August 17 2020, 12.42 pm

Sabtu lepas tu rasa agak suram. Memang kebiasaannya kami sekeluarga akan pulang ke rumah kampung setiap Sabtu. Cuma kami terkejut sebab ayah tiri saya akan datang sekali ke sana.


Kami semua dah maklum bahawa ayah tiri saya telah disahkan mengalami kanser hati beberapa hari sebelumnya. Cuma terkejut sebab beliau sanggup datang sejauh-jauhnya untuk jenguk keluarga tirinya.

Hari itu memang tak meriah macam sebelum ni. Beliau hanya makan salad dengan sos apa entah. Entah thousand island atau sos bijan. Kami makan chicken finger yang saya goreng dan roti sardin yng mama sediakan.

Kemudian kami keluar ke laman rumah. Tengok pokok avokado dan laici yang dah makin besar. Kemudian ayah bersalam dengan kami.


"Doakn ayah ye," pesan beliau kepada saya. Dari nada suaranya boleh dengar beliau sedang menangis.


Esok, Selasa, ada check up kat Selayang untuk diagnosis seterusnya. Hospital sebelum ni dah keluar result, tapi tak boleh nak keluarkan satu surat tu. Doktor mintak pergi Selayang untuk sahkan tentang penyakit tu.

Entah kenapa, saya teringat balik suasana arwah abah sebelum pergi. Rasa sayu sangat.

 August 10 2020, 12.19 am


Ni lah gambar langsir baru tu. Mak saya nak warna apa. Saya cakap nak warna ungu.


My mum and my step-father pergi GM Klang dan cari cari kedai langsir. Takde warna ungu. So, ni lah yang parents saya belikan. Saya keluar duit je la untuk bayar langsir ni.

Haei ni banyak jugaklah keluar duit. Saya nak fokus kat dapur dulu. Sebab saya pernah baca buku pasal home organization ni yang menyebut dapur ni sebenarnya 'hati' rumah kita. Bahagian 'cleaning zone' dah settle. Sekarang masuk 'storage zone' macam silverware, pinggan mangkuk, cawan, dan small appliances. Banyak jugak modalnya. Mungkin makan tahun jugak baru dapat kumpul semua.

Tadi lalu depan Warung Masrap. Nampak krew Kampung People tengah shooting lagi kat sana. Nampak Badrul bisu pakai t-shirt hitam bersembang dengan TP. Meriah gila warung tu. Haha.

August 3 2020, 1.02 pm

Minggu lepas kami sekeluarga buat 'test drive' rumah baru kami, dengan bermalam kat sana selama 2 malam. Sebabnya nak check cacat cela rumah tu dan apa-apa pengubahsuaian yang perlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...