February 17 2020, 12.55 pm

Semalam first time pergi IOI City Mall. Tak pernah dengar pun nama ni sebelum ni. Maklumlah, orang tak berapa keluar rumah ni agak takjub la tengok dunia sekeliling. Haha. Alamanda tu pernah pergi la jugak dalam 2 kali.




Cantiklah tempatnya. Tapi sebab saya tak berapa minat barang branded, saya tak masuk pun kedai-kedai kat sana. Setakat kedai makan tu ada la jugak. Actually saya suka je beli pakaian kat Tesco sebab murah. Takde brand pun okay. Sebab tu dapat kumpul 30% gaji sebagai simpanan tiap-tiap bulan. Buat apa beli baju-baju mahal, kan? Kalau setahun kumpul banyak ni, saya dah ada 3.6 bulan gaji dalam tangan. Best kan?

Kat sana pun ada ice rink rupanya. Ingatkan Sunway Pyramid je ada. Sempat tengok budak-budak main ballet kat gelanggang ais tu. Saya main roller blade bolehlah. Tak tau diorang caj berapa untuk masuk.







****
TNB baru pacak tiang elektrik kat rumah kampung kami semalam. Punyalah lembab diorang buat kerja. Rasanya dah 2 minggu panggil baru diorang nak datang rumah. Itu pun kabelnya belum dipasang. Janji Melayu la katakan...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...