October 18, 2014, 7.47 pm

Bila tengok jadual konvo untuk FKE kat UTM, saya senyum lebar je.
Kesian adik-adik junior ni. Eheh.

Saya pernah ikut senior 'berkonvo' untuk FKE sejak saya Tahun Tiga lagi.
Masa 2011, diorang konvo Sabtu petang.
Tahun 2012, diorang konvo Sabtu petang jugak.
Time saya, 2013, kami konvo Ahad petang. Bertukar hari je.

Dan adik-adik saya ni, 2014, kena konvo Ahad pagi. Hoho.
Tarikh pendaftaran - 6.45 am - 7.15 am.
Lepas 7.15 pagi, kaunter pendaftaran ditutup.
Memang kelam kabut la pagi tu.

Pesanan kepada adik-adik junior:
Aimi, Suhaila dan adik-adik yang lain,

1. Masa konvo, bawak bekal banyak-banyak dan sumbat dalam poket. Serius lapar, lagi-lagi waktu pagi sampai menjengah ke tengah hari.
2. Tak payah datang raptai pun takpe. Just simply follow the flow. Memang mengarutlah kalau kata raptai tu DIWAJIBKAN hadir.
3. Dan tolong jangan buat apa-apa tarian kat atas pentas tu ye. Ni majlis konvo, bukan nightclub. Kita ni graduan, dah akilbaligh dan dah matang.
4. Lepas ambik ijazah, jalan perlahan-lahan sebelum tutrun tangga sebab ada photographer nak ambik gambar korang untuk buat kenangan.
5. Jangan lupa senyum dan ucap terima kasih atau menjunjung kasih kat orang yang bagi ijazah tu.
6. Kalau bawak DSLR dalam dewan, pandai-pandai sorokkan dalam jubah. Boleh je ambik gambar sebenarnya. Cuma jangan obvious sangatlah. Jangan sibuk sangat berselfie ye.
7. Bayaran untuk konvo, time saya cuma RM200. Hadir majlis atau tak, sewa jubah atau tak, bayar tetap bayar. UTM kan suka sedut duit student dia. Dah jadi graduan pun dia nak sedut lagi duit kita.
8.Anatar ucapan oleh Naib Canselor nanti ialah "tolong bayar hutang PTPTN anda" dan "Graduan UTM hendaklah membantu pihak universiti dengan memberi sumbangan kepada pihak universiti dalam endowment/tabung/dana untuk biasiswa bla bla bla selepas mendapat pekerjaan nanti.". Lepas ayat ni, konfem satu dewan ketawa.

Tu je kot.
Kepada adik-adik junior tercinta,
selamat bergraduasi 'kakak' korang ni ucapkan.

By the way, thanks Aimi sebab sanggup beratur dan ambikkan jubah saya tahun lepas.

~Natural Cure~

1 comments:

EH, eh...
Terima kasih juga 'kakak' atas segalanya
May Allah bless...
dan
ya,
moga berjaya di masa depan,neh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...