September 18 2025, 9.48 pm


To Kakak Nafisah,

this one (and the next blog post) is specially written for you.


*****

Dah lama rasanya saya tak betul-betul menulis, kan?

Sebelum ni ayik letak gambar tanpa caption pun. Takde isi. Takde penerangan.

Akhir-akhir ni saya rindu untuk menulis semula gaya penulisan kegemaran saya, iaitu gaya penulisan Hlovate.

Blog ni juga pernah diviralkan oleh Hlovate sendiri. (And I'm totally proud of myself!)

Tahun 2010-an itulah zaman keemasan blog ni dan sahabat seangkatan saya (terutamanya kakak kesayangan ni la).

So, here it is, khas untuk mereka yang rindu zaman itu.

(Kakak, saya rasa, antara geng kita ni, saya je kut yang boleh angkat balik style ni. Yang lain macam ramai je dah bersara daripada dunia blogging. But I never blame all of you, though. Minat dan hobi tu berubah mengikut masa.)

*****


Gelap.

Once again. Deja vu. The same scene all over again.

Jobless. Again.

Second time.


*****

Kerja pertama, Production Engineer. Kerja kilang. Honestly, takde kaitan langsung dengan apa yang saya belajar UTM - Electrical Engineering. It's not even my dream job. Tapi waktu tu, tu rezeki yang terhidang depan. Grab je la. Beggars can't be choosers.

6 tahun pertama ialah hanimun. tahun ketujuh itu neraka dunia. Saya surrender. Orang atas tekan gila-gila. General Manager (GM) tu pulak ada "legendary track record" - pernah kena hantar dari satu plant ke satu plant sebab buat petition to kick him out out. Dahsyat kan? Dajjjal yang mempedajalkan orang. Patutnya bukan hantar ke plant lain, tapi hantar ke planet lain.

At the end,saya decide untuk let go and move on. Tender resignation tanpa backup plan. Sekadar bergantung kepada simpanan dan saham. And yes, I can survive for years with that amount. Almost 6 digits. True story. Hoho, kaya gila!

The aftermath - 6 bulan menganggur. Kosong. Gelap.

*****

Pakcik saya suggest saya masuk training kat SHRDC, Shah Alam macam sepupu saya. Ambil course Data Automation & Analytics. 2 Bulan. Belajar PLC, Data Generation, Data Storage, Data Visualization, Overall Equipment Effectiveness, Data Analysis, Lean Manufacturing & ERP.

Lepas tu buat internship 5 bulan. Buat projek pasal PLC. Ironinya, kat UTM dulu, PLC ni elektif je. Saya tak ambil pun. And no I;m playing with it and enjoying it.

Kemudian menganggur lagi 3 bulan. And miracle happens. Application Engineer. Robot Specialist. MNC. Bapak kaya. Out of 800++ apllicants, saya yang totally clueless pasal robot somehow dapat job tu. Miracle, right?

Probation period - 3 months. Then extend lagi 3 bulan. "Not performing".

Last month of probation, I managed a project. Integrated 3 types of robots (collaborative robot, fixed robot & mobile robot) into one system. Gila susah nak buat. Bangga gila dapat buat.

Tapi manager tu kata slow sangat.

Tak lepas probation.

Dia tak nampak pun effort yang dah buat.

Hati mana yang tak runtuh?


*****

Balik rumah. Tell my mom. She tried to be strong for me. My sister becomes the shoulder. My elder brother whatsapp me, bagi ayat yang saya tak tahu nak balas apa.

I still have 2 days left before officially out, Datang kerja macam zombie. My colleagues try to cheering me up.

Senior engineer cakap slow-slow,

"Sebenarnya, bukan kau yang bermasalah. Tapi manager tu sendiri yang bermasalah"

Arahan dia tak pernah jelas.

Suruh A.

Bila buat A, dia tanya kenapa tak buat B.

Suruh B, dia persoalkan kenapa tak buat C.

Bila exactly tanya apa yang dia nak, dia jawab: "Lu pikir la sendiri".


That day, I stop blaming myself.

Saya bukan gagal sebab tak cuba.

Cuma unlucky.

Terjebak dengan orang yang tak menghargai usaha kita.


But still, bila pintu tertutup, a part of me hilang kat situ.


Menganggur lagi. Round two.


*****

Mohon kerja. Rejected. Interview. Failed.

Savings makin nipis.

Bil kena bayar,

Loan kereta kena lunas.

Makan minum, ibu dan adik-beradik yang jadi support system.

6 bulan. Panjang. Berat.


Malam-malam yang dingin, saya doa. Sujud. Rayu.

Asking Allah, please, just a way out.


And when I was at my lowest - really rock bottom - He showed me a flicker of light.

Bukan terang lagi. Tapi cukup untuk saya tahu: This is not the end.

There's a journey waiting. One that will change me. Inside out.


Like what Tenzin said in 'Legend of Korra':

"When we hit our lowest point, we are open to the greatest change."


*****

Gelap itu mungkin bukan full stop.

Sometimes, it's just a comma.

A pause before the next sentence in our story.


Saya belajar - gagal bukan penghujung, tapi turning point.

Bukan semua jatuh itu tanda kalah.

Ada jatuh yang sebenarnya mengajar kita untuk bangkit.


Dan bila Allah tarik sesuatu, bukan sebab Dia benci.

Tapi sebab Dia nak bagi ruang, supaya tangan kita lapang untuk terima yang lebih baik.


Because rock bottom is not the end.

It's the beginning of the climb.


Nantikan post seterusnya ya...


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...