26 Januari 2013, 12.50 am

Pernah dengar pasal The Pious Student?
Ni ialah title untuk manga berunsur dakwah yang agak terkenal dalam kalangan generasi Y.
Hasil tangan anak tempatan, dan yang menariknya manga ni menggunakan English.
Nama pelukisnya ialah yana8nurel6bdkbaik.

Saya suka pendekatan yang beliau ambil.
Manga yang jadi kegilaan anak muda jadi bahan alternatif untuk menyampaikan dakwah.

Pious maksudnya taat @ alim @ warak.
Berdasarkan kisah benar yang diambil daripada sebuah kitab.
























25 Januari 2013, 3.11 pm 
And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous (al-Furqan, 74) 
Selain isteri serta zuriat keturunan, perkara-perkara yang bakal menjadi penyejuk mata, ayat ni jugak menyebut tentang imam kepada orang yang bertakwa (to lead the righteouss)

Ayat ni menjelaskan bahawa keperluan material masih tak cukup dalam institusi sesebuah keluarga.
Kita mungkin dikurniakan dengan macam-macam nikmat, tapi tapi tak ramai yang dapat santapan jiwa.

Dan sebab tu lah istilah imam kepada orang yang bertakwa ditekankan dalam ayat ni.
Membuktikan peranan seorang ketua, yang juga seorang ayah dan seorang suami..
A daddy in a hubby, kata orang putih.

***

Lepas bukak macam-macam buku dengan website, baru tau kerja ni SANGAT-SANGAT BERAT.
Tapi betullah firman Allah dalam ayat ni. Keperluan material masih tak jamin apa-apa.

Tak mungkin Allah bagi 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu kita menjadi imam  kepada orang bertakwa.

Rumah tangga, semua orang ada.
Rumah tangga Islam, bukan ada pada semua.
~Hlovate~
 By yuumei

23 Januari 2013, 11.34 pm

Mata masih menatap di skrin laptop. Dan beralih ke kalendar touchscreen Samsung Galaxy Y.

Jari telunjuk di"slide" dari atas ke bawah, buat countdown dari bulan Jun sampai ke Januari.

Ada 22 minggu lagi. Atau boleh diterjemahkan dalam lima bulan.

LIMA BULAN?
Mangai...

Ada lima bulan je lagi sebelum semester lapan tamat.
- Walaupun sem lapan tak start lagi. Tengah seronok bercuti sakan kat rumah.

Sem depan mesti habis. Sem depan mesti habis. Sem depan mesti habis.
Tak nak extend.

Tapi kan, lepas habis sem depan kan, nak buat apa ye?

. . . . . . . . . .

Sejak sekolah rendah, kita 'dididik'untuk skor 5A untuk UPSR.
Masuk secondary school, skor 8A dalam PMR - Saya dapat 6A je.
Dan SPM 10A1 - Saya dapat 6A1 jugak.
Masuk matrik, target 4.00 - Dapat 3.39.

Walaupun tak dapat PEFECT, tapi kita ada TARGET.
Kita nak sangat dapat sesuatu.
Ada matlamat. Ada kemahuan. Ada keghairahan.

Tapi bila masuk universiti, saya (dan ramai lagi mahasiswa) rasa down.
Subjek kat universiti sangat-sangat mencabar.
Sampai UTM terkenal sebagai Universiti Tendang Menedang satu ketika dulu.
Sekarang UTM tak tendang orang, sebab student ni customer.
UTM = Pusat tuisyen terbesar di Skudai.
Pusat tuisyen tak boleh halau pelanggan. Nanti duit tak masuk.
Siapa-siapa yang bermasalah pun takkan diusir lagi.
~ Kecuali atas kes-kes tertentu.

Dan peluang untuk semua orang belajar tu sama je kat sini.
Cuma ada orang yang dapat gred lebih. Ada gred kurang.
Bergantung kepada berapa banyak input dan macam mana kita regulate input tu.
Doa pun dikira input, sebab Dia akan regulate input dan modulate output.
(Hohoo.. Bahasa bunga seorang bakal engineer...)

Dan lepas 21 tahun hidup (saya masih 22 pada tarikh hari ni), saya fikir balik.
Lepas UPSR, PMR, SPM, Matrik, apa sumbangan result ni kat hidup kita?
Sebab lepas kita takde pun, benda ni meaningless.
Sekadar sebuah KEJAYAAN peribadi.

Dan sangat rugi bila kita buat semua ni sorang-sorang.
Tak ajak orang lain untuk sama-sama untuk berjaya.
Kalaulah kejayaan dalam hidup ni diukur dengan berapa banyak ilmu,amal dengan bakti, hidup ni nampak sia-sia je.
Sebab penghujungnya tetap ke liang lahad.
Kejayaan yang tak boleh dibawa mati.

Pada sayalah, kalau nak target banyak-banyak A pun, okay je.
Tapi lebih elok kalau kita luaskan skop tu.
Berjaya bukan setakat berapa banyak A atau masuk dean's list.
Tapi biarlah berjasa kepada ummah.
Sumbang banyak benda kepada masyarakat.

Kita diminta untuk bercita-cita besar.
Sehingga tembus ke syurga-Nya.

23 Januari 2013, 8.03 pm

Ironi
bila cari Tuhan waktu susah
dan lupa Tuhan time senang

Tapi yang eloknya,
kita ingat kita ni siapa.
Kita ingat siapa Dia.

Bila dah jatuh, insya Allah kita boleh bangun balik.
Sebab kita ada Dia.
Ini bukan penghujung sebuah kegagalan.
Tapi pintu kepada lebih banyak kejayaan.

Sem ni mencatatkan sejarah hitam (hitam ke?)
Dapat satu subjek 3 jam kredit D+.
Tapi yang lain B-, B, dengan B+. Takde huruf C pun.
Cuma huruf D tu je yang buat mata saya gelap sekejap hari ni.

D+ tu masih lulus. Tamau repeat kot.
Fokus kat subjek akan datang je.
PSM pun kena jaga jugak.
TAKNAK EXTEND.

Dan fikir macam-macam lagi untuk hari esok.

21 Januari 2013, 7.51 pm



19 Januari 2013

Sepanjang perjalanan dar Sri Putri ke Klang, ada signboard di kiri lebuhraya tu tertulis:

Shah Alam        38 km
Kuala Lumpur   52 km
Ipoh                  227 km

Terasa macam kena mini heart attack bila terbaca destinasi yang kat bawah tu.


Beza sampai 200 km.
Tapi kalau hati kata nak, apa-apa pun sanggup diredah je.

Saya tersenyum seorang diri di seat 8A bas Transnasional tu.

Kepulangan saya ke Klang kali ini sememangnya membawa aura yang berbeza.
Merungkai seribu satu cerita kepada ibu tercinta.

Tentang saya.
Tentang 'dia'.

Tatkala hati diterjah dengan pelbagai persoalan.
Menanti istikharahku membisikkan jawapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...