27 Ogos 2011
27 Ramadan 1432H

Arwah pernah beri sebuah prisma kepada saya sebagai hadiah.
(Sebab dapat 5A waktu UPSR).
Tapi tak pergi SBP atau MRSM, sebab selalu sangat dengar cerita hantu.
Ok. Waktu tu saya budak-budak lagi.
Takut dengan banyak perkara.


Biasanya, prisma atau "prism" berbentuk kiub mempunyai 6 permukaan rata.
Tapi, prisma saya ada 7 permukaan rata.
Bahagian ketujuh itulah yang menjadi "tapak" supaya prisma ini dapat berdiri.
(seperti gambar di atas)

Bucu yang diratakan inilah yang menjadi permukaan rata ketujuh.

Dalamnya ada gambar kapal.
Dantertulis perkataan "BEST WISHES"


Sebenarnya, "tapak" itu direka sedemikian supaya ia dapat berdiri di platformnya.
Hah???

Kenapa dia perlukan platform?
Platform tu sebenarnya lampu.
Lihat gambar-gambar di bawah.


Merah menyala...
Ada lagi gambar-gambar lain..








Akihabara


Konnichiwa!!

Pelajaran 6 ~ Kana 1

Pelajaran 7 ~ Bulan






Seperti yang disebutkan dalam Pelajaran 3, bulan juga merupakan penjodoh bilangan yang mudah.

Januari          いちがつ            ichigatsu


Februari        がつ               nigatsu


Mac               さんがつ             sangatsu 


April              がつ                 shigatsu


Mei                がつ                 gosatsu


Jun                 ろくがつ              rokugatsu


Julai              しちがつ               shichigatsu


Ogos              はちがつ              hachigatsu


September      がつ                   kugatsu


Oktober          じゅうがつ            juugatsu


November      じゅういちがつ     juuichigatsu


Disember       じゅうがつ        juunigatsu


Dan seperti hari dalam seminggu, bulan juga ditulis dengan cara yang sama.

Bulan ini bulan September.


Kugatsu     desu


がつ       です

Bulan ini bulan April.

Shigatsu     desu


がつ       です 



Akihabara


Konnichiwa!!

Pelajaran 5 ~ Hari dalam Seminggu

Pelajaran 6 ~ Kana 1





KANA merujuk kepada HIRAGANA dan KATAKANA (sistem tulisan yang digunakan dalam bahasa Jepun).
Satu jenis lagi ialah KANJI (akan diajar dalam bab akan datang).

HIRAGANA

Vokal



a     



i     


u     





e     



o     

Dan susunan vokal untuk hiragana ialah dalam susunan ini, iaitu a, i, u, e, o dan bukan a,e,i,o,u.

Di sini, setiap karakter bermula dengan k diikuti huruf-huruf vokal.
Corak ini diikuti oleh kebanyakan hiragana,
ka     


ki     


ku     


ke     


ko     
Mari tulis perkataan ini:

Biru ~ 
aoi

Tidak ~ 
iie
Bukit ~ 

oka

Pergi ~ 

iku



Hiragana mempunyai 46 simbol - 46 "bunyi sebutan" yang berbeza.
Untuk menambah lagi "bunyi sebutan", 46 karakter ini perlu diubahsuai.
(ertinya, tak perlu tambah karakter hiragana yang baru)
Hanya perlu tambahkan simbol di sebelah karakter hiragana tersebut.

Simbol yang dimaksudkan ialah DAKUTEN (atau TENTEN)
Bentuk dakuten seperti " , dan diletakkan di atas kanan karakter tersebut.
Tetapi bukan semua karakter boleh diletakkan dakuten.

Semua karakter "k" boleh diletakkan dakuten.
Dan bunyi "k" bertukar kepada "g".

Ga     



Gi     


Gu    

Ge     

Go     

Hiragana dan katakana hanya mewakili bunyi, dan bukan perkataan.
(seperti huruf dalam abjad tulisan rumi.)

