November 23 2017, 9.01 pm




So I'm officially 27 today.

Since my mom takde kat rumah beberapa hari ni, maka kami celebrate awal sikit Ahad lepas.

Dan kami ke Genting Highland (lagi).












Oh, saya ke sana sebenarnya bertiga. Saya, mak saya dan ayah tiri saya.

*****
Pagi 19 November 2017, kami ke RNR Genting Sempah. Makan mihun sup dan ayam goreng. Kemudian ke Genting Highland, atas sikit daripada GHPO. Masuk Taman Tema, breakfast KFC. Lepas tu keluar tengok kabus dari pukul 12 tengah hari sampai 1.30 petang.

Kata mama, ayah (panggilan untuk ayah tiri saya) selalu 'panjat' ke Genting Highland sebab nak hilangkan stress kat tempat kerja. Ayah pegang tanggungjawab besar kat company dia, which have things to do with aircrafts. Dia pun cerita macam-macam tentang industri aeroangkasa kat saya. In fact, saya pernah pergi interview ke syarikat beliau, dan beliau antara orang yang temuduga saya.

It turns out that ayah tiri saya sebenarnya satu sekolah rendah dengan mak saya. Diorang tak pernah berkawan pun dulu, atau mungkin tak pernah bercakap. Lepas habis sekolah rendah, beliau ke sekolah asrama. Lepas tu belajar kat US. Itulah kali terakhir mak saya dengar khabar tentang beliau.

Saya tak tahu apa jadi kat tengah-tengah, tiba-tiba dia jadi ayah tiri saya. Itupun selepas mak saya buka mulut selepas enam bulan diorang berikah. Mula-mula tu memang susah nak terima. Hati saya remuk. Saya kemurungan dalam beberapa minggu.

But overall, dia seorang ayah yang baik. Tiap-tiap hari Ahad mesti bawak mama berjalan. Saya pun nampak mama selalu happy je. Saya sebagai anak pun selalu mendoakan kebahagiaan ibu saya. Mungkin perkahwinan ini caranya Allah nak tunjuk erti kebahagiaan tu.

So, saya ada mak tiri dan adika-beradik tiri yang saya tak pernah jumpa sampai hari ni.

Anyway, berbalik kepada cerita tentang saya.

Saya ada berbual dengan ayah, tanya pendapat beliau tentang hidup saya. Bermula lepas dapat result SPM dan saya tak tahu nak pergi mana, ada ustaz suruh saya buat kapal terbang, pakcik saya tak bagi saya kerja dalam bidang ni sebab pasaran kerja tak banyak, saya sambung matrik, result tak cukup bagus untuk masuk kursus aeronautik, belajar elektrik iaitu kursus yang paling tak minat, grad dan menganggur setahun, sedang bekerja dalam industri yang saya tak minat selama 3 tahun, dan saya tak tahu nak pergi mana dalam hidup ni.

Saya tunjukkan dua set kertas kepada beliau. Satu ialah fakulti mekanikal daripada satu universiti ni kat luar sana. Satu lagi daripada fakulti elektrik daripada universiti yang sama.

Fakulti mekanikal ni ada kursus aerospace. 3 semester. Dalam bahasa Jerman sahaja.

Fakulti elektrik pulak ada 3 kursus takde kaitan dengan kapal terbang. Tapi dalam English. Ada kursus Power, Communication dan Microelectronic.


Saya tanya, apa saya perlu buat sekarang?
Saya kerja buat benda yang saya tak minat hari-hari, dan tak dapat kerja dalam benda yang saya minat.
Saya tahu saya tak boleh stay lagi, and I need to move out. But I'm still not sure whether I'll become good in electric.

Ayah saya kata,
"Ambik ni."
Dia tunjuk kertas Aerospace.

Saya terkedu.

"Boleh ke? Dahlah belajar elektrik, lepas tu ambik M.Sc. dalam aerospace? Bahasa Jerman pulak tu? Lagipun kalau dah grad pun belum tentu dapat kerja."

Tapi pesan ayah, just go on. Kejar je benda yang kita minat. Dia kerja dalam bidang aerospace pun bukan minat kapal terbang asalnya. Selepas 10 tahun dalam alam pekerjaan, baru dia mauk bidang aerospace. And he loves it.

Kata beliau lagi, sebenarnya bidang aeroangkasa ni ada "satu benda" ramai rakyat Malaysia tak tahu.
Dan beliau juga ada cerita satu "rahsia" untuk sambung belajar ke luar negara. Benda ni saya tak sedia nak kupas sekarang, tapi bila saya dapat buktikan, saya akan cerita kat sini satu hari nanti.

Beliau juga ada cerita tentang seorang yang dulunya belajar di UK, kemudian sambung belajar di Jerman (dalam bahasa Jerman!). Maka berlakulah peralihan bahasa, tapi dia berjaya sampai ke PhD. Juga ada pelajar kita yang belajar di Netherland, antara negara pengeluar jurutera aeroangkasa terbaik di dunia. Kesimpulannya, bahasa bukanlah halangan yang sebenar, tapi diri sendiri.

Sebenarnya saya dah fasih bahasa Jerman sekitar 65% je la. Saya boleh membaca Jerman, boleh tulis sikit-sikit, tapi tak petah bercakap. Saya ingat nak masuk kelas dan ambil exam bahasa Jerman, tapi waktu bekerja jadi kekangan. Saya masih mencari pilihan lain, kalau ada la.


Happy birthday, Nat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...