June 16 2020, 12.30 am


Finally! Episod pertama The Bridge (Asia) musim kedua mula ditayangkan di Viu.



Selepas apa yang berlaku di hujung musim pertama, Serena mengetuai unitnya di Singapura menyiasat sebuah kapal layar di mana penumpangnya merupakan warga Indonesia. Jadi, musim ni merupakan gabungan 3 negara iaitu Singapura-Malaysia-Indonesia. Heri, watak baru dalam siri ni akan berganding bahu untuk membantu Serena.

Siri ni hanya untuk 18 tahun ke atas kerana visual pembunuhan yang melampau dan penggunaan bahasa kesatnya. Saya rasa siri ni tak dapat ditayangkan di kaca televisyen la agaknya macam musim pertama dulu.

Apa sebenarnya yang berlaku antara Serena dan Megat? Mengapa Megat pilih 'jalan gelap' tu? Nantikan episod seterusnya setiap Isnin jam 9 malam di Viu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...