February 9 2016, 9.49 pm

Hari ni terjumpa DVD yang dah agak lama la tunggu, tapi tak sangka keluar secepat ni. Tajuknya Digimon Adventure tri. : Saikai.

Uniknya tentang movie ialah kembalinya kisah 8 Digidestinied yang asal, atau dalam istilah Melayu, "Kanak-kanak Terpilih".

Beberapa tahun berlalu sejak penamat musim pertama (dan mungkin selepas filem pertama), kanak-kanak terpilih dah masuk sekolah menengah, dan bukan kanak-kanak lagi. Selepas pintu dunia digital selama lebih setahun, ada beberapa ekor Digimon yang dapat tembus ke dunia sebenar.

'Saikai' bermaksud 'Reunion', dan filem ini mengisahkan pertemuan semula watak-watak manusia (Taichi, Yamato, Sora, Koushiro, Mimi, Joe, Takeru, Hikari) dan watak Digimon (Agumon, Gabumon, Biyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon, Patamon, Gatomon).

Digivolution untuk filem ni berbeza dengan siri musim pertama dan nampak lebih moden. Cuma Gomamon sahaja yang tidak "digivolve" dalam filem ni.

Selain interaksi antara manusia dan Digimon, filem ni juga menekankan hubungan antara manusia yang makin renggang. Taichi juga kelihatan agak serba salah untuk bertarung bagi mengelakkan kemusnahan dunianya selepas beberapa peristiwa yang melibatkan Digimon. Dan mungkin juga bagi mengelakkan hubungan dirinya bersama kawan-kawannya yang semakin retak.

Ada kebarangkalian Taichi akan menjadi jahat pada filem akan datang. Saya beranggapan mungkinakan ada MetalGreymon warna biru, atau yang lebih dahsyat, BlackWarGreymon. Tapi ni cuma spekulasi je la. Mungkinkah ada Veemon, Hawkmon dan Armadillomon untuk filem seterusnya?

Omegamon/Omnimon muncul di penghujung filem ni, yang mana ia adalah gabungan WarGreymon & MetalGarurumon. "Final Boss" untuk filem ni ialah Alphaman, salah satu Royal Knights hasil evolusi Dorumon, dan ia cuba membunuh Meicoomon, sejenis Digimon baru. Apa kaitan antara Meicoomon dan Alphaman, sehingga memaksa Alphamon untuk membunuh Meicoomon?

Nantikan filem Digimon Adventure tri akan datang.

~nc~

February 7 2016, 7.59 pm

Syurga.
Semua nak pi sana.
Tapi nak sampai tu bukan senang.

Dan,
syurga tu bukan tempat ustaz ustazah je.

~nc~

February 5 2016, 6.33 pm

Rupa-rupanya blog ni dah enam tahun usianya. Saya tak ingat tarikh sebenar kewujudan blog ni, tapi macam hujung Januari atau awal Februari 2010. Kira lama la jugak blog ni 'hidup'. Sebab rajin sangat menulis, rasa macam online diary pulak.

Apa sebenarnya tujuan buat blog neh? Takde sebab pun. Ekceli, blog ni dicipta bukan untuk kongsi tulisan saya, tapi ada sebab lain.

June 27 2009, Saturday

Hari pendaftaran kat UTM. Jumpa abang dan kakak fasi, iaitu senior Tahun Dua. Sebab first day, muka kena skema la. Kami daftar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Lepas isi satu borang survey tu, saya tatau nak pass borang kat siapa. Saya nampak sorang kakak fasi berdiri macam tiang bendera kat kiri saya. Saya pandang dia dan hulur kertas tu. Kakak tu pun ambik.

Malam tu, kami - budak baru dan 'budak lama' a.k.a. abang kakak fasi berkumpul di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor. Sorang-sorang senior perkenalkan diri. Dan tiba turn kakak ni. Dia pun sebut nama beliau. Panjang gila nama dia. Nak tergeliat lidah. Tapi untuk sesi orientasi, senior ni ada nama timangannya sendiri, macam Ayah dengan Ibu. Kalau tak silap, gelarannya Along. (Kuat betul ingatan saya ye). Katanya asal dari Ipoh, Perak.

A week later..

Selepas daftar untuk malam pengenalan kelab dan biro, baru tau yang kami ni satu kelab dan biro. Lagi kelakar, satu jabatan. Saya join Jabatan Penerbitan, atau JAPEN. Ada 4 orang je semuanya. Dua senior, dua junior. 3 perempuan 1 lelaki. Selepas taaruf, beliau prefer dipanggil Nafisah. Saya suka-suki bubuh 'Kakak' kat depan nama beliau, sebab beliau lebih berusia dan atas dasar hormat kepada senior. Kami berempat  pun kongsi bahan untuk penerbitan. Kami terbitkan sebuah majalah 4 muka surat. Kertas A3 lipat 2. Ni la kali pertama menulis something yang akan dicetak. Kemudian kami jugalah yang edarkan ke seluruh kolej kediaman. Enjoy la jugak ada orang baca apa yang kita tulis.

After sometimes....