Rujukan:
Wiktionary
Japanorama.com

22 Ogos 2011

Saya memunggah dan menyelongkar sebuah laci yang menyimpan banyak komponen elektrik dan elektronik.
Arwah abah ialah juruteknik.
Sejak kecil, saya telah didedahkan wayar, "solder", timah, perintang, kapasitor dan sebagainya di ruang tersebut.
Mak cik saya juga ialah jurutera elektrik. Suami beliau pun sama.
Dan saya pun ambil bidang elektrik.
Kami ni memang keluarga elektriklah.. =)

Dan saya terjumpa beberapa keping gambar, dan sebuah sampul.
Sampul tersebut mengandungi negatif (untuk cuci gambar).
Eh, banyaknya!
Rupanya, arwah abah ni photographer.
Fakta yang saya tak pernah ambil tahu.

Saya lihat gambar satu persatu.

Arwah abah pernah mewariskan buku ini kepada saya, untuk saya guna di UTM.

Saya tak tahu nama teknik ni, tapi teknik ni memerlukan photographer memulas zoom lens untuk dapat effect ni.

Lens. zaman ni belum ada DSLR.

Dekatnya. Lens saya pun tak boleh sedekat ni (atau gambar yang saya ambil akan kabur).
Macam best je lens ni.

Seperti arwah abah, saya juga suka tangkap gambar bunga.




Ulat beluncas.
Dari ulat jadi kepompong.. Tidur lena dalam kelonsong..

bokeh.

Wow! Tak tahu pun abah ada ni!!









Pe bende ni? Check kat internet, motor rupanya...


Kemungkinan besar, jenama kamera yang arwah saya guna ialah Yashica dan Exakta.
(pernah dengar ke nama ni? orang dulu tahu la kot..)
- tak pasti kenapa ada dua buah kamera. Mama kata, pernah nampak jenama Yashica je. Mungkin Exakta tu milik orang lain. Wallahualam.-





Yashica FX-7
Exakta VX IIb
Antara tarikh awal yang ada dalam gambar-gambar ini ialah 1983.
Ketika arwah abah 19 tahun.
Eh?
Saya dapat DSLR saya pun ketika berusia 20 tahun.
Lebih kurang je lah kan..

Lepas SPM, abah terus kerja. Kumpul duit sikit2 dan beli kamera ni.

Mama kata, kamera ni antara yang tercanggih zaman tu.
Harganya, RM 300.
Murahnya!!
Taklah.. RM300 zaman tu sama dengan RM 2000 zaman sekarang.


Arwah abah pernah bagi pinjam kamera ni kepada seorang kawan, tetapi rumah kawan beliau dirompak.
Dan kamera abah pun dicuri.
Kalau kamera tu masih kat tangan kami pun, konfem hari ni kamera tu dah rosak.

Sejak tu, keluarga kami memang tak pernah guna kamera.
(sehinggalah tahun 2008, beli kamera compact Olympus, warna jingga)
p.s. first time saya guna kamera seumur hidup saya ialah pada tahun 2007, sewaktu Hari Graduasi sekolah saya.
Jadi photographer sebab tak nak masuk dalam gambar. (Bidan terjun)

So, sepanjang saya membesar, saya memang tak tahu arwah abah ni ialah seorang photographer.
Tak banyak yang saya tahu tentang fotografi, sehinggalah hari lahir saya yang ke-20..

Tokyo


Konnichiwa!!

Pelajaran 4 ~ Warna


Pelajaran 5 ~ Hari dalam Seminggu




kyo    u    wa   nan'    youbi    desu    ka   ?

きょ   う   は   なん   ようび   です   か   ?
Kyou wa nan'youbi desu ka?
(Hari ini hari apa?)


___________ です.

__________  desu.


(Hari ini hari __________ )



Isikan tempat kosong dengan AHAD, ISNIN, SELASA dan seterusnya.

Contoh:


Nichiyoubi   desu.
にちようび   です.
Nichiyoubi desu.Hari ini hari Ahad.




げつようび
Getsuyoubi

Isnin


かようび
Kayoubi

Selasa


すいようび
Suiyoubi

Rabu


もくようび
Mokuyoubi
Khamis


きんようび
Kin'youbi
Jumaat


どようび
Doyoubi
Sabtu


にちようび
Nichiyoubi
Ahad



Hi
Hari


きょ
Kyou
Hari ini


あした
Ashita
Esok








Kyou   wa  kin'youbi     desu

きょ
う   
は   きんようび   です.



Kyou wa kin'youbi desu.
(Hari ini hari Jumaat.)




Ashita   wa   dayoubi   desu


あした   は   どようび   です.   

Ashita wa doyoubi desu.

(Esok hari Sabtu.)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...