January 16 2021, 6.52 pm


Setelah 2 tahun 16 hari, akhirnya saya berjaya juga habiskan videogame Pokemon Black.




256 jam 19 minit tempoh bermain dalam masa 747 hari.
Secara puratanya 1 hari saya main 20 minit 35 saat.

Warna Trainer Card saya ni warna emas (Gold).
Warna ni macam melambangkan ranking level kita la.

Ada 5 keadaan yang menyebabkan warna Trainer Card ni berubah.

1, Kalahkan Ghetsis daripada Team Plasma.
2. Tangkap semua Pokemon dan penuhkan National Pokdex.
3. Dapatkan 100 Musical Props.
4. Dapatkan 33 Entralink Pass Powers.
5. Kalahkan Ingo & Emmet dalam Super Single & Super Double Train.

Saya cuma berjaya habiskan 4 daripada 5 keadaan ni. Saya main emulator je, so tak boleh connect online untuk dapatkan Entralink Pass Powers.

Dan inilah Diploma/Certificate dalam game ni.

Unova Pokedex Diploma.

National Pokedex Diploma.

Ada beberapa Pokemon yang memang mustahil untuk saya dapat terus daripada game ni sahaja.
Dan ada satu Musical Prop yang mustahil untuk dapat kalau tak connect online.
Itu je yang saya terpaksa guna cheat atau Action Replay.
*****

Kenapa saya bersungguh-sungguh habiskan game ni?
Sebabnya, saya ada buat satu senarai panjang 'bucket list' benda-benda yang saya nak capai dalam hidup saya.
Antara yang ada dalam senarai tu ialah "Get 4 Star Trainer Card (Pokemon Black)".
Maknanya, saya berjaya selesaikan salah satu perkara daripada senarai tu.

Yeah, it's a very long journey. But I'm satisfied with my own achievement.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...