September 21 2025, 11.00 PM
To Kakak Nafisah,
this is the final piece of the previous story.
(and yes, it's specially written for you.)
*****
A Book
Kelebihan jadi penganggur: masa banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa.
Sebelum jadi mati kutu tahap menatap siling rumah sampai hadal pattern kipas, saya decide nak isi masa lapang edngan baca buku baharu.
(Eh, padahal rak buku sendiri pun dah penuh dengan buku baharu yang belum terusik. Tsundoku life)
So one fine day, jalan-jalan kat MPH Setia City Mall. Ternampak satu buku - Berhenti Bekerja tulisan Amirul Azraie & Nik Akmal.
Tajuk macam troll sikit, tapi deep.
Bila selak, terus rasa macam kena tembak AK-47 direct hit point blank dengan situasi hidup sendiri.
Lepas tu, saya start follow dua-dua pebulis tu.
Fast Forward, Amirul Azraie buat webinar pasal kerja dekat Middle East. Jemput pulak seorang abang legend oil & gas, nama dia Sazli Kamaruzzaman. Dia share pengalaman bertahun-tahun kat sana dengan family. Serius best dengar cerita dia.
Of course, saya pun follow Encik Sazli kat whatsapp group dia.
Beberapa minggu kemudian, beliau jadi guest untuk webinar/podcast lain pulak. Dan rupanya platform yang host webinar/podcast tu ialah Oil & Gas Meta (OGM).
*****
Oil & Gas Meta
22 Mei 2024
First time saya tune in podcast OGM. Tajuk pun best: Live from Saudi Arabia: Pengalaman Kerja Construction O&G di Middle East. Host dia, Najih Sobri. Pakai tanjak sebab katanya takde serban. Nak feeling-feeling Middle East.
Sebelum join podcast tu, saya sempat Google duluL OGM ni menatang apa? Turns out, OGM ni syarikat training untuk industri minyak dan gas. Macam-macam kursus ada - Onshore, Offshore, Software, you name it.
Harga dia pulak... surprisingly murah. Serius, benda O&G ni kan selalunya high ticket. So, saya pelikL murah sangat ni, legit ke?
Lepas beberapa kali join podcast OGM, baru faham. Kursus-kursus tu sebenarnya cuma intro. Enough untuk bagi basic knowledge, bagi orang masuk interview dengan confident, cukup untuk tembus industri. Tak perlu overkill. tak perlu jual mahal. Fair enough.
Saya share kat group WhatsApp family:
"Saya nak join oil & gas."
Tak nak lagi kerja biasa-biasa macam sebelum ni. Penat. Gaji ciput.
Masa tu memang nekad habis. All-in. Semua simpanan, saham yang ada - saya laburkan kat sini. Gamble hidup-mati. Kalau fail, memang tinggal white flag je la.
So saya pun borong dan start attend semua - dari podcast free sampai kursus-kursus berbayar.
Step by step belajar pasal:
1. Offshore (exploration, development, drilling, production & decommissioning)
2. Onshore (operation, fractional distillation, instrumentation, mogas blending, turnaround & shutdown)
3. Software (Power BI, Advanced Excel, Primavera P6, Microsoft Project, AutoCAD, etc)
4. Project Management
5. API Standard
6. Job hunting skills (resume, interview hacks, etc)
Dengan semua benda ni, at least bila orang baca resume, ada "trigger" untuk consider calon. Ada hook. Ada reason nak interview.
Bonusnya, kursus ni semua ada recording + e-cert. Belajar ikut masa sendiri. Slow-slow hadam jargon industri ni.
Dan perlahan-lahan, saya jumpa juga rahsia besar: kat mana lubuk sebenar nak cari kerja oil & gas.
Oil & Gas Companies
Kebanyakan orang bila sebut nak kerja oil & gas, terus mata fokus pada tiga nama keramat: Petronas, ExxonMobil, Shell. MNC besar-besar ni la yang jadi idaman ramai.
Career fair? Confirm booth diorang paling panjang queue. Semua nak drop resume, siap ada yang sanggup beratur macam beli tiket konsrt Coldplay.
Now, bayangkan - satu jawatan kosong. Applicants? Beribu. Dan yang apply bukan calang-calang. Grad universiti top, CGPA mantap,co-curriculum strong, sijil pun berlapuis-lapis. Belum kira lagi budak universiti oversea. Kita ni dahlah budak universiti awam je. Tambah pulak muka pun muka awam. Soalan million dollar: apa yang buat resume kau stand out?
Hard truth: peluang dekat MNC ni memang tipis. Lagi-lagi bila kebanyakan jawatan diorang demand at least 3 years O&G experience.
Then muncul soalan cliche:
"Habis tu, kalau MNC semua nak orang ada pengalaman... macam mana nak dapat pengalaman kalau takde siapa nak hire dulu?"
Plot twist: bukan sebab kena ada kabel dasar laut voltan tinggi. Konsep tu salah, bro & sis.
Jawapan sebenar - start kecik dulu. Masuk syarikat kontraktor.
