July 12 2024, 11.29 pm

Saya berjaya habiskan maraton 4 filem ini dalam beberapa hari ni.

Iaitu filem Dilan 1990, Dilan 1991, Milea, & Ancika.

2 filem pertamanya ialah suara hati Milea yang mengungkapkan kisahnya bersama Dilan.

Menceritakan pertemuan pertama mereka di jalanan pada 1990, yang membawa kepada mereka secara rasminya berpacaran. Kisahnya sangat indah, ala-ala dunia ini mereka hidup di syurga. Di hujung filem kedua, penonton dibawa kembali berpijak di bumi nyata, yang mana pertemuan itu ialah sebuah persinggahan. Filem ini berakhir pada 1997.


Filem Milea pula ialah sudut pandang Dilan terhadap Milea. Rupa-rupanya selepas 1991, Dilan pernah bertemu semula Milea sebanyak 2 kali pada 1994, dan kedua-duanya ialah majlis pengebumian. Bahagian ini tak diceritakan dalam filem kedua.

3 filem ini mengajar kita bahawa kadang-kala punca retaknya sesebuah hubungan yang kukuh sebenarnya ialah masalah komunikasi. Berlakunya salah faham antara kedua-duanya, dan satu pihak tak sempat memberi penjelasan tapi pihak yang lain tak mahu mendengar. Hubungan mereka penuh dengan tanggapan yang akhirnya membawa kepada perpisahan.

Saya rasa pasti ada rasa kesal antara kedua-duanya, tapi nasi dah jadi bubur. Sebenarnya hubungan mereka boleh je dibaiki, kalau ada yang bercakap dan ada yang mendengar.

Kenapa mereka tak mahu berbincang baik-baik? Alasan yang saya boleh beri ialah kerana mereka masih muda, kurang pengalaman bercinta. Bila timbul krisis, mereka pun tak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Kenapa saya tahu? Sebab saya pun pernah muda. Ini pengalaman peribadi saya la.

Tapi pengalaman pertama mereka bersikap dingin ni sebenarnya mematangkan mereka berdua. Kata orang, parut yang kita ada ni la yang membentuk siapa kita hari ni. Kalau la berlaku krisis dalam hubungan akan datang, mereka dah tahu apa yang perlu dibuat.

Dan ini membawa kita kepada filem keempat, iaitu Ancika 1995.

Antara 4 filem ini, kisah Ancika ialah kisah yang lebih berpijak di dunia nyata. 3 filem pertama Milea menggambarkan Milea ni stok bidadari syurga, sangat sopan, tak menjerit, tak melawan malah ikut saja semua arahan Dilan, Ancika pula digambarkan sebagai manusia hati batu yang selalu menengking & melawan Dilan. Dan siapa sangka, hati yang dingin itu sebenarnya ada bidadari salju di dalamnya.

Mungkin sikap Ancika yang berbeza dengan Milea antara faktor yang kuat menarik Dilan untuk membuka hatinya kepada hubungan kedua.

Ada satu pertanyaan daripada Ancika yang buat Dilan bagai disambar halilintar:

Dilan: Aku mau jadi pacar kamu.
Ancika: Milea gimana?
Dilan: Kamu tau dari mana soal Lea?

Ancika pun memang maklum kehadiran Milea dalam hidup Dilan. Besarnya erti seorang Milea dalam hidup Dilan.

Dan satu kelebihan Dilan ialah dia memang bisa menggulakan wanita dengan ayat-ayat manisnya kayak gula jawa!

Ada satu scene tu, waktu hujan, Ancika & Dilan berteduh dalam restoran. Dan ada  beberapa ayat yang diungkapkan oleh Dilan yang berjaya membuat Ancika tersenyum. Saya tak boleh berhenti ketawa bila tengok scene tu. Dari situlah penonton tahu Ancika mula terima Dilan dalam hatinya.

Ada juga scene yang mana Dilan mendiamkan diri untuk satu tempoh, membuatkan hati Ancika gundah-gulana. Waktu ni diorang tengah bergaduh besar. Tapi sepanjang tak berhubung tu, Ancika sedar dia sedang kesunyian, ternanti-nanti khabar daripada Dilan. Hatinya berperang, adakah benar dia tiada langsung rasa cinta kepada Dilan?

Ada yang kata ending kisah ini tergantung. Tapi bagi saya tidak. Sebab hujung sebuah perhubungan tu tak semestinya berakhir dengan kelat & pahit. Kelihatan keempat-empat mereka boleh menerima keadaan masing masing. Dan Bunda, iaitu ibu Dilan ada berpesan, Ancika tak perlu membanding-bandingkan dirinya dengan Milea. Kerana Dilan sudi menerima Ancika seadanya.

Ada satu lagi filem Dilan iaitu Dilan 1983. Saya belum menonton kisah ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...