9 Oktober 2011
5.11 pm


“Esok, masjid ada buat majlis buka puasa. Aku ingat nak puasa esok” kata saya.
Waktu ni, saya masih asing dengan perkataan “iftar”.
Iftar ialah bahasa Arab untuk majlis berbuka puasa

Zaman matrikulasi.
Zaman peralihan hidup saya.
Daripada seorang yang hidupnya jauh menyimpang daripada ajaran agama, mencari sinar bulan dalam kesamaran malam.
Revert, bukan convert.
Sebuah zaman pencerahan.

“Nak puasa? Puasa sebab ada majlis buka puasa? Tak ikhlas langsung,” kata coursemate saya.

Saya terdiam.
Keikhlasan?  Mungkin juga saya tak ikhlas untuk berpuasa.
Puasa kerana iftar, bukan kerana Allah.

*****

Sahabat-sahabat menikmati juadah yang dimasak bersama petang tadi.
Saya sekadar memerhatikan dari jauh.
Menanti iqamat untuk solat Maghrib.

Saya akan bersolat awal.
Tak bersolat bersama mereka yang sedang berbuka.
Tak elok menangguh-nangguhkan solat, kalau tiada urusan mustahak.

Mereka berpuasa. Saya tidak.
Mereka ikhlas? Barangkali, ya.
Aku? Tak. Tak ikhlas langsung!

*****

“Aku tak puasa tadi..” kata saya, perlahan.
Kami berdua berada di ruang berdekatan tangga dalam masjid.

“Sebab, ada orang kata, kalau puasa sebab iftar kat masjid, namanya tak ikhlas”

Dia diam sebentar.
“Sebenarnya, buka puasa kat masjid ni sekadar tarikan. Untuk tarik orang supaya masjid ni lebih ramai jemaahnya.”

Saya tekun mendengar.

“Tapi, lain kali, kita puasalah sama-sama. Biasanya kami puasa hari Isnin dengan Khamis. Tak kisahlah ada iftar atau takde. Sebab, keikhlasan tu, bukan manusia yang ukur.”

Saya terlalu memandang “apa orang kata”.

*****

Rupa-rupanya bukan saya seorang yang terkena dilema ni.
Maklumlah, ada ramai “saudara baru” di sini.
Masih ramai yang mahu menambah ilmu tentang Islam, sama seperti saya.

“Hang sembahyang, hang ikhlas tak?”  tanya Uzair.
“Hang solat sebab hang nak buat, atau sebab Allah suruh?”

Saya memandang Bilal. Beliau juga sedang mendengar.
“Tak ikhlas kan? Takpa. Yang penting, hang buat je segala macam ibadat. Ikhlas tu, insyaAllah akan datang sendiri.”

Hari pertama pergi sekolah, kita menangis-nangis tak nak masuk kelas.
Cukup liat nak bangun pagi.
Kalau bantal berpeta dan tilam kekabu tu boleh sumbat dalam beg, memang dah bawak ke sekolah agaknya.
Ikhlas tak nak pergi sekolah pada hari pertama?
Tak.

Lepas setahun? Lepas dua tahun? Lepas sebelas tahun?
Kita akan pergi ke sekolah tanpa disuruh.
IKHLAS ke sekolah untuk meneguk ilmu.
IKHLAS kerana Allah.



“Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.”

Inspirasi;
Contengan Jalanan (2011), Hlovate.




21 September 2011, Rabu

Selepas berwuduk, saya masuk ke dalam surau S01.
Cermin mata diletakkan dalam kocek seluar.
Dunia kabur untuk seketika dek kerana rabun jauh.

Langkah saya terhenti.
Sebuah susuk tubuh yang agak "familiar" datang mendekati saya.
Sama seperti dulu. Berpakaian kemeja-T hijau.

"Lampu kat sini rosak ke?" tanya beliau.

"Macam biasalah, Abang Arif."

Naqib saya kembali ke taman syurga ini.
Saya tak jangka yang beliau akan tiba seawal ini.

*****

"Abang, malam ni saya ada kelas. Sori ye tak dapat cakap lama-lama."

"Kelas apa?"

"Mikro-P" (singkatan untuk Microprocessor)

Saya pun bersalam dengan abang Arif, yang sedang duduk di sebelah Pak Lang.
Sedang menonton perlawanan bola sepak selepas solat Maghrib di S05.

Malam itu, beliau akan tidur "berjemaah" bersama Pak Lang dan Fahmin.

Entah siapa akan muncul selepas ini.

Dan blok ni mesti riuh rendah dalam dua tiga hari ni.

*****

Tamat sahaja kelas, saya kembali ke S05.
Pensyarah saya, Encik Kamal Khalil hantar saya pulang ke blok ni. Haha.

Terdengar suara "seseorang".

"Abang Wafi!"
Beliau baru tiba dari Senai, dan terus ke UTM.
Macam biasalah, beliau akan merapu-rapu dan buat kami ketawa sampai pecah perut.

Kedua-dua senior ni dah kepenatan.

Esok, lebih ramai yang akan muncul.
Saya pun jadi seronok!



Sebuah keluarga besar akan berkumpul semula di S05.
******

22 September 2011, Khamis

Saya turun ke bilik 205.
Mencari Pak Lang dan Fahmin untuk ajak mereka berbuka puasa.

Terdengar dua suara di sebalik pintu.
Saya berhenti untuk "eavesdropping",

"Eh, "diorang" pun dah sampai!" bisik saya, perlahan.

Pintu dikuak dari dalam.

Saya bertentang mata dengan mereka berdua.
"Eh, Cap pun ade!!" kata abang Izmar.
"La.. Acap ka..." kata abang Faruqi.

Kami pun bersalam.

Abang Faruqi berjalan dari Kedah ke Seremban, iaitu rumah abang Izmar.
Dan mereka berdua bergerak ke UTM.
Waktu tu, sekitar 5.30 petang.
Kata mereka, mereka bertolak dari Seremban, dalam jam 2 petang.

Maknanya, senior-senior ni belum bersua muka dengan yang tiba semalam.

****

"Fahmin, puasa tak?" tanya saya.
"Puasa. Jom buka sama-sama."
"Kat mana?"
"Nasi kukus ayam, ayam penyet, Stuko (Student Corner), etc"

"Kitorang nak join." kata abang Izmar, yang sememangnya tak puasa.
Begitu juga abang Faruqi.
Orang musafir, kan? Mesti penat.

Kami bertiga (abang Izmar, abang Faruqi dan saya) naik kereta abang Izmar.
Fahmin menunggang DAG 1129-nya ke gerai PMI untuk urusan kerja.
Beliau akan mengikuti kami berbuka di gerai nasi kukus ayam.






*****

"Aku Ustaz! Aku wali! Mestilah aku puasa!!" jerit abang Wafi.
Tangan beliau memegang cawan berisi air bandung yang hanya tinggal setengah cawan.
Kami semua ketawa sekuat-kuatnya.
Bertentang dengan saya ialah abang Sham, yang entah bila sampainya.
Mungkin tengah hari tadi.

Dari kanan saya, abang Faruqi, Pak Lang, Abang Arif, Abang Wafi, Abang Sham, Abang Izmar dan Fahmin.
Berkumpul bersama di dua meja empat segi.
Dan makan hidangan yang sama.
Semuanya tak berpuasa, kecuali tiga junior ni.

Empat bulan tak bersua muka, sekadar berbicara menerusi buku muka.
Dan kerinduan itu terubat hari ini.

Pastinya mereka akan kenang saat ini sampai bila-bila.
Terima kasih kepada Miss Ciel saya yang sempat "membeku" detik bermakna ini.




*****

Maghrib. Berjemaah di Masjid Intan Abu Bakar.
Berdiri dalam saf yang sama.
Fahmin sebagai imam.
Saya berdiri antara abang Arif dan abang Izmar.
Rindu suasana ni.
Lepas ni, memang susah untuk kami semua berkumpul pada masa yang sama.

*****

Malam, lepas Isyak.
Perjumpaan pertama ahli-ahli baru KRU.
Disebabkan foreigner nak pakai surau, maka kami terpaksa mengalah.
Perjumpaan bertukar dari surau S01 ke gelanggang bola tampar.




Saya pun berjalan ke gerai tapak konvo.
Ada Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi.
(Dapat tengok dari jauh je. Tak pergi pun forumnya. Sob2x.. Nak tengok kak Ija..)

Bertemu dengan Abang Firdaus Abdul Rahman, Abang Azim Abdul Jamil dan Abang Nur Azim Fahada Ahmad.
Maka lengkaplah geng KRU+BADAR FKE S05.

