Menunggu sejak 11 pagi, pukul 1 petang (betul-betul masuk waktu zohor) barulah dapat beli tiket.
Saya risau sangat terbeli tiket lambat, takut cepat habis.
Asalnya menunggu senior X (bukan nama sebenar), mintak hantarkan saya ke Sri Putri untuk beli tiket.
Selalunya, tak sampai 30 minit, semua urusan selesai..
Tapi, dia ada rancangan lain..
Nak ajak kawan makan sekali, untuk makan tengah hari. Masalahnya, kawannya pulak baru bangun tidur (jam menunjukkan 11.30 pagi).
Sabar.. Sekejap je lagi, saya dapat beli tiket..
Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul.
"X" bawa saya ke Dewan Sultan Iskandar, ada tilawah al-Quran.
Saya duduk, dan mendengar. (sambil tengak jam handphone)
Jam 12 tengah hari.
Barulah kami keluar DSI, dan berjumpa sahabat "X".
Kerja 30 minit menjadi 1 jam.
Sabar ye..
Kemudian makan tengah hari di Meranti.
Habis makan, jam menunjukkan 12.45 tengah hari.
Segera ke Sri Putri. Sampai je, kaunter dibuka, orang tiada.
Mana orangnya pergi?
Menunggulah lagi dalam 10 minit.
Kakak tu datang, bawa tupperware. Rupanya beli makanan tengah hari.
Azan zohor pun berkumandang.
Dan saya pun nak cepat. Segera beli tiket 2 hala.
X tanya "Nak pergi mana-mana lagi?"
"takde.." walaupun niat di hati nak potong rambutku yang panjang mengurai.
Tapi X sibuk, taknak kacau dia.
Dalam perjalanan, terserempak dengan cik polis.
Kami diam. Tiba-tiba saya jadi panik.
Kenapa?
Baru teringat, motorsikal cik X bermasalah.
Plat motornya - dua digit angka akhir tertanggal (sejak semester 2 2009/2010)
Dalam hati: "Ya Allah.."
"PINNN!!" cik polis membunyikan hon.
Habislah.
Kami pun berhenti tepi jalan.
Polis: Bila platnya tertanggal?
X: 2 hari lepas (pandai2lah nak kelentong..)
Dan disaman.
Tapi disebabkan belum key-in data pada jam tersebut, dan hari tersebut kaunter bayar saman ditutup, kami terpaksa bayar hari lain.
Info:
Balai Polis Skudai terletak bertentangan Skudai Parade.
Kawasannya dekat2 masjid jamek.
Nampak masjid, nampaklah balai polis tu.
Kami pun segera ke kedai motor, dan menampal angka yang hilang.
"Berapa?" tanya X.
"RM1" jawab rang kedai.
Hanya kerana RM1, X menerima surat saman daripada polis.
Benda 30 minit jadi 4 jam.
Pengajaran kepada semua (termasuk diri ini)
- Jangan amalkan sikap bertangguh.
Masa itu lightsaber (macam cerita Star Wars)
0 comments:
Post a Comment