26 Januari 2013, 10.22 pm



"Stesen berikutnya.."
"Shah Alam"
"Shah Alam"
"Sila awasi langkah anda"
"Please mind your step"

Lama tak singgah Shah Alam. Padahal sebelah Klang je. Naik komuter dari Kampung Raja Uda pun dalam 15 minit je. Tapi sebab takde urusan dan malas nak melancong dan melencong, saya stay kat rumah je sepanjang cuti.

Tapi hari ni lain ceritanya. Ada janji dengan orang.

Saya dan abang Hafiz bermusafir ke Negeri Sembilan. Janji nak jumpa kat stesen komuter Shah Alam, sebab beliau baru pindah sana. Tapi still kerja kat Seri Kembangan.

Macam mana kitorang boleh kenal? Pelik kan? Haha.
First time kitorang jumpa pun lepas dua tahun dia dari grad dari UTM.
Macam mana kitorang jadi geng, saya pun tak tau.

Long story cut short, kami pun pergi ke sana atas jemputan.
Ada walimah senior-senior saya.
Walimah bunda dengan ayahanda paduka wibawa dewata <<< ini ayat bunda. Sila tuding jari kat dia.

Saya kenal dengan pengantin perempuan ni dalam tahun lepas, menerusi Violet Biru.
Bunda ni saya biasa dengar daripada mulut 'kakak-kakak' saya kat UTM tu - (Kak Nafisah + Kak Umi) dengan muslimat sebaya saya. Tapi tak tau pun siapa 'bunda' yang dimaksudkan. Tapi lama-lama tau jugak la siapa 'bunda'  atau 'Mutiara Bernilai' yang dimaksudkan.
Orang Pahang. Ambik master kat UTM KL. MJIT something.

Siasat punya siasat, rupanya beliau mantan setiausaha Badar.
Zaman sebelum abang Azim Jamil dengan Kak Ana.
Kami kenal pun sebab ada facebook la.
Jumpanya pun time walimah abang Arif bulan Julai tahun lepas.
Dan dia tahu identiti saya!!!
First time jumpa, terus tanya "Ni Nat Cure kan?"

Suami beliau pula, saya kenal masa Summer Camp hujung tahun 2011.
Lepas jadi photographer sanggup (istilah yang menggantikan pak sanggup dan mak sanggup) lepas kena paksarela dengan Kak Jun, lima jam sebelum program start.
Waktu tu Kak Ana jadi pengarah program.
Ayahanda ni jadi fasi untuk jaga satu group budak-budak sekolah.
Fasi lain termasuklah abang Uzair, abang Syahir, abang Khairul, kak Leha dengan ramai lagi yang kat UTM JB.
Lembut la orang nya. Bukan jenis suka terjerit-jerit atau tinggikan suara.
Kadang-kadang terserempak kat kawasan UTM.

Dan saya tak sangka diorang kahwin.
Sungguh, memang tak sangka!!

Dan di teratak ni la kami semua bertemu semula.
Sekadar meraikan pasangan yang dah sebulan bernikah ni.
Diorang nikah Disember 2012, tapi walimah sebelah lelaki kat Negeri Sembilan.
Dilansungkan sekali dengan adik-adik ayahanda yang dua orang tu.
Kira walimah tiga beradik la.

Tapi tujuan saya ke sana bukan untuk tengok diorang berdua dan sembang kosong je.
Ada 'rahsia' yang saya minta mereka berdua selesaikan.
'Rahsia' yang berlanjutan berbulan lamanya yang kadang-kadang buat saya letih nak teruskan hidup.

Petang tu, dalam 6.30 petang, kami pun bertolak pulang. Singgah R&R USJ untuk solat.
Dan saya dan abang Hafiz berpisah di stesen komuter Shah Alam jam 8.45 malam.

*****

"All the best!!" pesan Bunda sebelum kami bersurai.

InsyaAllah, saya ke sana minggu depan.
Bukan untuk diri saya je, tapi untuk ummah seluruhnya.

Terima kasih, Bunda + Ayahanda.
Dan selamat pengantin baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...