July 29 2019, 7.39 am
Minggu lepas banyak cerita Thailand keluar kat kaca televisyen. Musim filem Thai agaknya sekarang ni. Tapi yang paling best bagi saya ialah "I Fine... Thank You Love You".
Keunikan cerita ni ialah tentang bahasa Inggerisnya, yang mana hero cerita ni cuba untuk fasih dalam berbahasa asing untuk lulus temuduga di syarikatnya, sebab dia nak ke luar negara untuk bersama buah hatinya. So si hero ni pun mintak tolong seorang tutor/guru merangkap heroin cerita ni. Cerita ni juga mengajar kita tentang proses untuk berbahasa asing, yang mana heroin mula ajak si hero untuk berbual tentang perkataan-perkataan mudah dan langgar je semua hukum tatabahasa dulu. Kemudian beliau untuk menemani si heroin ke majlis rasmi yang dipenuhi dengan orang asing dan mula berbual dengan mereka.
Satu lagi filem ialah "One Day". Jalan cerita yang menarik, tapi ending dia buat saya tercengang. Saya masih termenung mengenangkan nasib si hero, setelah banyak pengorbanan yang dia buat untuk heroin tu. Anyway, ni bukanlah filem Hollywood yang hujungnya 'happy ending'.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment