October 29 2016, 6.50 am



Garpu & Camca by Hlovate

Ahmad Yani bin Ahmad Rosli, atau Yani merupakan tuan punya kedai makan yang diberi nama ‘Garpu & Camca’. Bahagian awal cerita ini berkisar tentang Yani dan pekerja-pekerjanya menghuraikan misteri tentang seorang pelanggan wanita yang diberi nama ‘Daria’. Uniknya tentang watak ini ialah apa sahaja yang budak ni order, mesti si Yani akan masak benda lain. Lagi kelakar bila budak tu telan je apa yang Yani masak, dan bayar ikut harga apa yang dia telan.


Sehinggalah satu hari tu, Daria tak lagi muncul di restoran tersebut, lalu menimbulkan tanda tanya kepada kepada warga Garpu & Camca (terutamanya Yani yang cuak tak ingat dunia sebab takut dia yang bagi budak tu keracunan makanan). Kemunculan semula ‘Daria’ sedikit sebanyak membawa cerita baru dan cerita gembira dalam hidup Yani.

Secara keseluruhannya, novella ini tentang Yani & ‘Daria’, bagaimana mereka bertemu, berkawan, dan berkongsi minat yang sama, iaitu cinta kepada buku.

*****

_my personal comments_
(Ada BIG SPOILER di sini)

3 tahun selepas Anthem, saya masih setia menanti kisah baru daripada Hlovate.  (Sebenarnya tak sabar nak tulis review tentang karya beliau). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hari tu pun tiada apa-apa karya beliau, yang membuatkan saya malas nak pergi nak menapak ke MAEPS, Serdang. Sampailah timbul nama beliau kat cover depan ‘10’ kat Facebook Kaksu. Pesanan untuk pos laju mula dihantar 2 November, tapi buku ni ada kat jual kat Jemari Seni start 28 Oktober. Maka, saya pun decide untuk ambik cuti pada tarikh ni dan drive sendiri ke Jemari Seni. Tahu-tahu je saya jadi pelanggan pertama diorang. Haha. FYI, novella ini mengambil 8 tahun untuk disudahkan.

Okay, mari ulas panjang lebar tentang buku ni. Watak Daria ni memang best, sebab misteri yang menyelubungi beliau menjadi bahan bualan di dapur Garpu & Camca. Saya suka satu scene tu, bila orang yang pergi ‘interview’ si Daria ni, kemudian ke dapur, ramai gila mengelilingi beliau sebab tak sabar nak tahu ke mana hilangnya si Daria ni. Yang tengah tengah bekerja pun berhenti buat kerja sebab nak dengar. Suspen gila kut bahagian ni.

 Nama sebenar Daria ialah Natasya Husna. Sepanjang cerita ni, dia dikenali sebagai Husna. Husna sebenarnya bekerja kat Rune’s Regatta, kedai buku sebelah Garpu & Camca. Dalam Contengan Jalanan, ada satu scene di mana Fend mencari buku kat Rune’s Regatta selepas menonton video ‘The 11th Hour’ (dapat daripada CD yang Lia ‘Musalmah’ bagi). Fend tak tau nak cari buku apa, sampailah sorang staff ni datang untuk bantu beliau. Fend tengok nametag yang ada kat beliau – Husna.

Husna merupakan pelajar lepasan SPM, tengah cari pengalaman kerja sebelum sambung belajar. Rune’s Regatta tu mak bapak dia punya. Kiranya dia future owner untuk Rune’s Regatta la. Uniknya tentang Rune;s Regatta ialah diorang akan adakan forum sebagai event dan membincangkan/mengupas isu dalam dunia penulisan.

Antara persoalan yang ada dalam cerita ni ialah hidup Yani yang sunyi berikutan pemergian semua ahli keluarganya. Bagaimana dia cuba untuk cope dan terus survive dalam hidup. Bahagian ni memang saya faham sangatlah sebab saya pernah rasa kehilangan ahli keluarga yang merupakan tulang belakang hidup kami. Ijat yang juga pekerja dan sahabatnya dengan perangai gila-gila, sebenarnya cuba untuk hilangkan rasa sedih dalam hidupnya.

Yani juga minat sangat dengan buku, yang turun daripada ibu bapanya sendiri. Even nama adik-beradik beliau pun datang daripada hasil pembacaan bahan-bahan Indonesia. Dalam cerita ni, ada mention baanyakkkk nama-nama buku dan penulis yang kita tak pernah dengar – which reflects that penulis kesayangan kita ni, Hlovate, suka sangat membaca. Bagi saya la, ‘Garpu & Camca’ sebenarnya ditulis as a tribute to the authors, books and readers.

