Tokyo


Konnichiwa!!

Pelajaran 3 ~ Nombor

Pelajaran 4 ~ Warna

Dalam bahasa Jepun, sesetengah warna ialah adjektif (kata sifat)
- dan sesetengahnya lagi ialah kata nama.


Adjektif

Letakkan saja perkataan ini di hadapan perkataan yang memerlukan warna.

Putih         しろい        shiroi


Hitam       くろい         kuroi


Biru           あおい      aoi

Merah       あかい      akai

Contoh
:


Epal merah           あかいりんご        akai ringo


Kertas hitam         くろいかみ             kuroi kami



Kata nama

Hijau                     
みどり                midori



Coklat                   ちゃいろ            chairo



Kuning                  きいろ                kiiro


Jingga                   オレンジいろ     orenji iro


Kelabu                  はいいろ           haiiro


Merah jambu       ピンク                pinku

Untuk menghubungkan kata nama dengan kata nama yang lain, perlu tambah  の (no) antara kedua perkataan tersebut.
"warna" - 
の (no) - "kata nama"

Contoh:

Topi kuning      きいろの
ぼうし              kiiro no boushi


Kereta kelabu   はいいろのくるま          haiiro no kuruma


Pelajaran 5 ~ Hari--hari dalam Seminggu

Tokyo
Konnichiwa!!

Pelajaran 2 ~ Sebutan

Pelajaran 3 ~ Nombor




Nombor      すうじ                 suuji

Satu              
いち       ( 一 )          ichi
 


Dua               に          ( ニ )          ni 


Tiga             さん         ( 三 )         san 


Empat          よん        ( 四 )          yon  


Lima             ご           ( 五 )          go 


Enam           ろく          ( 六 )         roku  


Tujuh            しち        ( 七 )          shichi 


Lapan           はち       ( 八 )          hachi  


Sembilan     きゅう      ( 九 )          kyuu 


Sepuluh       じゅう       ( 十 )           juu      



Penjodoh bilangan

Seperti bahasa Melayu, bahasa Jepun juga menggunakan penjodoh bilangan (atau "counters" dalam bahasa Inggeris)
Bagi mengelakkan kekeliruan, kita tumpukan kepada penjodoh bilangan yang mudah untuk waktu ini.
(akan disediakan untuk bab-bab akan datang)

Penjodoh bilangan ini dikatakan mudah kerana kita tidak perlu menukarkan sebutan nombor tersebut.
Antara penjodoh bilangan yang mudah ialah

Yen (matawang Jepun)    えん       (
円)        en

Tahun                               ね
ん       (年)        nen

Contoh:

Lima Yen         
五 円         go en
Sepuluh Yen     
十円          juu en

Dalam contoh di bawah, perkataan "tahun" ditulis dahulu untuk menyatakan bilangan tahun
(dan bukan berapa banyak tahun.)



Tahun Tiga           三年        san nen


Tahun Tujuh         七年        shichi nen


Untuk 11 hingga 19, hanya perlu tambahkan perkataan "sepuluh" kepada nombor tersebut.

Sebelas             
じゅういち           juuichi


Dua Belas        じゅうに              juuni


Tiga Belas        じゅうさん           juusan


Empat Belas     じゅうよん          juuyon


Lima Belas        じゅうご             juugo

Pelajaran 4 ~ Warna

Tokyo


Konnichiwa!!

Pelajaran 1 ~ Perkataan-perkataan Asas

Pelajaran 2 ~ Sebutan

Terdapat beberapa istilah Jepun yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.
TETAPI, istilah-istilah ini juga mempunyai sebutan yang sangat berbeza.
(kerana perkataan yang disebut dalam bahasa Inggeris adalah mengikut peraturan sebutan yang ditetapkan dalam bahasa Inggeris)

Lihat contoh yang diberikan.

Karaoke ~ カラオケ
Bahasa Jepun:          ka-ra-o-kei
Bahasa Inggeris:      kae-ri-eo-ki



Kamikaze ~  かみかぜ
Bahasa Jepun:          ka-mi-ka-zeBahasa Inggeris:      kae-me-ka-zi




Karate ~ からて
Bahasa Jepun:         ka-ra-te
Bahasa Inggeris:     ke-rar-ti


Anime ~ 
アニメ
Bahasa Jepun:       a-ni-me
Bahasa Inggeris:   ae-ni-me
nota: sebutan dalam bahasa Jepun seperti "a" dalam perkataan "asing" (a-sing)


Manga ~ まんが
Bahasa Jepun:      mang-ga
Bahasa Inggeris:   maen-ga

Dalam bahasa Inggeris (dan bahasa Melayu), manga dan anime merujuk kepada beberapa jenis komik dan kartun (khususnya dari Jepun).
Tetapi dalam bahasa Jepun, manga dan anime merujuk kepada SEMUA jenis komik dan kartun.
Dan kebanyakan orang Jepun tidak menggunakan perkataan kamikaze.




Futon ~ ふとん
Bahasa Jepun:   
      fu-ton
Bahasa Inggeris:     fou-tan


Romaji ~ ローマじ
Bahasa Jepun:        ro-ma-ji
Bahasa Inggeris: 
   rou-mad-ji   



Tsunami ~ つなみ
Bahasa Jepun:     tssu-na-mi                                    
Bahasa Inggeris:  
tsu-na-mi


Samurai ~ さむらい
Bahasa Jepun:     sa-mu-rai
Bahasa Inggeris:  sae-mu-rai

Ninja ~ にんじゃ
Bahasa Jepun:     nin-ja
Bahasa Inggeris:  nind-ja


Romaji ialah perkataan dalam bahasa Jepun yang ditulis dalam abjad bahasa Melayu (atau kita panggil sebagai tulisan Rumi).


Futon ialah tilam yang digunakan oleh orang Jepun untuk tidur.


Pelajaran 3 ~ Nombor




Tokyo






Konnichiwa!!
Saya belajar bahasa Jepun baru-baru ini.


Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkataan yang telah saya pelajari.

Pelajaran 1 ~ Perkataan-Perkataan Asas


Baik                          いい                ii  


Tidak baik                 だめ               dame

Ya                              はい               hai        

Tidak                         いいえ            iie   

Hello                         こんにちは     konnichiwa

Selamat Tinggal       さようなら        sayounara 

 
Ini                              これ                kore  

Itu                             それ                sore    

Terima Kasih            ありがとう      arigatou  

Saya (formal)            わたし           watashi

Pelajaran 2 ~ Sebutan
 

6 Ogos 2011






Selepas solat Subuh, kami bertiga duduk di dapur.
(kami = saya, mama dan adik perempuan)

Seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas), kami sama-sama membuat biskut Ovaltine.

nota kaki:
arwah abah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai 2010, 5 Syaaban 1431H (iaitu pada tahun lepas).
Berlalunya Syaaban, maka tibalah Ramadan.
Dan Ramadan 1431H itu dilalui dengan perasaan yang sangat sayu.
Seingat saya, kami langsung tidak membuat biskut, termasuklah biskut ini.
Kami sekeluarga masih dalam mood berkabung.

Biskut ini ialah biskut tradisi keluarga kami, yang diwarisi mama daripada opah.
(Opah ialah ibu kepada arwah abah)
Menurut mama, resepi ini datangnya daripada pekerja di istana.
Tukang masak, barangkali.

nota: abah dan keluarga pernah membesar di Kampung Jawa, Klang.
Kampung Jawa ialah kawasan di sekitar istana.
Pernah dengar frasa "Klang Bandar Diraja"?
Klang juga pernah menjadi ibu negeri Selangor, sebelum Shah Alam.
Istana memang banyak sekitar kawasan ini.

Dan mama pun teruskan tradisi ini sehinggalah hari ini.
Saya dan adik perempuan menjadi tukang acu, dan mama jadi tukang terap adunan.






Ini ialah resepi yang disalin oleh mama.
Bukunya tetap buku yang sama, sejak saya belum tadika lagi.
Warnanya kertas yang putih pun bertukar perang.

BISKUT OVALTINE

Bahan-bahan:
3 cawan Ovaltine (1 tin kecil)
3 cawan tepung gandum
6 cawan tepuhng sagu
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan mentega
1/4 tin susu pekat (jangan terlalu banyak)

Cara-caranya:
Ayak kedua-dua tepung dan gula.
Gaul rata-rata.
Masukkan gula dan mentega.
Uli hingga sebati.
Masukkan Ovaltine dan canai setebal 1/4 inci.
Tekap dan bakar hingga masak.








masukkan planta dalam tepung dan gula



tambah Ovaltine

jadilah rupa ini.
terpa terap dan tekap
susun di dulang, loyang atau tray atau apa je namenye...


baki yang tidak ditekap boleh dicampur dengan adunan asal.
lepas bakar, jadi macam ni.


buat lagi, buat lagi, buat lagi
corak ini, adik perempuan saya buat,

ini kerja saya.


pastinya kerja adik saya.
Sempat ye buat sesi photoshoot kat dapur.
Ahahaha...
Di mana ada saya, di situ ada Nikon D3100 saya.

Eh, baru 6 hari puasa dah buat biskut.
Semangatnya nak beraya...
Taklah.
Mama seorang yang sangat sibuk sebenarnya.
Kalau buat waktu lain, takut terkejar-kejar masa.
Lagipun, waktu Ramadan, diperuntukkan untuk Ramadan.
Bukannya untuk Syawal.
So, daripada menunggu "last minute preparation", lebih baik buat perlahan-lahan buat kerja-kerja kecil.
Baju raya, 2 bulan lepas dah beli.
So, tak payah terkocoh-kocoh mengejar Aidilfitri...

Dan kepada pembaca sekalian, hidupkanlah Ramadan ini semulia-mulianya.
Kerana Ramadan itu bulan diturunkan Al-Quran dan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran.

Pesan ustaz yang beri tazkirah di surau semalam,
"Katakanlah Sultan Selangor datang ke rumah kita, yang dikelilingi dengan exco-exconya, Menteri Besarnya,  dan di belakang sekali ialah orang-orang kampung, termasuklah Pak Mail yang jual sate. Kita buat tak endah kepada Sultan, dan seronok melayan Pak Mail yang jual sate. Bagaimana adab kita terhadap Sultan? Begitulah juga adab kita kepada Ramadan. Sebuah bulan yang harus dimuliakan. Seandainya kita menganggap Ramadan itu seperti bulan-bulan Islam yang lain, maka kita tidak beradab kepada Ramadan."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...