dipendekkan cerita, selepas menatap skrin laptop ni selama 8 jam, terhasillah banner ni..

Tema
Garden ~ Taman
_____________________________________________________________
Ada rumput, rama-rama, pokok, bunga dan cherry blossom ataupun sakura.
Sakura??
Nanti saya cerita kenapa..

Warna
Hijau dan Merah
_______________________________________________________________
Hijau ~ Garden
Merah ~ Love
So, memang berkaitlah...

Idea asalnya, saya nak buat sebuah "taman yang ada banyak pokok bunga yang bleh keluarkan bunga bentuk hati"

ade ke kat dunia nyata ni?
Jawapannya : ADA.


Bunga Heartbleed.

Tapi, macam biasalah, kekangan masa.
Saya terpaksa reject.

Warna biru dalam bulatan tu melambangkan kolam.
(Kolam kat tamanlah..)

Rama-rama
Sebab rama-rama penyeri taman.

Sakura
Bunga ini dikaitkan dengan kasih sayang ataupun "emblem of love".

Melihat di dinding sebelah kiri meja.
Ada "planner" untuk bulan November.
Tarikh2 peperiksaan tercatat di kotak2 tertentu..
Dan berakhir di kotak 30 November, kertas Electrical Technology.

Dan tiada apa2 lagi catatan selepas itu..

Saya akan pulang ke rumah pada 1 Disember 2010, ambil "flight" dari Senai ke Subang.
Pas tu?

Kosong.
Tiada rancangan.

Kalau ikut rancangan cuti2 yang lepas:
~ Tidur panjang.
~ Main game + Facebook
~ Makan
~ Tidur balik

Takde life langsung....

Pensel di jari tangan kanan diputar2kan.
Berfikir sejenak....


Nanti kejap, kan aku akan dapat kamera.
"Apa salahnya aku guna time cuti ni."

Tapi nak ambik gambar apa..
Tangkap gambar kat rumah, time tengah main game?
Memang takde kerja...

Hum.. Hah, ape kate amik gambar tempat2 yang aku pernah pegi?
Saje je nak mengimbau kenangan2 lama...

Nak start dari mana?
Home sweet home.
Pastu gi sekolah, amik gambar sekolah..

Haha, okay la, daripada ternak lemak kat rumah.

Tapi, takkan tu je..
Belum seminggu, kerja ni dah habis.
Tak seronok.
Hum.. Fikir lagi...

Tiba2 terfikir idea gila.
Apa kata amik gambar dari Klang, Selangor sampai Kolej Matrikulasi Kedah?


My Great Escape,
Draft 1.

Hati dah tak keruan.
Dari malam tadi jantung dup dap dup dap. (pantas sket daripada biasa)
Payoh dah nak tidoq.
Macam nak menangis menunggu.. (MACAM nak menangis, belum nanges ye..)

Orang tu kate "Minggu depan boley dapatlah.."
Itulah kata2nya dua minggu lepas.
Saya yang dipengaruhi che' hawa nafsu pun mengiyakan je.
Maklumlah, darah muda.. (i'm still 14 hoccay..)

Dah dua minggu, x call pun. huhu...
(belum menangis)

Ah, sampai bile harus menunggu!!
Dengan hati yang berkecamuk (yelah tu), nombor yang tertulis di resit order didail..
"Bos, barang saya dah sampai ke?"
"Belumlah. Nanti kalau dah sampai, saya call u"

Jantung ditusuk kerinduan..
Hati dirobek asmara..
(saya memang kaya dengan kosa kata. kikiki)

Hari ni saya masih menuggu satu panggilan.
Harap-harap, inilah hari yang dinanti-nantikan selama ni..
Senior saya dapat barangnya pun dalam tempoh 2 minggu.
Hari ni genap 2 minggu.


Semoga kelewatan ini penuh dengan hikmah.
Allah lebih mengetahui.
Antara kebaikannya, saya tak leka dalam study week.. (walaupun banyak maen game PlayStation 2, tapi buku x tinggal. haha. janji buku x tinggal...)

Pembaca:
     Menunggu ape sebenarnye neh?

NC:
     menunggu "sesuatu"... Bukan buah hati pengarang jantung ye. Juga bukan buah cempedak di luar pagar mahupun pisang emas yang dibawa belayar..

Pembaca:
     (buka Yellow Pages) Hello, Hospital Tanjung Rambutan ke neh?


(gaya penulisan seorang senior menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis macam neh.. slalu sangat mengintai blog dia, sampai slalu mengilai sorang2 depan laptop.. credit 2 ksn)

Ah, bosannya..
Sejak pagi menghadap buku ~ buku akademik, novel dan buku muka  (facebook)

Saya pun ambil jag air di ruangan atas meja. Bahagian "para-para" (betul ke istilah nie?)
Terpandang botol air kosong.
Masih belum diisi dengan air.
Kerana terlalu haus, sampai lupa nak isi balik.

Saya ambil botol air tu.
Membelek sekelilingnya.
Pelekat harga pun ada lagi.
Dah banyak kali basuh, tak jugak nak menghilang.

Sekadar mengimbau kenangan.
Mahu dibuai perasaan seketika..
(ayat ni over sangat ke? kikiki)


"Hah! As nak beli botol air."
Lama dah nak beli benda ni. Tapi asyik tak ingat je.
Ingatkan nak beli je kat kedai Azah, dekat-dekat dengan blok kat UTM.
Tapi alang-alang pergi JJ Taman U, baik beli sekali.

"Okla, kita cari kat dalam.." kata Abah.
Kami pun meronda untuk membeli barang-barang saya.
Waktu ni, orang kat pejabat KTC taknak bukak pintu bilik stor.
Memaksa saya untuk beli barang-barang di luar, untuk survive satu malam.

Dan saya pun memlih botol air lutsinar.
Penutupnya warna biru dan putih.
Ada tali di tepinya.

Kemudian abah belikan.

Peristiwa ini berlaku pada 11 Julai 2010, hari Ahad.
Hari terakhir bersama abah, sebelum abah koma.
Masih terbayang wajahnya melambai-lambai tangan kepadaku.

Mama kata, abah nampak sayu sangat hari tu, sejak hantar saya ke UTM.

Botol air tu pemberiannya yang terakhir kepada saya.


. . . . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...