Saya suka gila kat bahagian akhir cerita ni, masa Yani berdebat dengan sorang ni dalam forum kat Rune’s Regatta. It was so intense. Isu yang dibincangkan ialah tentang sorang ni yang menyatakan sesetengah buku yang patut dibaca untuk membuka minda, dan bukannya novel picisan yang membawa pembaca dalam dunia angan-angan. Yani pun lawan balik. Sebenarnya novel bergenre begini sedikit sebanyak menyuntik rasa untuk membaca di kalangan mereka yang jarang membaca, dan menggalakkan lebih ramai lagi untuk membaca. Tapi sebab golongan ‘syok sendiri’ ni asyik menghentam golongan yang baca novel-novel macam ni, seikit sebanyak mewujudkan satu stigma masyarakat bahawa membaca novel ialah satu hobi yang tak elok. Even orang lelaki yang baca novel dalam komuter pun dipandang serong dan jadi bahan ketawa. Why? Sebab ‘orang lelaki’ dan ‘novel’ tak boleh digabungkan dalam satu ayat. Kononnya orang baca novel ni jiwang la. Tapi macam mana dengan Jepun? Kita akan dianggap pelik kalau duduk dalam shinkansen tanpa pegang buku. Inilah mentaliti yang sepatutnya kita ubah. Sebab bangsa yang membaca ialah bangsa yang berjaya – tanpa mengira apa-apa genre.

Tajuk novella ni, ‘Garpu & Camca’, sebenarnya ada macam-macam tafsiran. Satu, merujuk kepada kedai tu yang berkonsepkan kedai makan. Satu lagi, ialah simbolik kepada Yani dan Husna. Yani ada serahkan sudu kepada Husna sebelum dia berangkat ke US. Husna tanya kenapa bagi kenapa. Yani kata itu ialah ‘camca’. Dan Yani akan pegang ‘garpu’. So, bila Husna balik satu masa nanti, ‘Garpu’ & ‘Camca’ akan “bersatu” semula menjadi ‘Garpu & Camca’ (atau hidden meaning-nya, ‘Yani & Husna’?). Haha. Tak tau la.

But the novella reminds me of Ked's Story and I don't even know why. Mungkin sebab seronok tengok Yani 'main aci kejar' Husna, excited bila nampak Husna depan mata walaupun Yani tengah mengamuk dan moody, just like Ked and 'Hadiah'/Nawal budak Felda Florida tu.

Saya suka watak Husna yang mulanya sangat serius tapi agak 'open' dan kelakar bila diajak bersembang bersama orang yang yang berkongsi minat dengannya. Just like me. Hoho.

Disebabkan kedai makan ni merupakan setting dalam Contengan Jalanan, maka ada watak utama dari novel tersebut muncul dalam cerita ni. Rasanya semua dah tau siapa, kan? Timeline 'Garpu & Camca' berlaku sebelum/semasa 'Contengan Jalanan'.

So, belilah buku ni dan bacalah hasil penulisan Hlovate ni. Memang best gila. Kalau yang tak dapat pergi Jemari Seni atau pesan online, insyaAllah buku ni akan masuk kedai buku jugak. *angkat kening double-jerk*

~natural cure~

*****


(Saya ada kekangan untuk sambung baca novella lain dalam masa terdekat ni. Busy gila next week. Dengan study bahasa Jerman lagi. Dengan kerja lagi. Dengan interview lagi. Dah settle macam-macam, baru saya sambung baca ya. InsyaAllah saya tulis review novella lain kat sini.)

5 comments:

tak dak kat kedai buku ka?

Bukan 'tak ada' kat kedai buku tapi 'belum ada'. Boleh juga beli secara online kat laman web Jemari Seni.

sy br beli kat pesta buku selangor ptg td.. kpd yg belum dptkn, boleh la beli.. ada diskaun juga tau.. hehe

Nak minta kawan cari novel ni, but dia perlukan tajuk. Tajuk novel memang 10 ke ? Help me

Dalam novela '10' ada 10 buah cerita. 'Garpu & Camca' ialah salah satu daripada 10 cerita tersebut. Maksudnya, nak baca 'Garpu & Camca' kena beli '10'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...