Tingkatan 1, 2003


"TENGOK NI!"
"ADA KE DAUN POKOK TOMPOK-TOMPOK WARNA MERAH!!!"

Satu kelas ketawa.
Saya tunduk ke meja. Tak sanggup dengar leterannya.

Cikgu pendidikan seni beri komen terhadap semua lukisan.
Lukisan-lukisan ini hasil pelajar kelas ini.
Kami melukis dan warna pada peperiksaan yang lepas.

Saya pilih tajuk poster "Kenali Malaysia".
Saya ingat tajuk ni senang. Hasilnya..

Saya pun menangis. Kawan-kawan saya pujuk saya.
Saya baru beralih dari alam kanak-kanak ke alam remaja.
Hakikatnya mentaliti saya tahap kanak-kanak.
Selalu merajuk. Kuat menangis. Walaupun dah masuk sekolah menengah.

Markah: 38%
Kali pertama gagal dalam peperiksaan.
Tapi, pendidikan seni tak dikira gagallah kalau gagal. Sekadar ambil markah je.
Saya memang takde bakat seni.

Bukan daun tu warna merah, tapi itu buah pokok tu. Mestilah merah.
Lain orang, lain mata.
Lepas tu main komen je.
Geram.


Tingkatan 3, 2005
"Semua pelajar WAJIB buat kad sempena hari guru." kata Puan Rahimah Chua.

Aku mengeluh.
Entah apa-apa sekolah ni.. Saje susahkan pelajar..
Masa tu dalam sebulan sebelum sambutan hari guru.
Kami wajib buat kad tu, mungkin sebab nak dapatkan banyak penyertaan.
Semua pelajar pun wajiblah hantar.

Saya terdiam. Nak buat apa lagi?
Minggu lepas, kami diajar teknik kolaj.
Gunting kertas warna, dan tampal di atas kertas.
Saya pun guna cara tu. Nak buat kelainan. Orang lain pakai warna air je.

Balik tu, saya pun beli 3 helai kertas warna - merah, kuning, biru.
Tiga warna primer. Warna-warna yang tak boleh dihasilkan oleh campuran warna lain.
Inilah prinsip asas dakwat printer - magenta, cyan, yello dan black.

Saya design kad ni betul-betul.
Kemudian, gunting dan tampal.
3 malam nak siapkan sekeping kad.
Kadang-kadang terlena, kemudian terkejut jam 3 pagi.
Lampu bilik masih terang.
Kemudian sambung lagi.

*****

"Cikgu!"
Cikgu pun menoleh. Saya serahkan kad saya.
"Wah.. Cantik!"
Saya tersengih. Saya memang puas hati dengan hasilnyua.
Kemudian saya beredar meninggalkan tangga itu.

*****

"Ashraf Bin Nazlan, daripada 3 Setia!"
Terbeliak. Tidak percaya.
Saya berdiri. Danberjalan segera ke pentas.
Saya dapat piala.

Piala ni diberikan kepada 5 pelajar, daripada 2000 orang pelajar.
Bangga tak terkata.

Memang tak dijangkakan.
Saya pernah gagal dalam pendidikan seni.

Sejak tu, saya mula minat kepada seni.
Design macam-macam, kemudian warnakan.
Baru saya tahu, saya ada bakat.
Saya nak asah sehingga tajam.

Semoga kebolehan ini dimanfaatkan untuk banyak perkara.

(Saya sedang menguruskan unit Publisiti dan Multimedia, bawah Ihya' Ramadan 2010, JKMKTC. Disebabkan kekontangan idea dan tak cukup AJK, saya pun curi-curi rehat dengan menulis blog ini. Maaf ya kepada semua kalau terlambat siapkan kerja.. Hehe..)

Ashraf Bin Nazlan

Kelas pagi tadi mula jam 11 pagi. Berakhir 5 petang. Kerana kesuntukan masa, saya skip makan tengah hari..

Petang makan biskut.
Malas nak makan nasi. Tunggu lepas maghrib nanti..

Selepas Maghrib
Bunyi "tirai besi" ditarik di kafe Kolej Tuanku Canselor.
Mereka tutup kedai.

Selepas terawih, dan selepas mesyuarat IHRAM 2010, saya minta Munzir hantar saya ke Arked Kolej 9.
Makan sizzling.

Saya makan sendirian. Munzir ada kerja.
Terdengar bunyi riuh di belakang.
Saya pun menoleh.

Ada yang kelihatan tua. Ada yang budak-budak lagi.
Sebuah keluarga.

Saya berhenti makan.
Kemudian pandang mereka.

Barangkali keluarga pelajar di sini.
Pelajar tersebut sangat bertuah.
Keluarganya ada bersama pada 1 Ramadan.

Tahun lepas, saya pulang ke rumah pada 1 Ramadan. Untuk berpuasa bersama keluarga.

Berpuasa bersama keluarga.

Tapi, kali ini, saya tidak pulang ke rumah.
Seandainya pulang, abah tetap tak ada.
Tak ada bezanya pulang atau tak.

Tinggal kami berlima.


Saya berasa iri hati terhadap pelajar tersebut.
Mempunyai keluarga di sisinya.
Tidak sepertiku...

Pada masa yang sama, saya tumpang gembira.
Dia masih ada keluarga yang sangat menyayanginya.
Kalau tidak, masakan keluarganya sanggup makan bersama pada jam 12 malam.

Mama, Abang Am, Annas, Anis,
Tunggulah kepulangan As. Sedikit masa lagi As akan pulang.
Dan jangan pernah berhenti berdoa untuk abah.

Ashraf Bin Nazlan

Kes 1
6 Ogos 2010

12 pm
Saya berjalan berhampiran tangga SUB - Student Union Building.
Macam biasalah, saya jalan sorang2..
Tiba-tiba..

"Eh, apa tu?"
Sekeping kertas warna-warni dilitupi sekeping plastik lutsinar di atas rumput.

Saya ambil.
Jadual waktu. Subjeknya subjek tahun 1.
Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
Kemudian terbalikkannya.
Kad matrik!

Tak tahu nak buat apa.
Saya letakkan semula di atas rumput.
"Kesian budak tu. Harap2 dia boleh dapat balik kad matrik ni."

Kemudian berlalu pergi.
Tapi tak sampai hati..
Saya kutip semula. Dan bawa bersama ke Masjid Sultan Ismail.
Sekejap lagi khutbah Jumaat akan bermula.

******

Saya belek2 kad tu.
Pelajar perempuan Cina.
Mikroelektronik, 1 SEW.
Mungkin pelajar KTC.
Sayangnya, TIADA NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI.
Saya pun minta bantuan AJK surau muslimat, check mana2 pelajar 1 SEW.

*****
4 pm
Saya beri kad itu kepada AJK saya.
Katanya bukan KTC, tapi Kolej 9 atau K9.
Dia ada kawan di sana. Saya minta dia beri kepada tuannya.

*******

5.30pm
Tengah online. Dan sedang berfacebook.
Coursemate saya, Ning Cy juga sedang online.
Dia duduk di K9.
Saya minta bantuannya untuk cari tuan punya kad matrik.

*****

6.30pm
"She already got her matric card lo.."
"She said she's too malu because everyone knows abaout the missing card"
daripada Ning.
AJK saya dah berikan kad tu kepada tuannya.

*****

Kes 2
9 Ogos 2010, Isnin
11 am

Ketika lalu bersebelahan tangga S10.
Ternampak dompet sesorang.
"Haih.. macam2 barang yang tercicir.."
Dikhuatiri dompet tersebut jatuh ke tangan yang salah, saya ambil dompet tu.
Nasib baik ada kad pengenalan.
Tapi, sekali lagi, TIADA NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI.
". . ."

Teringat sesuatu.
Di surau S01, ada senarai nama pelajar lelaki di seluruh KTC.
Saya bergegas ke surau, dari S10.

Jumpa.
Dia duduk tingkat atas saya je.
pelajar 3 SEE.
Saya ke biliknya, tapi dia tidak ada.
Kemudian mesej abang Farid dan abang Fathu a.k.a. Pak Lang.
Selepas 20 minit, mereka reply. Katanya kenal pelajar tu. (Mereka sekelas)
Saya pun minta tuan punya badan jumpa saya.

Selang beberapa minit, dia pun sampai.
Dia bersalam dengan saya. Dan ucapkan terima kasih

Tamat Kes 2

Pengajaran
Tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi dalam kad matrik dan dompet anda.
Anda takkan sedar bila barang-barang berharga ini terlepas daripada tangan anda..

Saya nak berhenti tulis post yang sedey.Untuk seketikalah.

Bukan saya nak lupakan apa yang berlaku,
tapi saya berpendapat,
makin dipegang, makin susah dilepaskan.

Mungkin saya sendiri takut dengan apa yang berlaku.
Ketakutan itulah yang memakan diri.

Saya telefon mama, katanya kat rumah ok je.
Takyah risau pasal duit.

Buat seketika, saya akan lepaskan pengalaman ini.
Ada masa nanti, saya akan kenang-kenangkan..

*****

"Belum bukak lagilah dik.." kata kakak yang sedang duduk di dalam kaunter.