*****

23 September 2011, Jumaat.

"Salam. Petang ni free x?" tanya abang Taufik.
"FREE!!"
"Petang ni nak tangkap gambar? Lame tak main kamera ni."
"Jom2!"

Tapi perancangan berubah.

Petang tu saya hanya duduk di bilik.
Abang Taufik berjalan dengan geng2 yang lain.
Takpelah. Diorang lebih perlukan abang Taufik daripada saya.
Jarang berkumpul, kan?

Bilik Pak Lang dan Fahmin tu KONFEM penuh.
Kalau empat orang muat dua katil bersambung, yang lain tido mane?
Mungkin ada yang tido kat lantai, dan ada yang kena tidur kat luar!

*********

24 September 2011, Sabtu.

Tibalah hari yang dinanti.
Konvo untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Abang Taufik minta saya jadi photographer untuk keluarga beliau selepas konvo.
So, saya assume, tugas saya bermula jam 5 petang.

"Jom amik gambar orang konvo kul 10 ni".
Saya tengok jam. 9.30 pagi.
Ahh sudah...
Plan saya nak study sepanjang pagi.
Ada Test Selasa depan.

Takpela. Bila lagi nak main kamera dengan mentor saya, kan?
Abang Taufik pun bermalam di S05 bersama senior yang lain.
Kami pun bergerak ke Dataran Agora.
(Tak tahu nak tangkap gambar ape sebenarnya)
Dan terjumpalah coursemate saya di gerai yang jual bunga.



Semua ni bunga betul. Bukan plastik made in China.
Tahu tak berapa harganya?









Abang Taufik ialah Ketua Jurutek, iaitu persatuan untuk mahasiswa kejuruteraan elektrik UTM.
So, semua yang kat sini memang kenalan beliaulah.

Kami pun pulang ke "markas" (S05 204).
Sempat beli air Nestea untuk dibungkus.

*****

"Wah...."
Saya terkejut. Semua senior dah berkumpul.
Siap dengan kemeja putih dan blazer atau kot.
Seluar slack hitam (kebanyakannya pakai jeans)








Dan bersarungkan topi dan jubah.











TAPI, macam2 masalah muncul.
Ada yang sakit perut la. Berulang-alik ke tandas.
Yang ada semua tapi tak bawak kasut la. Mintak famili hantarkan kasut kasut hitam.
Jubah hilang. Tertukar dengan senior yang lain.
Jubah kedut. Pinjam seterika saya.
Yang tak bawak kemeja putih pun ada. haha.

Abang Hilman pun muncul.












Jam 12, diorang berkumpul depan S05.
Kata abang Abdul Azim Abdul Jamil, "blok keramat"
Satu tahun di sini. Semua berkumpul bersama.




"Acap ikut kereta diorang."
Eh, saya ikut diorang???
Tapi kan, saya kan Tahun 3 je.
Kenapa kena ikut??

"Tolong tangkap gambar kamilah..."
Baru saya paham. Bukan ikut masuk Dewan Sultan Iskandar, tapi bergambar sebelum diorang konvo.
Ok. Semua ni bukan dalam perancangan saya.
Maknanya saya bertugas SEPANJANG HARI.
Penatnyer...

Saya ikut kereta Abang Sham.
Tumpang dengan abang Faruqi dan Abang Hilman.
Parking di P19 dan mula berjalan kaki ke DSI.






Mereka daftar di Student Union  Building, dan sesi bergambar yang rasmi pun bermula.

Lokasi: Bangunan Canselori.



Kami solat Zohor di Masjid Sultan Ismail.
Dan senior-senior pun mula berpecah.


Dapat ke saya tengok diorang berkumpul balik?

*****

Saya duduk di Dataran Agora.
Menonton SEMUA senior-senior FKE.

"Eh, kakak Ana..."
Beliau pakai tudung jingga.
Orait. Sekadar buat pengecaman.

Sebenarnya memang nak tangkap gambar beliau.
Beliau kan antara yang aktif dalam Badar & KRU.
Saya WAJIB tangkap gambar beliau.

Tapi, nombor telefon beliau takda....

"Salam. Kak, nak nombor kakak Ana."
Saya hantar mesej kepada kakak Nafisah.
Dan dapat nombor beliau.

