November 23 2016, 9.26 pm
I'm officially 26 today. Happy birthday to me.
Okay. I think everyone deserve the truth about where I've been missing for the past three weeks.
Dalam setahun ni, saya pernah hadir untuk dua temuduga.
1. Maintenance & Equipment Engineer
Interview kat Melaka. Kenapa Melaka? Sebab, kalau tak silaplah, kat Malaysia ni, satu tu je kilangnya. Kilang apa tu? Kilang buat kapal terbang je. Ada dua kekosongan. Tapi yang mohon pun beratus-ratus. Resume pun power-power. So, saya tak dapat la jawatan tu. Saya pergi interview ni lepas raya Aidilfitri hari tu. Nak dipanggil interview tu pun dah kira satu rahmat besar tau sebab bukan senang diorang nak call kita.
2. Electrical Engineer & Quality Engineer
Inilah punca utama mengapa saya 'menghilangkan diri'. Alkisahnya, saya dipanggil ke temuduga ni awal November. Berbekalkan masa yang singkat, saya usaha jugak bukak buku pasal elektrik walaupun dah lama tinggal. Tapi tak masuk kepala. Saya yang sakit kepala lagi ada la. Pembacaan novella '10' pun terpaksa dihentikan buat sementara sebab nak fokus study.
Saya pun pergi interview tu. Dengan jalan jam kat highway lagi sebab 10 kenderaan berlanggar. Cuak jugak sampai lambat. Kalau ikutkan Waze, 20 minit je. Tapi sebab jam, jadi 40 minit. Tengok-tengok bila sampai sana, saya ada banyak masa lagi.
Company ni kira besar la jugak kat Malaysia. Dekat Seksyen U8. Saya ingat lagi yang disapa oleh abang guard yang mesra. Dan ada jugak baca buku ensiklopedia yang ada kat ruang tu pasal kapal terbang.. Kemudian saya dipanggil masuk dalam meeting room tepat 10 pagi.
Ada 3 panel. Ada HOD untuk Quality, HOD untuk Engineering dan CEO. Ada jugak sorang kakak dari HR. Saya perkenalkan diri, and this is where I started to mess up everything. Tiba-tiba gagap. Tangan tak berhenti menggigil. Soalan pasal elektrik pun kantoi terang-terang. Dia tanya apa tu inductor pun saya dah lupa. Sigh. Dia ada tanya sikit pasal proggramming. Apa hobi masa lapang. Overall, hancur.
Saya tinggalkan company dalam 11 pagi. Masuk kereta, dan kunci pintu. Saya letak kepala kat sterreng. Lepas tu tumbuk stereng kereta tu banyak kali. Kereta masih tak bergerak walaupun dah setengah jam saya masuk kereta. Saya tak menangis. Cuma saya geram. Peluang dah ada depan mata, tapi sendiri yang hancurkan semuanya. Bayangkanlah, dah setahun saya tunggu untuk dipanggil ke situ. Bila dipanggil interview, saya jadi kaku dan tak bersedia.
Saya ingat lagi saya bawak 80 km/j kat highway. Tak cuba pun potong lori kat depan. Kepala dah melayang tak tau nak fikir apa. Bahagian kiri kepala saya berdenyut-denut tak berhenti selama beberapa hari seterusnya. Saya jadi murung. Datang kerja pun mood semacam je. Saya ada hentak kepala sorang executive yang beberapa tahun lagi tua daripada saya. Haha. Habis dah dia kacau saya waktu otak saya tak boleh berfikir dengan waras.
Beberapa minggu berlalu. Saya cuba cari kekuatan untuk teruskan hidup.
Tiap-tiap petang, saya akan masuk Maintenance department kat tenmpat kerja saya. Ikut diorang buat kerja. Belajar pasal elektrik. Belajar pasal mekanikal. Rasanya, jiwa saya lebih dekat dengan benda-benda ni berbanding fikir pasal proses. Waktu lapang kat rumah, saya akan study electrical engineering, aerospace engineering dan German. Tak kira susah macam mana pun, hidup mesti diteruskan, kan?
So, target paling besar untuk usia saya yang 26 tahun ni, nak tukar kerja ke dalam bidang dirgantara. Teringin sangat nak jadi engineer dalam bidang ni. Belajar pasal kapal terbang. InsyaAllah.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment