25 Januari 2013, 3.11 pm 
And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous (al-Furqan, 74) 
Selain isteri serta zuriat keturunan, perkara-perkara yang bakal menjadi penyejuk mata, ayat ni jugak menyebut tentang imam kepada orang yang bertakwa (to lead the righteouss)

Ayat ni menjelaskan bahawa keperluan material masih tak cukup dalam institusi sesebuah keluarga.
Kita mungkin dikurniakan dengan macam-macam nikmat, tapi tapi tak ramai yang dapat santapan jiwa.

Dan sebab tu lah istilah imam kepada orang yang bertakwa ditekankan dalam ayat ni.
Membuktikan peranan seorang ketua, yang juga seorang ayah dan seorang suami..
A daddy in a hubby, kata orang putih.

***

Lepas bukak macam-macam buku dengan website, baru tau kerja ni SANGAT-SANGAT BERAT.
Tapi betullah firman Allah dalam ayat ni. Keperluan material masih tak jamin apa-apa.

Tak mungkin Allah bagi 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita menjadi imam  kepada orang bertakwa.

Rumah tangga, semua orang ada.
Rumah tangga Islam, bukan ada pada semua.
~Hlovate~
 By yuumei

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...