"Salam. Kak Ana, ni Nat Cure. Jap lagi nak tangkap gambar kakak, boleh?"

Dan mesej ini tidak direply.
Salah nombor ke?
Beliau takde kredit ke?

Hampa.

******

Majlis tamat sekitar 5.30 petang.
Saya pun bersolat dulu sementara tunggu mereka keluar dari dewan.








Dan abang Taufik pun muncul.









Abang Taufik pun berbual dengan sahabat di Jurutek.
Saya TERtoleh ke kiri.
Memerhatikan tiga sekeluarga dari jauh.
Seorang wanita memakai topi dan jubah.
Memakai cermin mata.
Dan bertudung jingga.

EH??????
Saya perhatikan lebih lama.
"Ni macam...."

Saya berlari-lari mengejar beliau.

"KAK ANA!!!"
Saya jerit tiga kali.
Beliau pun berhenti, dan menoleh.

Saya senyum.
"Nak tangkap gambar kakak, boleh?"

"Kejap, kejap," kata beliau, sambil mengajak ibu bapa beliau.

Dan gambar pun diambil.



Akhirnya..

"Nanti tengok kat facebook ye.." kata saya.


4 tahun lepas, mereka datang ke UTM sebagai mahsiswa/i.
Hari ini mereka "dilahirkan semula" untuk menerima pengiktirafan sebagai graduan.

****

Keluarga abang Taufik hantar saya ke S05.
Dan memberi sedikit bekal makanan.

"Nanti kalau studio abang dah siap, datanglah."
Saya senyum.

Perpisahan yang diiringi oleh lambaian tangan kami berdua.
Dan kenderaan keluarga abang Taufik meluncur meninggalkan S05.


Tiba-tiba hati saya rasa berat sangat.
Rasa tak sanggup berpisah dengan mereka yang saya panggil "abang" dan "kakak".
Saya kenal setiap seorang daripada mereka sejak pertengahan 2009.
Lajunya masa berlalu.

Time and tide wait for no man.

*****

Saya upload gambar-gambar mereka, guna P1 wimax Pak Lang dan laptop Fahmin.

Gembira. Usaha empat tahun mereka berbaloi.
"Janji graduate on time," pesan abang Taufik.

Sedih. Saya takkan jumpa mereka lagi.

Gembira.
Sedih.
Bercampur-campur.

Pintu dikuak.
Abang Arif datang mengambil semua jenis barang-barang beliau.
"Selamat bergraduasi" kata abang Arif kepada saya.
"InsyaAllah"

Walaupun beliau tidak lagi berada di UTM, beliau tetap Naqib saya.

Abang Izmar pun datang ambil barang, tapi tak sempat berjumpa dengan abang Arif.
Itulah kali terakhir saya lihat beliau.

Abang Azim sempat jenguk saya, untuk claim gambar siang tadi.
Akan mengambil master di sini, tapi belajar di USM - bahagian ni x berapa clear.
Dan beri sedikit upah. Haha.

******

24 September 2011, Sabtu

X-Factor KRU.
Kalau tahun lepas, abang Taufik yang ambil gambar kami semua sewaktu aktiviti ni berlangsung.
Gambar X-Factor terakhir saya bersama Tahun 4.
Hari ini, saya yang memikul tugas ni.

Satu hari ni takde mood.
Masih dalam mood "berkabung".
Perasaan masih bercampur-campur.
Saya pun takde "feel" bila pegang DSLR.

Semalam semua berkumpul.
Hari ni semua berpisah.


Seorang demi seorang pergi untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
Kata orang, kalau sayang, lepaskanlah ia.
Jangan biar ia terkurung.

Saya juga masih mempunyai kehidupan.
Kehidupan bersama Pak Lang, Fahmin dan Zufar.
Dan semua kakak-kakak Tahun 4.
Sahabat-sahabiah Tahun 3.
Ahli-ahli lama dan baru KRU dan Badar.

Sejarah harus dicipta, bukan sekadar dikenang.
Masih ada sesuatu yang mampu untuk saya buat bersama mereka.
Maka, tugas saya sekarang beralih kepada yang bakal graduate tahun depan.
Pastikan saya dapat mencari anda semua.
Kita tangkap gambar konvo ramai-ramai.
Ini janji saya kepada KRU dan Badar.

Semoga berjaya dalam kehidupan, wahai semua abang-abang dan kakak tersayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...