Kecewa.
Pada masa yang sama, terfikir sesuatu.
Hikmah.

Tak bukak lagi maknanya banyak peluang lagi!
Akan ku rebut peluang itu...

Saya ada di kaunter tiket bas Transnasional.
Hari ini 1 Ogos 2010, bersamaan 20 Sya'aban 1431H.
Tinggal 10 hari nak puasa.
Saya nak beli tiket balik (sebelum) raya, dan kembali semula ke selatan selepas raya.
Tapi tiketnya belum bukak.
Maknanya tempat kosong masih banyak...

10 hari lagi nak puasa,
33 hari lagi sebelum pulang ke rumah,
49 hari lagi sebelum kembali ke UTM.

Takpe, esok saya cuba telefon mereka.
Tak bukak lagi, esok call lagi.

Sejak zaman matrik lagi, kalau nak balik rumah, saya akan beli tiket lebih awal sebulan.



"RM53.. please.." kata abang Arif yang cuba tawar-menawar.
"Tak bolehlah.. RM 58.." kata tauke perempuan tu.
Saya tersenyum.

Saya keluarkan dompet, dan bayar RM60.
Tauke itu pulangkan RM3.
Maknanya "barang " tersebut berharga RM57.
Saya beli apa?

Jeng jeng jeng...






Helmet baru!

Selalu sangat pinjam helmet senior. Rasa segan.
Dah sampai masa saya bergantung pada diri.
Tapi saya tak pandai bawak motorsikal.
Lesen motor dan kereta dah lesen besar.
Siap dah renew lagi.
Ngehehe....

Saya terbaca, apabila berlaku stress atau tekanan (walaupun dalam masa singkat), tahap imuniti badan menurun.
Dikhuatiri mudah jatuh sakit.
Dan juga dikhuatiri terjebak dengan lebih banyak masalah - bunuh diri, penyalahgunaan dadah, jenayah, dan banyak lagi.

Kalau saya terus macam ni, saya dah mati sebelum ajalnya.
Zombie.


Saya rasa, abah pun harap saya hidup ceria.
Keluarga saya juga.
Dan sahabat-sahabiah.

Ceria selalu!


Hujan menitis gugur membasahi bumi.


Masih belum nampak lagi bayangnya.
Aku tetap menunggu. Dia akan tiba.
Tak mungkin dia lupa.

Aku hanya berteduh di bawah sebatang pokok pinang yang tidak tinggi.
Aku bermandi hujan.

Mengira detik waktu berlalu.
Masih belum tiba.
Tapi aku tahu, dia akan datang.
Dia akan datang.

Badanku semakin kesejukan.
Entah macam manalah buku-buku dalam beg ni.
Entah basah, entah tak.

Mata saya yang rabun jauh ni cubaa perhatikan di sebalik pagar sana.
Tak nampak juga.
Aku berulang-alik keluar pagar besar, kemudian kembali ke bawah pohon itu.
Mana ni..

Aku berdiri.
Dan terus berdiri menantinya.

"As!"
Aku toleh ke belakang.
Abang Am memanggilku.

"Abah kat sana.."
Jarinya tunjuk ke arah bangsal berbumbung.
Atau lebih tepat, tempat letak kereta guru.

Kami berlari dalam hujan.

Abah duduk di atas motor.
"Lain kali, kalau hujan, tunggu kat sini.."

Abah pun lupa nak pesan untuk suruh aku tunggu di tempat letak kereta berbumbung jika hujan.
Aku pun tak tahu nak cari kat mana.

Apabila pulang, aku dan abang Am mandi hujan.
Abah yang benarkan. Kami berdua seronok.
Mama kehairanan melihat kami.
Kami kata abah yang benarkan.



Peristiwa ini berlaku semasa saya darjah satu.
Kira-kira 13 tahun lepas.

Entah kenapa, akhir-akhir ni, apabila hujan, saya teringat kisah ini.
Abah masih ada bersama kami.

Saya akui, tiada manusia sempurna.
Tapi dia sangat sempurna kepada kami sekeluarga.

Hati saya terasa ada suatu ruang yang kosong.
Saya tak mampu menterjemahnya dalam tulisan.

Saya mungkin nampak gembira di hadapan rakan-rakan kelas.
Ceria di hadapan sahabat Badar, KRU dan surau.
Ketawa sama-sama.


Sejak abah takde,
Saya jarang jumpa senior.
Saya suka berkurung dalam bilik.
Kunci pintu, dan hanya buka suis kipas dan lampu belajar.
Saya tak mahu diganggu.
Saya tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Dan menangis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...