June 30 2018, 9.03 pm
kredit: Qalam_story
It was our first first time buat rumah terbuka kat rumah ni. (In fact,it was my first time experiencing open house as tuan rumah).
A week before raya, my mum send a message to my family's Whatssapp group (sebelah arwah abah & sebelah mama).
I was like "Ada oang nak datang ke?"
Actually, sejak pindah, sebenarnya rumah ni memang tak berapa diziarahi orang pun time raya. Saya memang tak expect ada orang datang pun open house nanti.
And the 3rd Syawa 1439H, 17 Jun 2018, saya bangun seawal 5 pagi. Tolong mama masak dari sebelum Subuh sampai dalam 10 pagi. Lepas tu mop lantai. Lepas tu tunggu tetamu.
10 pagi. Kami bertiga maka kat meja. (Saya, mak saya, adik perempuan saya)
11 pagi. Tunggu tetamu. Takde siapa pun muncul.
12 tengah hari. Tidur kat ruang tamu. Sebab takde orang datang.
12.50 pm - Mama: "Bangun! Mak Long nak datang!"
Menggelabah berlari cuci muka kat bilik air. Mak Long datang dari Banting.
Lepas tu makcik dan pakcik sebelah mama datang. Rumah diorang kat kampung sini je.
Lepas tu saya solat Zohor kat bilik. Keluar je bilik, tiba-tiba rumah ni penuh gila dengan manusia.
Baru la saya perasan yang rumah saya duduk ni sangat-sangat besar.
Setiap 10 minit, mama panggil. "Potongkan lontong!". "Ambikkan lagi pulut!". "Daging kat atas meja dah habis!".
Saya dengan adik perempuan saya tak menang tangan nak buat seua tu. Sampai tak terlayan tetamu. Diorang makan macam dah sebulan punya puasa.
Pukul 4 petang, semua dah lembik. Dalam 3 jam tu, semua saudara-mara kitorang dah habis ziarah.
Keluarga ni dah jauh berbeza suasananya kalau nak banding dengan saya masuk universiti dulu.
Arwah abah meninggal masa saya tahun 2 dulu. Mama yang tanggung beban nak besarkan kami semua. Kerja kat pejabat pos mini kat Sungai Udang dulu. Harta peninggalan arwah abah itulah yang kami guna untuk beli rumah ni.
And, of course, keluarga ni "berubah" sekali lagi selepas mama berkahwin dengan kawan sekolah merangkap jiran. Actually, mama tak kenal sangat pun masa zaman belajar dulu. Rasanya masa kat reunion sekolah diorang hari tu diorang jumpa. Long story cut short, diorang pun nikah diam-diam (ada cerita panjang kat sini, tapi saya simpan dulu cerita ni) and beliaulah yang memenuhkan peti ais kami tiap-tiap hari Ahad. And frankly speaking, hidup kami jauh lebih senang berbanding sebelum ni. Memang terkejut sebab tiba-tiba je jadi anak orang kaya. Sebelum raya hari tu pun beliau ada belikan sebiji kereta untuk mak saya. Sekali bayar je terus dapat geran. Memang kaya gila. He's a CEO of a company yang ada kaitan dengan aviation and defense of this company. Hidangan rumah terbuka kat rumah ni pun beliau yang sponsor sebenarnya.
Tapi, ada sesetengah perkara yang tetap tak berubah. Saya masih tetap diri saya. Walaupun berkemampuan, saya pilih untuk hidup berjimat-cermat. Sebab orang yang pernah hidup susah je akan hargai apa yang diorang ada waktu senang.
Waktu nni la saya mula nampak, walaupun saya tak dapat apa yang saya nak, tapi Allah beri lebih apa yang daripada apa yang saya perlukan, Kalau iman tak kuat, sekejapje harta ni hilang macam tu je.
0 comments:
Post a Comment