26 Julai 2014, 3.25 pm
Dah jadi trend agaknya drama Melayu kat Malaysia ni ada ending tergantung.
Atau kalau tak tergantung pun, mesti ada sekuelnya.
Macam raya ni, ada Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan jugak Kampung Girl khas untuk hari raya.
Actually, ada satu drama Melayu ni yang saya mengharap la sangat ada sambungannya.
Citer apa neh?
Drama ni baru je habis kat tv, tapi saya tak pernah pun ikut cerita ni dari mula.
Ni pun sebab berbuka kat rumah, barulah bukak tv time Maghrib.
Dari sehari ke sehari, saya pun mula suka cerita ni, sampailah ending dia.
Drama tersebut ialah Kerana Terpaksa... Aku Relakan..
Memang best giler cerita ni.
Habis je drama ni, saya pun download banyak-banyak episodnya dari internet, sebab nak ikut cerita ni dari mula.
Actually, ending dia memang tergantung, dan penonton memang nak tau apa yang berlaku.
Dato' Safiya ada mention pasal ibu Indah Halina, dan dia tahu ibunya berada di mana.
And the credit rolls. And I was like "WHAT???".
Saya tak pernah baca novelnya, but I really really really hope ada sambungannya, macam versi raya.
Anyway, Ramadan pun dah sampai penghujung, dan dengar cerita tengok bulan hari ni.
This might be our last Ramadan and Syawal yang kita raikan bersama orang tersayang.
Kepada mereka yang ada anak kecil, memori diorang time raya sekarang ni memang jauh berbeza dengan time kita masa kecik dulu.
Even saya yang beraya kat kampung tiap-tiap tahun pun dah macam takde suasana kampung.
Takde pun nampak lembu melintas jalan. Jalan pun jalan tar, bukan tanah merah lagi. Masak ayam pun ayam suntik, bukan ayam kampung.
Tapi antara benda yang masih kekal, ialah duit raya. Cuma nilainya hari ni tinggi sikitlah.
Anak-anak muda pun dah mula buat hal sendiri, sampai sedara mara datang bersalam pun diorang sibuk dengan tablet dan iPad diorang. Dah takde main kejar-kejar sampai nak roboh rumah.
I think iklan raya Petronas yang baru ni, 'Ke Pangkuan Bonda' is a great message to all of us.
Hidupkan memori indah untukdiorang, so that they will appreciate more about kenangan raya masa diorang kecik dulu.
Until then, Assalamualaikum.
Followers
CBox
Total Pageviews
Blog Archive
My Blog List I
-
Cornetto Matcha Strawberry5 weeks ago
-
Sitara/Fatima2 months ago
-
Mohon Cinta2 months ago
-
Hari yang tak best6 months ago
-
Salam 1 Ramadhan6 years ago
-
sesekali menjenguk blog8 years ago
-
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun9 years ago
-
-
Berpindah10 years ago
-
Update MASRECA 1910 years ago
-
Bercuti ke Guilin, China (Silver Cave)10 years ago
-
-
Part 410 years ago
-
Pesanan Tuhan kepada pembawa fitnah10 years ago
-
When I’m Dancing - Meghan Trainor11 years ago
-
Laa Tahzan :')11 years ago
-
Lelong Sampul Duit Raya JDT murah11 years ago
-
Mitsaqan Ghalizah11 years ago
-
-
Wordless Wednesday11 years ago
-
-
HABBATUS SAUDA DAN KHASIATNYA12 years ago
-
-
-
-
memandang ke langit yang luas13 years ago
-
:: it's our 7months ::13 years ago
-
-
Benarkah Ku Merinduimu?13 years ago
-
-
Jom Follow-Mollow??13 years ago
-
mandi13 years ago
-
I'm Backk....14 years ago
-
-
Insulation Resistance Test14 years ago
-
-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-14 years ago
-
-
-
-
kembali14 years ago
-
-
Mula atau Duka~14 years ago
-
ok! harini aku sgt rajin..15 years ago
-
HARAPAN SI WAJAH TUA15 years ago
-
ALEESYIA15 years ago
-
GIANT UTM MOUNTAINBIKE QUEST 201115 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Feedjit
July 21 2014, 3.33 pm
Lama tak update blog. Haha.
Actually, saya baru je sembuh daripada demam yang agak teruk la jugak.
Tahun lepas pun sama, dan berlaku pada bulan Ramadan jugak.
Cuma tahun lepas tu berlarutan sampai ke hari raya.
Selera makan pun semacam, sampai makan rendang daging pun rasa macam makan plastik.
But this year, alhamdulillah. Saya sembuh lepas makan air batu campur. Erk?
Seriously, I don't know the science behind it. Tapi badan saya memang makin sihat.
Cuma selera makan pun ambik masa nak pulih.
Anyway, Khamis lepas bertarikh 17 Julai.
Negara kita sekali lagi menggegarkan dunia penerbangan tentang isu MH17.
Yang mana masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Media pun tak habis-habis putar belit cerita nak cover satu pihak dan menghentam yang sebelah lagi.
Sebenarnya, 17 Julai jugak merupakan tarikh pemergian arwah abah saya.
More or less, tarikh ni yang mengubah nasib saya buat selama-lamanya.
'Best' ke jadi anak yatim?
Kadang-kadang ada je orang bagi perhatian lebih kat kami.
Dapat sumbangan bantuan kewangan daripada banyak pihak.
Sedara-mara. Kawan-kawan.
After that semester, saya dah tak pernah mohon zakat pun.
Boleh la jugak survive untuk 5 semester berikutnya.
Even the budget for my final year project, saya tak pernah claim satu sen pun.
Maybe anak yatim hari ni lebih terpelihara kut kebajikannya berbanding zaman dulu-dulu.
Cumanya, bila terpandang anak kecik main dengan bapak diorang kat taman permainan,
saya rasa kosong.
Dah tak ingat perasaan pernah ada abah.
All these years, my family is the only place I can count for, and we've been through many things together.
Nikon D3100 saya tu pun, mungkin saya takkan merasa kalau tak sebab pemergian arwah abah.
It is not something yang jatuh dari langit whenever we ask.
Saya ni takde apa pun sebenarnya. Sekadar manusia yang biasa-biasa.
Jun 29 2014, 6.13 am
I think, my very first experience about fasting is when I'm still in my standard one (7 years old.). Saya boleh puasa sampai tengah hari, dan curi-curi makan aiskrim pada sebelah petang. Ngehehe. Tapi start darjah dua, saya boleh puasa penuh sebulan.
Mula belajar berterawih pada darjah tiga. Yes, darjah tiga. I have no idea what is solat terawih before. Saya membesar dalam keadaan keluarga yang tak berapa soleh/solehah. Solat fardu pun on/off, apa lagi nak menjenguk surau kampung. Pernah la jugak saya persoalkan, kenapa kat sekolah ustazah pesan solat tu tiang agama dan hukumnya wajib, sedangkan kat rumah tu bentang sejadah pun jarang-jarang. Saya terus membesar sebagai seorang yang yang keliru dengan status saya sendiri. Dan tu jugaklah kali terakhir saya solat terawih, sampailah saya mula sambung belajar kat Changlun sana. I think I was 17 at that time.
Nak cerita pengalaman saya pasal Islam masa saya muda dulu memang tak banyak. Setakat baca Yassin tiap-tiap pagi Jumaat kat sekolah, solat hajat untu PMR dan SPM and solat zohor dan Asar berjemaah tu memang ada la. Keluar je pagar sekolah, semuanya saya tinggal. And I got A1 in Pendidikan Islam during SPM, but that doesn't makes me a good Muslim. Ujian PAFA tu memang la lulus, itu pun sebab they're just ujian lisan dengan amali. Tinggalkan rumah untuk sambung belajar is totally a bless for me.
Bila dah jadi macam ni, baru saya faham perasaan diorang yang pernah revert from non-Muslim to practicing Muslim. Rasa hidayah ni satu benda yang sangat-sangat indah. Satu benda yang bila kita dah genggam, we won't let it go regardless of the situation.
Kepulangan saya ke rumah tu memang mencabar la jugak sejak 'peluk Islam'. Because we're talking about something yang dah jadi darah, daging, urat dan sendi dalam rumah tu. Agak susah la jugak penerimaannya, but the least I can do is some sort of what they call it as dakwah dengan perbuatan. Tunjuk akhlak yang baik. Tu je. Insya-Allah hati diorang terbuka. Alhamdulillah, keluarga saya hari ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumya. Batu yang kena titikan air pun lama-lama lekuk jugak, kan? Be patient.
I think, Ramadan kat utara sana la yang dah banyak mengubah hidup sana.
Hari-hari tolong budak Pusat Islam tu sediakan juadah (dan hari-hari makan free).
First time belajar basuh beras. First time makan ramai-ramai atas talam.
Baru tau pasal kewujudan wirid Ma'thurat. Baru ambik tau pasal isu Palestin.
Terima kasih, kepada mereka yang selalu lepak sama-sama kat Khulafa Ar-Rasyidin, Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2008/2009.
~nc~
nota 2:
Lia the 11th hour pun pelajar KMS (Fend jumpa 'Musalmah' kat sini masa dekat booth), dan merupakan 'pelajar tahun satu Bachelor of Science in Biomedical Materials di University of Aberdeen' (Contengan Jalanan, K2, page 290). Sounds familiar, eh? Which means Lia ni satu course dan satu universiti dengan Trisy (Rooftop Rant, page 396). Maybe Lia ni junior Trisy la. I don't know. Besides, I think Lia needs her own story. She's the first owner of the 'Contengan Jalanan' anyway.
Everybody lives a present.
Indeed.
Hidup tu satu perjalanan yang indah dan istimewa.
Life, IS a wonderful journey.
Beza boleh membawa kepada balah. Daripada balah kepada pisah.
- Dash Johari
“Firm, sangat resolute, tak putus asa, keras, teguh…”
“Pandai. So Dash jadi la adamantium.”
“Dashadamantium… Macam nama bunga adik-beradik dengan chrysanthemum.”
(narrated by Abu Hurairah)
“Sekular?”
“Haa… pandai pun.”
-Dash Johari
-Trisy
12 Jun 2014, 6.02 pm
"So.. Kau rasa macam mana sekarang?"
"Meaning?"
"Kau selesa dengan keadaan kau?"
Saya termenung sekejap. "Maybe.."
Senyap.
"Sebab tu aku risau."
"Haih, dah senang pun risau? Dulu bukan main naik turun bas pergi tuisyen kat Klang. Siap merantau utara selatan lagi. Sekarang, dah selesa pun risau lagi?"
"Sebab dah selesa sangatlah aku risau. Dah lama sangat dalam comfort zone. And who knows, bila jadi pape nanti, susah nak bangun balik. Rasa dah tak nak bergerak lagi"
Sekarang ni, dah takde lagi bukak buku engineering macam dulu. Dah takde lagi beratur nak naik bas pergi tuisyen kat bandar Klang. Dah takyah kayuh basikal 4 km hari-hari. Abah terpaksa overtime untuk tampung kos pembelajaran saya. Mama terpaksa gadai barang kemas untuk pastikan saya sampai ke menara gading. Dulu, hidup ni memang susah.
Jauh beza degan hari ni. Tapi kesenangan tu jugak la yang merissaukan saya. Bila badan dah 'manja', kena jentik sikit dah meraung. Macam budak sekolah zaman sekarang la. Cikgu rotan pelajar, mak bapak buat report polis. Siap ugut lagi cikgu tu kat sekolah. In the end, budak tu rosak. Orang putih pun kata, "Spare the rod and spoil the child".
"So.. Apa perancangan lepas ni? Kahwin?"
Saya sengih. Ada-ada je dia ni. "Taklah. Pernah la jugak masuk list. Haha. Tapi.."
"Hum?"
"Aku rasa, kalau nak tolong agama, tak semestinya kena ramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w."
"Maksud?"
"For me, Islam is not about join usrah, buat program Islamik, cinta anta-anti, kahwin muda, perigi cari timba and so on. Islam is not about keindahan alam perkahwinan dan nikmat berumahtangga.Aku rasa budak-budak IPT cuma nampak benda ni je. In the end, tak nampak langsung keagungan Islam tu."
Kawan tu pun senyap je.
"I wanna break that cycle. Life is not about getting married and beranak-pinak. Aku nak sambung belajar, sebab aku nak bantu Islam. Aku nak cerahkan apa yang gelap. Aku nak tunjukkan kat budak-budak ni yang kita ni ada sebenarnya ada potensi. Aku nak ubah dunia."
Kawan tu terkejut. ".Electrical?"
Saya angkat bahu. "Tak decide lagi. But most probably, mechanical engineering."
"Kau nak belajar kat mana? UTM lagi? Separuh masa?"
Saya geleng. Kemudian senyum.
Ada tiga warna yang terbayang dalam kepala.
Hitam. Merah. Emas.
"Germany. I have my own reason."
"Whoa.. Banyak duit kau.. Scholarship?"
"Dak aih (Taklah). Kumpul sendiri la. Sampai bila nak meminta je. Cikgu aku kata kita kena bina empayar kita dengan tangan kita sendiri. Kena ajar untuk hidup susah, supaya kita lebih hargai dengan apa yang kita pegang."
"So bila nak fly?"
"Ranging from 3 to 7 years from now. Tapi aku target time tu umur aku plus minus 27 la."
"Kau ni, dari dulu memang suka plan tahap luar alam. Tapi tak takut ke pergi sana?"
"InsyaAllah boleh."
"Okay... Kalau tiba-tiba jodoh kau muncul depan mata kau? Aku rasa maybe akan kacau jugak plan kau ni, kan?"
Saya berfikir sejenak. "Pengalaman hidup dah ajar aku untuk kering hati dalam banyak perkara."
"Maksud kau..."
"Indeed. Kau pun faham, kan?"
Sepi mengisi ruang.


