March 23 2020, 12.56 pm
Hari keenam PKP. Dan saya masih pergi kerja macam biasa. Haha. Kamilah barisan kecil di belakang frontliners, yang mungkin tak ramai yang tahu.
Anyway, semalam saya dengan mak curi-curi keluar rumah untuk pulang ke rumah kampung. Rumah tu memang kosong, dan kami sambung gerudi dinding dan pasang curtain rod sepanjang pagi sampai tengah hari. So, we're working at home literally.
Roti Gardenia selalu je habis. Disebabkan rumah saya sebelah stesen petrol, saya tunggu di situ jam 7 pagi. Lori Gardenia sampai je, saya berlari-lari anak ke stesen petrol untuk rebut roti RM3.55 tu.
Setiap hari kami menanti-nantikan statistik semasa daripada KKM. Makin hari makin mengerikan. Semuanya bermula dengan penerimaan pelancong China, buat kerajaan pintu belakang sampai COVID-19 ni bukan lagi berita utama, ditambah dengan jemaah tabligh degil yang ikut berhimpun kat Sri Petaling. Actually ni bukan masalah agama, tapi 'kecacatan berfikir'. Tambah pulak dengan rakyat Malaysia yang rajin balik kampung, yang mungkin membawa sekali virus ni.
Susah jugak rupanya nak suruh rakyat Malaysia ni duduk diam-diam kat rumah dan jadi introvert sekejap.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment