February 2 2016, 7.01 pm



Hampir 20 tahun rupanya Pokemon wujud kat muka bumi ni. Bermula sebagai sebuah impian seorang kanak-kanak yang mahu berkongsi hobinya untuk generasi akan datang, dan sekarang Pokemon jadi satu fenomena satu dunia.

Satoshi Tajiri ni suka tangkap serangga dan berudu di kawasan perumahannya sewaktu kecil. Dari konsep ni la Pokemon dicipta, di mana manusia akan tangkap dan latih Pokemon. Pokemon bermula sebagai videogame di Jepun untuk GameBoy, iaitu Pokemon Red dan Green (Pokemon Blue di US). Kemudian lahirnya komik, TCG (Trading Card Game), zaman peralihan platform (GameBoy Advance,  Game Cube,Nintendo DS, Nintendo Wii,Nintendo 3DS) dan Mega Evolution.

My favourite Pokemon is Celebi the forest guardian.

Ulangtahun ke-20 pada 27 Februari 2016 ni dikhabarkan akan muncul videogame baru yang melibatkan dunia sebenar, iaitu Pokemon GO untuk iOS dan Android. Which means pengguna smartphone akan tangkap, lawan dan tukar Pokemon di dunia kita. Lain tempat, lain Pokemon yang muncul. Juga ada ura-ura Pokemon Z yang menjadi third version untuk generasi keenam, macam Pokemon X dan Y. Tapi tak tau la tarikh tu betul atau tak.

Happy 20th anniversary!

January 15 2016, 6.52 pm

Yesterday was a baaaaddddd day.
Senior engineer mintak saya campurkan 400 ml chemical X dalam satu tangki chemical Y. Saya ambik beaker. Technician tuang chemical X dalam bikar. Kami bawak bikar berisi X, masukkan sikit chemical Y, kacau-kacau, tuang dalam tangki Y.

Kerja selesai.

Lepas 40 minit, operator QC (Quality Control) turun dari mesin.

"Bos, ini machine many many problem!".

Ah sudah.. Habis jadi pigmen putih melekat kat produk.

Cepat-cepat call exec (Production Executive) yang tengah keluar dinner. Saya cerita dari awal sampai habis. Dia mintak tengok tangki Y.

Ada banyak ketulan terapung atas permukaan Y.

Production mesti bunuh aku lepas ni ...

Mesin pun terpaksa bypass. Ambik kain, pergi lap dinding tangki dan filter. Masalah selesai.

Nasib baik produk terus okay. Menggigil lutut waktu tu. Exec tu pun angkat saya dan campak dari tingkat 3. Takde la. Diorang baik.

Morning meeting mesti kecoh sebab nama saya naik. Nasib la kerja malam minggu ni. Lalala.

Masalahnya datang dari cara bancuh. Saya tak tahu pun ada nisbah chemical X dengan Y. Rupanya 1:1. Lepas tu kena kacau 10 minit. Habis dah senior engineer tak inform betul-betul.

Anyway, tu cerita semalam. Lepas ni, apa-apa pun kena tanya supervisor dengan berpengalaman, bukannya ikut naluri jurutera sendiri.

~nc~

January 14 2016, 7.04 pm

I've received an email today from someone from that industry.
Beliau tolong update resume saya. Ingatkan pasal apa. Suspen je.

Beliau tambah ayat ni dalam resume saya:
"Looking forward to work with any aerospace industry available in the country".

Dan pesan satu lagi benda:
Tolong brush up C & C++ programming language, dan AVR Studio 4, embedded programming for ATMEL processor/microcontroller.

C tak pernah belajar.

C++ pun satu sem je. But I was the brain of my group time presentation untuk kursus tu. Saya pun tak tahu rupanya saya boleh cipta program tanpa bantuan ahli group lain. Kerja group tiba-tiba jadi kerja individu, sebab banyak pakai matematik dan sedikit imaginasi. Tapi projek tu pun projek senang je. InsyaAllah saya boleh kut study balik subjek ni.

Microprocessor, one of my favourite subject. Yang kelakarnya, time lecturer Encik Kamal tanya apa-apa dalam kelas, biasanya saya yang dapat jawab dengan betul. Sampai ada coursemate yang ajukkan cara saya jawab dalam kelas. "R21!". "R22!". "2A base 16!". Banyak pakai matematik.

