"Tapi jauh.."
Aku melepaskan kata-kata ini dengan perasaan sebak.
"Takpe.. jauh tu halangan je.. Kejarlah cita-cita"
Aku pasti Pak Teh sedang tersenyum.
Aku terbayang perjalanan yang entah berapa ratus kilometer, pastinya memakan masa yang panjang.
Bagaimana dengan perbelanjaan perjalanan?
Perasaanku bercampur. Aku tidak terkata.
Aku meletakkan gagang telefon lalu menoleh ke belakang.
Mama sedang duduk perhatikanku sejak dari tadi.
"Macam mana?" tanya mama.
Aku diam sebentar.
"Kedah"
Air mataku jatuh berderai.
Aku sama sekali tidak mempunyai sesiapa di luar Selangor.
Saudara-maraku berada sekitar Klang, paling jauh di Kuala Langat.
Dan keluargaku jarang-jarang keluar daripada Selangor.
Aku perlu memilih antara dua.
Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun - sains fizikal
Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya - asasi sains fizikal
Aku minat bidang kejuruteraan.
Sekiranya aku memilih UIAM, aku tidak akan mengambil kejuruteraan.
Mungkin bertugas sebagai guru.
Aku rasa pekerjaan itu kurang sesuai untukku.
Tetapi di Petaling Jaya.. Dan sangat dekat dengan rumahku..
Dan Pak Teh mencadangkan aku memilih program matrikulasi.
Kerana aku masih berpeluang memilih kejuruteraan selepas matrikulasi.
Tetapi jarak antara rumahku dengan matrik sangat-sangat jauh..
Kalaulah ada Kolej Matrikulasi Selangor..
Aku tidak terkata sepanjang malam.
Aku fikirkan tentang wang, masa dan tenaga yang akan digunakan oleh abah dan mama.
Secara jujurnya aku rasa bersalah.
Anak yang menyusahkan kedua-dua orang tuanya.
Aku pelajar sekolah menengah harian.
Sebuah sekolah yang biasa.
Tiada asrama.
Dan AKU BENCI ASRAMA.
Tinggal seminggu sebelum kami bertolak.
Aku terpaksa tinggalkan banyak perkara.
Basikal yang aku kayuh hampir setiap hari, sejauh 8 km pergi dan balik.
Bas awam yang kunaiki setelah pulang dari pusat tuisyen di Klang.
Gelak tawa rakan-rakan sekelasku.
Taman yang aku usahakan selepas tamat SPM.
Makmal-makmal Kimia, Fizik dan Biologi
Kelas 5 Setia - tingkat 3, sebelah tangga berdekatan makmal komputer.
Dan keluarga tercinta.
Aku ketakutan memikirkan nasibku di sana. Pastinya aku berseorangan.
Aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga.
Entah apa rasanya..
Aku pernah berdoa sebelum SPM,
"Ya Allah, hantarkanlah aku ke tempat yang jauh. Agar aku ingin pelajari ilmu agama.
Aku sedar akan kejahilanku terhadap agama-Mu."
Aku melafazkan doa ini tanpa berfikir panjang. Hatiku tergerak untuk melafazkannya.
Dan saya benar-benar "dicampakkan" jauh dari rumah, di hujung dunia.
What you give, you get back.
Tapi, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Saya akan sambung kisah ini dalam post akan datang.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
2 comments:
bile nak sambung lagi?
rupenye ada org follow.. terharulah jugak.. sabar ye, saya cuba untuk sambung lg..
Post a Comment