Ramai tak aware pasal ni sebab nama syarikat kontraktor memang tak segah dan semenggah macam MNC.
Kadang-kadang kalau sebut pun, orang tanya balik:
"Hah? Company apa tu? Company cap ayam ke?"
Exactly. Bila syarikat tu tak popular, kuranglah yang apply. Bila kurang yang apply, peluang nak tembus ti jauh lebih tinggi. lagi best, kau dapat real pengalaman kerja O&G, bukan setakat internship pass by.
Email Blast Survival mode
Saya ikut cara ni.
Buat satu emel - subject line "Application for Opportunities." Resume siap attach. Lepas tu? Tembak. Satu-satu syarikat contractor saya sumbat masuk inbox diorang.
Kalau tak reti nak draft emel formal, senang je - mintak tolong ChatGPT. (Serius, benda ni memang life-saver)
Saya hantar ke semua channel yang ada. Admin, HR... even ada yang saya terus sumbat direct ke CEO. YA, HANTAR TERUS KE CEO!
Desperate time calls for desperate measure. Bila dah tersepit, bila simpanan makin nipis, bila masa depan nampak kabur... trust me, banyak benda gila boleh terlintas.
Satu hari hantar 10-15 emel kepada syarikat-syarikat ni.
Reaksi? Macam-macam.
Ada CEO baik hati forward resume saya ke HR. Ada yang reply mintak isi form, then hilang ghaib macam cicak masuk celah almari. Ada yang memang dead silent - tak baca pun mingkin.
Tapi dengan semua effort tu... saya dapat jugak 2 interview.
The First Interview
Interview pertama... wrecked me.
Keluar bilik interview, terus meltdown. (Kedai kopi sebenarnya. Interview dalam kedai kopi sebab kedai kopi tu CEO tu punya jugak. Officenya kat tingkat atas. Saya order americano atau kopi o).
Menangis sampai nak solat Zohor pun drag sampai sejam sebab air mata tak reti berhenti. Deep down, memang tahu takkan lepas.
Tapi honestly, saya sendiri pun tak ada hati nak kerja situ. Bila selak carta organisasi kat website depa, muka CEO terpampang besar-besar. Tengok manager bawah-bawah dia - semua ada "bin" dan "binti" CEO. jugak. Family business vibes much? Dasar kroni.
Still... ada satu benda priceless.
Saya dapat jugak pengalaman interview O&G.
And that's something.
Resume aku laku, weiiI!!!!
The Second Interview
Beberapa minggu lepas nuclear meltdown interview pertama tu, phone berbunyi lagi. Another shot.
Lokasinya tak jauh pun dari tempat first interview. Jalan pun dah agak familiar - at least kali ni tak sesat.
Masuk bilik interview, terus berdepan dengan Technical Manager. Aura dia garang, tegas. First impression memang intimidate gila.
Usually, interview start dengan "Tell me about yourself." Ice-breaking sikit, small talk. Tapi manager ni straight cut.
"I just go straight to the point"
Tak sempat introduce pun, terus dihentam dengan soalan based on resume. Bam-bam-bam. Expectation dia macam peluru laju, otak saya tak sempat catch up.
Tapi bila dia sebut pasal company dia buat SCADA system... terus saya senyum. Flashback tujuh tahun kerja kat kilang dulu. SCADA tu memang jadi roti canai pagi saya. Familiar habis. Bezanya-dulu saya end user, sekarang dia expect saya jadi orang yang buat.
Still, masa tu saya jawab steady. Goyang kaki pun boleh. Confidence leevl naik sikit.
Then datang soalan killer:
"Why did you leave your company?"
Saya tarik nafas. Jujur je saya jawab - "I didn't pass probation."
Dia terkejut. Dia kata, sepanjang sejarah company tu, belum pernah ada calon confess benda macam tu depan-depan.
Saya pun cerita full pcakage. Dari A sampai Z. Tak ada filter. Biasanya, cerita ni ialah red flag, satu pantang larang untuk bukak aib company lain. Satu gambaran yang menunukkan saya akan bukak aib company tu ni kalau dia hire saya. Tapi saya dah tak peduli. Saya dah penat menahan beban yang pikul dalam jiwa saya tentang manager mangkuk tingkat kat company lama tu tu.
Dan entah macam mana, saya nampak perubahan kecil kat wajah dia. Dari garang yang solid... jadi ada sedikit sisi kemanusiaan.
Dia pun belek-belek sijil saya.
"Oh, you know Power BI?"
"Er... Yeah..."
Dia tulis kat buku nota dia. Lepas tu belek lagi sijil-sijil software yang lain - Advanced Excel, Microsoft Project, Primavera P6, AutoCAD, etc. Dia tulis lagi dalam nota dia.
Dari sini, saya nampak, software skills ni sebenarnya main peranan besar dalam interview. Ini yang membezakan kita dengan calon lain.
Before I know it. interview pun wrap up. Dia cakap, kalau pass, nanti ada next round. Kalau tak, no news.
Balik tu, hati campur-baur. Harapan ada, tapi fragile. Macam tunggu result SPM - berdebar tapi dalam hati doa semoga miracle datang.