Eh? Bukan nak kerja aerospace ke? Apesal banyak programming? Wahai anak muda, pernah dengar flight simulation? Avionics? Telecommunication? Gyroscope? Accelerometer? Transmitter? 30% atau lebih kos kapal terbang adalah electrical part. Company banyak invest untuk system integration ni. Selain mechanical part yang fokus kat luaran kapal terbang macam aerodynamic, design kapal terbang, propulsion, bahagian dalaman pun sama pentingnya, which is the electrical part. Inilah pentingnya kenapa kena ada kepakaran dalam bidang ni.

Orait. Mari ulangkaji subjek-subjek ni sebelum diorang panggil untuk interview.

Doakan.

~nc~


January 12 2016, 7.18 pm

Hari ni takde magic hour (lagi).
Semalam dinner kat tangki air ni pun langit suam-suam kuku je.
Banyak awan kat langit.
Cahaya matahari tak cukup kuat untuk tembus ke permukaan bumi.
Warna merahnya pun bukan jenis brilliant red.
Lately weather forecast pun dah predict area ni akan hujan, especially malam.
Doa la esok dapat tengok magic hour.

Minggu ni kerja night shift.
Tapi datang kerja nak tengok matahari je.
Ekeke.

At least, hari ni boleh senyum sikit la.
Ada apa neh?

Ada hari Allah bagi matahari.
Ada hari Allah bagi awan.

Amboi. Deep gila.

~nc~

January 11 2016, 4.39 pm

Saya ternampak fail bertulis 'Troubleshooting' kat Control Room yang entah dah berapa lama duduk dalam tu. Saya ambil dan belek-belek kertas dalam tu.

Jumpa istilah-istilah yang dah lama tak dengar.
Servo motor. Overcurrent. Overvoltage. Undervoltage. Regeneration. EEPROM. Single phase.

Kerja luar bidang dan tak sama langsung dengan kursus yang ambik. Istilah-istilah ni tiba-tiba jadi janggal. Saya termenung jauh.

Dah lebih dua tahun sejak majlis konvo tu. Saya pun dah jauh berubah. Makin pendiam. Kawan pun tak ramai. Hujung minggu berkurung kat rumah. Sijil degree dalam Electrical (atau biasanya saya sebut 'Elly') macam takde apa-apa makna. Rasa kosong.

Actually, subjek Elly ni la yang paling saya benci sejak time sekolah rendah lagi. Cikgu Kemahiran Hidup suruh belajar pateri litar, saya tak pandai. Rasa tak suka tu terbawak-bawak sampai ke Tingkatan 5. Nasib baik pass subjek Physics. Dapat A1 pulak tu. Habis zaman matrik, entah macam mana dapat pulak kos paling tak minat ni. Saya tabahkan diri sepanjang 4 tahun tu. Sekali lagi, rasa kecewa tu kembali waktu Final Year Project. Projek tak menjadi. Demo tak keluar output. Dapat markah teruk. Tapi atas budi bicara supervisor dan dia nampak kedungguhan saya, saya dapat B-. Takpe la, macam mana pun nak grad hujung tahun tu.

Saya pulang ke rumah meninggalkan UTM yang dah jadi tempat saya ketawa dan menangis 4 tahun tu. Inilah penghujungnya. Lepas ni dah takde elektrik lagi.

Saya tipu diri sendiri. Saya rindu sangat kat subjek elektrik. Rindu awak 200 kilovolt. Mungkin Allah nak tunjuk kat saya, benda yang paling kita benci itulah yang paling kita sayang. Mula-mula saya takut dengan litar. Tapi masa saya FYP, saya basuh sendiri papan litar tu dengan asid. Buat lubang kat papan tu. Pasang komponen. Pateri komponen tu sampai lewat malam dan tertidur kat lantai. Ada masanya rambut saya terbakar terkena alat pateri tu. Dan saya hantar thesis saya kepada supervisor dan fakulti. Saya lega. Baru saya tahu, saya lebih kuat daripada apa saya bayangkan.

Thanks, Elly.
Ada jodoh, kita akan berjumpa lagi.
InsyaAllah.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...