Kami semua bertukar-tukar email, dan add dekat Yahoo Messenger. Facebook pun tak meletup lagi macam hari ni. Masing-masing ada nickname pelik-pelik. Dari situlah saya terjumpa blog kakak ni. Saya pun baca dari post paling awal sampai latest punya. Mesti naik traffic dia. Kemudian saya nampak ruangan komen. This is where the fun starts. Saya saje je nak usik beliau. Tapi takkan nak jadi Anonymous, kan? So I've decided to leave a trail. Saya buat akaun untuk Blogger. Letak nama Nat Cure, sebab obses dengan Pokemon. Hey, I was 19 years old la at that time. So saya pun merajinkan diri spam comment kat blog post beliau. Lepas baca, komen. Kakak tu pun rajin je reply dan melayan pembaca setia dia ni. Haha

Nampak seronok pulak baca blog orang. Tak teringin ke nak tulis pastu bagi orang baca? So saya tulis cerita saya yang agak kebudak-budakan tu. Ayat pun skema dan sangat menjaga hukum tatabahasa. Kakak tu pun rajin tinggalkan komen kat blog post saya. (Baca: menyakat). We've some great talk within these few years, and shares lots of things together. Waktu ni zaman kegemilangan blogger.

Lepas follow blog kakak ni, saya jugak belajar untuk kenal blogger-blogger lain, macam Kak Sabrina, Kak Umi, Bella, and two legendary blogger, Bunda Ena dan Kak Hasunah. They're great. Daripada diorang la saya belajar untuk lebih bebas menulis dan belajar gaya bahasa diorang. Lama-lama baru saya sedar yang sebenarnya boleh menulis.

The great thing about writing is that we can express ourselves and share to others. Nickname is something that we choose so that the others will remember. And we also can hide our true identity. Heh.

Pembaca blog ni pun sekitar student UTM je. Tapi bila blog ni jadi viral (thanks to Hlovate!), suddenly it becomes local hit. Rasa macam seluruh Malaysia ni baca blog ni. I was speechless. Tak tau la nak nangis ke nak ketawa. Saya tak pernah pun pasang niat nak jadi famous ke apa. I just wanna be me. Review novel tu memang something different la sebab saya tulis dari hati.

Tapi bila dah jadi macam ni, saya sedar yang bidang penulisan ni boleh berkembang. Saya enjoy je isi blog ni dengan macam-macam cerita. Blog ni pun macam terapi sebenarnya untuk orang introvert macam saya. We're lack of the ability to speak using voices and tend to stay quiet for most of the time.

So I want to say thanks to Kakak Nafisah sebab dah bawak saya jauh sampai level yang saya tak pernah mimpi pun. And thanks for all of the great rant. InsyaAllah saya masih menulis walaupun ramai blogger kita yang dah tak berapa menaip ni. Haha.

~nc~
 





February 4 2016, 7.00 pm

Antara culture shock tentang budaya orang Jawa ialah kami kena panggil sepupu kami yang sebaya atau lebih muda sebagai abang atau kakak. Pelik kan?

Contohnya, sepupu saya merupakan anak kepada kakak mak saya. Mak saya kena panggil kakak beliau 'Kakak'. So title ni pun akan diturun kepada anak-anak mereka (saya, adik beradik saya dan sepupu). Saya kena panggil sepupu saya tu 'Kakak' atau 'Abang' walaupun mereka lebih muda.

Nenek saya pun, bila borak-borak dengan saya, dia akan guna title Abang/Kakak bila merujuk kepada sepupu saya. Tapi sebab saya membesar kat area orang Melayu, benda ni jadi kekok sangat.

But in reality, kitorang main aci redah je panggil 'aku' dengan 'kau' je. Saya ni kira fusion Melayu dan Jawa la.

Sejak pindah rumah baru ni, saya cuba untuk belajar tentang kampung saya yang majoritinya orang Jawa. Belajar untuk lihat persekitaran ibu saya membesar. Tengok jalan yang mak saya lalu untuk ke sekolah. Petik rambutan kat kebun yang atuk usahakan.

Ada sekali tu ada pakcik Jawa bertanya waktu kenduri kahwin sepupu. Dia tanya dalam loghat Jawa. Saya blur gila dia cakap apa. Saya jawab balik "Tak pandai cakap Jawa!". Orang keliling gelak je tengok saya. Budaya Jawa sangat asing dalam hidup saya.

Menurut nenek saya, nenek beliau berasal dari Indonesia. Beliau generasi kedua yang lahir di Malaysia (atau Tanah Melayu/Malaya). Bahasa Jawanya pun dah berbeza dengan Jawa kat sana.

Yang kelakarnya, bila satu kampung masuk sekolah yang sama, habis satu sekolah la cakap Jawa. Bayangkan mengajar Sains dengan Matematik dalam bahasa Jawa. Lagi haru kelas Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris cakap Jawa jugak.

Antara perkataan Jawa yang saya belajar ialah 'kecoro' iaitu lipas. Sebutannya, ke-cjo-ro. Bunyi 'co' tu kena pekat ye. Sebab tu kena letak 'cjo'.

Kalau kenduri, antara makanan utama ialah nasi ambeng. Kami akan makan di dulang dan bersila di sekelilingnya. Ini sunnah Nabi ye. Bukan nasi ambeng tu yang sunnahnya, tapi makan satu dulang tu. Tempe memang takkan lari la kalau cakap pasal makanan Jawa. Tapi saya pun geli nak makan satu dulang ni, sampai la saya masuk matrik dan dipaksa makan lepas bersihkan masjid tiap-tiap Jumaat. Lama-lama boleh la terima cara makan kat dulang ni. Rupanya orang Jawa lebih advance tentang sunnah ni.

~nc~

February 3 2016, 7.17 pm

Those days, when I was a UTM student....

Tak pernah repeat apa-apa subject. Huish, terer gila! Yeah. Sekali ambik dan terus lulus. Lulus je la. Bukannya dean list pun. Yang penting, jimat duit. Sebab nak ulang pun pakai duit. Ada senior tercengang macam mana saya boleh pass banyak killer subject. Rahsia saya - study je la. Ada masa lapang, study. Masa sibuk, study. Saya tak langgan broadband pun. Bilik pulak takde wifi walaupun tiap-tiap sem bayar untuk perkhidmatan. Tak tau la ke mana duit yang kami bayar tu. So, bila takde internet, kerja saya cuma study je la. Indeed, walaupun gred tak tinggi mana, saya selalunya jadi bahan rujukan student lain, including the 3 amois dalam kelas tu. Kalau saya tak dapat jawab, baru kami jumpa lecturer.

Maybe satu-satunya student yang tak pernah kena saman. Woah! Yeah, sebab saya berkelakuan baik. Takde la. Saya tak bawak kenderaan kat UTM. Yang rajin bawak motor ke hulu ke hilir selalu dapat surat cinta daripada Pak Guard, Mak Guard dan Cik Guard. Budak-budak laki suka betul dapat surat cinta daripada Cik Guard. Siapa tak nak pucuk muda, kan?

Selain study, saya pun buat benda lain la jugak. Macam tengok movie. Korea tak layan sangat. Tapi suka tengok siri Jepun macam Mr Brain, Galileo dan Liar Game. Anime, pun tak berapa tengok. Tak minat sangat Naruto. Tapi kartun yang saya suka, Avatar: The Last Airbender/The Legend of Aang. Ada 3 musim semuanya. Lepas tu kumpul The Legend of Korra, tapi kumpul sampai 2 musim je. Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 antara yang hot la masa saya Tahun 1.

Videogame, macam biasalah.  Need for Speed Most Wanted. Pokemon (Diamond, Platinum, HeartGold, White). Digimon World DS, Dawn, Dusk, Championship. Final Fantasy X, XII, Revenant Wings. Dota tak pernah main. Not a fan. Banyak betul main game. Patut la tak keluar bilik.

Waktu beli makanan time cuti: 11 pagi dan 5.30 petang. Jalan kaki pergi Arked K9 dari KTC. Even pergi FKE pun jalan kaki. Ada yang kata kaki saya mesti fit gila. Entah. Bagi saya, itulah senaman saya.

Suka fotografi. Pergi mana-mana mesti bawak DSLR. Kadang-kadang senior yang dah grad ajak saya join kem diorang, mintak ambikkan gambar. Kadang-kadang saya ambik gambar untuk kelab. Tapi memang nampak kelab tu hidup dan penuh dengan aktiviti. Ada dua kali join kursus fotografi. Nak dapat sijil je. Basic dia dah lama saya tahu. Tapi sejak keluar UTM, saya tak guna sangat pun DSLR tu. Entah mana hilangnya semangat tu.

Tu je kut nak kongsi.
Assalamualaikum.

~nc~

February 2 2016, 7.01 pm



Hampir 20 tahun rupanya Pokemon wujud kat muka bumi ni. Bermula sebagai sebuah impian seorang kanak-kanak yang mahu berkongsi hobinya untuk generasi akan datang, dan sekarang Pokemon jadi satu fenomena satu dunia.

Satoshi Tajiri ni suka tangkap serangga dan berudu di kawasan perumahannya sewaktu kecil. Dari konsep ni la Pokemon dicipta, di mana manusia akan tangkap dan latih Pokemon. Pokemon bermula sebagai videogame di Jepun untuk GameBoy, iaitu Pokemon Red dan Green (Pokemon Blue di US). Kemudian lahirnya komik, TCG (Trading Card Game), zaman peralihan platform (GameBoy Advance,  Game Cube,Nintendo DS, Nintendo Wii,Nintendo 3DS) dan Mega Evolution.

My favourite Pokemon is Celebi the forest guardian.

Ulangtahun ke-20 pada 27 Februari 2016 ni dikhabarkan akan muncul videogame baru yang melibatkan dunia sebenar, iaitu Pokemon GO untuk iOS dan Android. Which means pengguna smartphone akan tangkap, lawan dan tukar Pokemon di dunia kita. Lain tempat, lain Pokemon yang muncul. Juga ada ura-ura Pokemon Z yang menjadi third version untuk generasi keenam, macam Pokemon X dan Y. Tapi tak tau la tarikh tu betul atau tak.

Happy 20th anniversary!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...