Second Round: The Plot Twist
Esoknya... phone berbunyi lagi. Call untuk second round.
Saya? Menggelabah macam nak kena propose nak dara orang. Tak sangka langsung diorang panggil balik. Haila...
So next day, datang lagi interview. Kali ni ada dua panel. Satu - Technical Manager garang hari tu. Dah familiar muka dia. Satu lagi - misteri.
Dia introduce diri... oh rupanya dialah orang yang first sekali terima emel + resume saya. CEO, Dato', big boss.
Hari tu interview teknikal. Kli ni? Chill. Lebih kepada nak kenal siapa gerangan insan desperate yang berani hantar resume direct ke inbox dia. Haha! Sebab biasanya orang play safe - hantar ke emel recruitment, admin, HR.
Company ni sebenarnya memang tengah cari orang. Cuma tak pernah iklankan. That's why saya selalu tekankan pasal emel "Application for Opportunities" tu. Jangan tunggu iklan. Jangan tunggu orang announce vacany, By the time iklan tu keluar, beratus resume lain dah flood sekali. Kalau main hantar direct, chances kau jauh lebih tinggi.
Time saya hantar dulu,literally takde calon lain pun. That's why senang-senang je saya dapat slot tu. Tapi nak remind satu benda - resume kena power. Jangan hantar kosong-kosong. Upskill dulu, polish resume betul-betul.
Strength utama dalam resume saya? Project Management. Dan benda tu saya dapat daripada kursus OGM. Itu la kicker yang buat mata diorang sangkut.
Fast forward... result?
Saya dapat. Woohoo!!!
Dan gaji? Highest saya pernah saya capai seumur hidup. Legit life changing.
Two Weeks Notice (To Life Itself)
Saya bagitau mama, "17."
"17?"
"17 Februari. Masuk kerja kat company tu."
Mama tarik nafas, senyum. "Alhamdulillah". Simple, tapi berat maknanya.
Saya teringat pernah pesan kat mama: Kalau kerja ni lekat, hidup saya memang takkan sama lagi.
Ahad tak semestinya weekend. Kat Pantai Timur, Ahad tu macam Isnin.
Ada hari kena naik bot, lawan ombak, pergi platform offshore tengah laut.
Ada hari nak minta cuti pun susah - projek tak boleh tinggal, timeline tak boleh kompromi.
Hidup akan pusing 180 darjah. No more comfort zone.
Mama dengar, mama angguk. Jawapan mama pendek: "Takpe, Yang penting dapat kerja"
Mama faham. Kadang-kadang kita tak perlu explain panjang. Ibu- dari nada suara je dia dah tahu segala resah kita.
The First Step
Dua minggu kemudian.
Jam tujuk 8.00 am. Saya dah tercegat depan pintu office. Nervous? Of course.
Ada sorang kakak nak keluar breakfast. Dia pandang saya, senyum - "Office takde orang lain. Biasanya 8.30 baru ada orang datang."
Saya kata, "Takpe, saya tunggu luar."
Tapi dia ajak join sekali sarapan. Saya ikut.
Nama dia Lisa. Bukan Lisa Surihani mahupun Lisa Blackpink. Sepanjang makan, dia bercerita pasal company tu, pasal industri oil & gas. Saya dengar dengan penuh minat. teruja, tapi dalam masa sama rasa kecut perut juga. Macam tengah tengok pintu gerbang terbuka - nak masuk tu excited, tapi dalam hati risau jugal... mampu ke nak survive?
8.30 am, kami balik office. Kak Lisa bukakan pintu office.
Saya tarik nafas. Satu langkah. Dua langkah. Masuk.
Langkah pertama saya ke dalam dunia oil & gas.
Dengan nama Allah, Ynag Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
*****
1 tahun 4 bulan menganggur lepas grad.
7 tahun jadi Production Engineer kat kilang.
6 bulan menganggur.
2 bulan training.
5 bulan internship.
3 bulan menganggur lagi.
6 bulan kerja Application Engineer - robot specialist kat MNC.
1 tahun 5 bulan 2 minggu menganggur.
Dan hari ini, officially, saya 'orang minyak'.
Bunyi macam urban legend hantu raya, kan? Tapi no-ini real life.
Ini hasil jatuh bangun, air mata, email ke CEO, dengar podacast OGM, tonton kursus kat Zoom tiap-tiap minggu.
Bukan jalan lurus, bukan highway. Tapi setiap simpang, setiap sangkut.. akhirnya bawa ke sini.
Alhamdulillah.
Life is like oil & gas - full of pressure, but that's what fuels the spark that keeps us moving forward.
*****
Kadang-kadang saya pun pelik tau.
Saya perasan untuk kebanyakan blog post saya tulis, boleh cecah lebih 100 pageviews dalam 3-4 hari.
Apa ya yang buat awak semua tertarik nak berkunjung ke blog saya ni?
Sebab cerita saya ke? Atau ada sebab lain?
Boleh tak tulis kat comment kenapa awak suka berkunjung ke sini?
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment