November 23 2020, 12.26 am
I'm officially 30 today. So, happy birthday to me.
Dah masuk 3 series rupanya. Haha.
Antara benda paling best yang berlaku tahun ni ialah saya dah mula melabur saham. Walaupun dalam keadaan PKP dan ekonomi global yang tengah teruk, portfolio saham saya mencatatkan keuntungan selepas tolak modal sekitar 35% dalam masa 9 bulan. ASB dan Tabung Haji pun tak mungkin bagi keuntungan sebanyak ni dalam masa setahun. Sebab tu saya dah banyak kali tulis dalam blog ni, pergilah melabur saham secepat mungkin. Tapi pastikan ada ilmu dulu ya sebelum mula. Dan kena ada simpanan 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.
Kalau trend portfolio saya berterusan macam ni, saya dijangka akan capai sasaran keuntungan saya sekitar 3 hingga 4 tahun lagi. Apa saya nak buat dengan duit sebanyak tu? Lagi 3 tahun saya cerita ya.
Tahun ni jugak la saya jumpa minat atau 'passion' baru dalam hidup. Actually, saya tak pernah mimpi pun tentang benda ni. Sampailah saya teliti dalam-dalam tentang perkara tersebut, it is actually possible. Oh my goodness! Halangan terbesarnya ialah... duit. Tapi bila saya buat anggaran pelaburan 3 tahun lagi, it makes sense! Oh my goodness! Sebab tu la depan staff tempat kerja, saya nampak macam susah je tak berduit. Kebanyakan gaji saya saya laburkan dalam saham. Ni la tips jadi kaya - buat-buat miskin.
Klunya, minat saya ni ada kaitan dengan udara.
Walaupun birthday saya hari ni, sebenanarnya saya dah celebrate birthday dengan family semalam. Sebab mama takde kat rumah hari ni sebab giliran mama jaga nenek kat kampung. Adik-beradiknya jaga bergilir-gilir setiap hari. Dapat la jugak makan kek yang abang saya beli dan piza yang ayah tiri saya beli. Ayah saya baru dibedah dan buat kimoterapi. Ada lagi rawatan susulan akan datang.
Tu je la kut nak cerita.
Happy 30th birthday to me.
0 comments:
Post a Comment