31 Januari 2012


'Rule of Thirds' ni antara hukum paling asas dalam fotografi.
Nama je gempak, tapi senang nak apply.

Kadang-kadang, bila tengok gambar (fotografi, lukisan, mural atau ape-ape jer seni visual lain) nampak cantik sangat - walaupun sekadar sebatang tunggul kayu.
Antara sebabnya ialah komposisi subjek.
(Komposisi = Composition = Kedudukan = susun atur)
(subjek = subject = benda yang kita nak tangkap tu la.)

Sebab situasi yang sama boleh hasilkan gambar yang berbeza.
p.s.  Setiap photographer MESTI kena tahu pasal hukum ni.

Rule of Thirds

Gambar dicuri dari Google. Editted version.
Kenal kan watak ni? SHE IS NOT HERE!!!
Kedudukan budak perempuan (subjek) ni ada kat kanan gambar - dan bukan di tengah gambar.
Kebiasaannya, kita akan tangkap gambar dengan subjek di tengah gambar.
Pastu terus tangkap.
Dan gambar tersebut pun nampak 'biasa sangat'.

Gambar ni menggunakan hukum 'Rule of Thirds'

Perhatikan gambar di atas.
Bayangkan sekeping gambar tu dibahagi kepada 9 bahagian yang sama besar.
Ada empat titik akan bersilang dalam gambar ni.

Untuk apply 'Rule of Thirds', letak je subjek kat mana-mana titik bersilang ni.
Selalunya, muka subjek yang ditempatkan kat titik ni.
nota: untuk kebanyakan gambar, saya letak mata subjek kat sini. Terpulang kepada anda.


Muka subjek diletakkan kat titik persilangan ni, dan bukan di tengah gambar.

Dalam Nikon D3100 saya, ada grid yang berbeza, macam ni:
(Bahagian ni hanya muncul bila guna skrin, juga dikenali sebagai LIVE VIEW. ~ tak payah 'teropong' kamera)


Tapi prinsip sama je, cuma yang ni folus kat mata subjek, macam ni:


Ada titik yang bersilang kat mata.
Masih apply Rule of Thirds.

Bila tengok guna EYE PIECE atau VIEWFINDER (guna mata untuk 'teropong' kamera sampai terpejam-pejam mata. tu) ada 11 titik ni (takde grid atau petak):



Titik tersebut berada di antara mata. Maknanya, kena 'meter' area hidung subjek.

Jom apply semua. Haha.



Hukum ni jugak boleh digunakan untuk seni visual yang lain, macam lukisan.
In fact, hukum ni telah wujud sebelum terciptanya kamera, sekitar abad ke-18.

Boleh try dengan kamera compact dengan kamera henfon kalau takde DSLR.
Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...