December 25 2018, 11.46 pm
Secara rasminya tamatlah siri versi Malaysia-Singapura ni malam ni. Akankah muncul siri kedua?
Overall, siri ni memang best. Tiap-tiap minggu saya tunggu episod baru keluar kat Viu ataupun NTV7.
I love the dialog between Megat and Serena. Diorang selalu bertekak perbezaan antara budaya orang Malaysia dengan Singapura. Antara yang paling saya ingat ialah "We're the children of the divorced parents". Hakikatnya Malaysia dengan Singapura pernah 'berkahwin' sebelum berpisah. Dan kita ialah anak-anak mangsa keadaan yang selalu bersaing dan menunjuk-nunjuk siapa antara dua negara ni yang terbaik. (And Malaysian food is much much much better than Singapore! It's a world wide fact!)
Serena, orang Singapura digambarkan sebagai hidup dalam keadaan yang sangat strict and no humour at all. A pure-blodd detective. Sangat-sangat berbeza dengan watak Megat yang selamba badak, betul-betul macam perangai orang Malaysia. In real life, this is true. Memang orang Singapura garu kepala tengok perangai hidup orang Malaysia yang kurang stress dalam hidup dan sangat-sangat santai. Mungkin sebab kos sara hidup yang terlampau tinggi memaksa orang Singapura kerja keras siang dan malam, dan ini sedikit sebanyak bagi kesan kepada cara hidup dan budaya mereka.
Watak antagosnisnya muncul dalam dua-tiga episod terakhir (saya memang dah hidu dari awal siapa dalangnya, cuma tak sangka memang itulah orangnya). Dia punya game tu memang best. Actually siri ni sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak betapa tidak adilnya undang-undang manusia. Siri ni banyak mempersoalkan moral dan nilai murni kita, apa yang kita belajar bukanlah apa yang kita praktikkan.
Actually, perangai saya sebenarnya lebih mirip kepada Serena berbanding Megat. Always serious and goal-oriented. (But I do laugh a lot with my colleagues.)
Siapa-siapa yang nak ikut cerita ni boleh tengok kat sini.
~nc~
0 comments:
Post a Comment