July 16 2022, 9.54 pm
Dari bahagian kaca luar pintu kayu tu, saya nampak kelibat seorang wanita. Dia sedang berdiri membelakangi saya. Bertudung merah dan berbaju merah. Dan mungkin memakai seluar jeans. Saya tak pasti.
Agak lama juga saya berdiri di luar pintu sambil memerhatikan dia. Saya pun cuba untuk susun ayat, sebab saya pun tak tahu apa yang saya nak bualkan dengan dia.
Kemudian dia berjalan ke meja lain, dan kali ni, boleh nampak mata dia, walaupun tengah pakai 'facemask'. Tapi saya sendiri pun tak pasti adakah itu benar-benar 'dia'.
Saya intai ke bahagian kanan makmal tu. Trainer saya sedang khusyuk pandang apa entah kat laptop dia. Mungkin saya patut cuba tanya trainer saya tu. Gila segan kalau orang yang saya nak tegur tu bukan orangnya.
Saya ketuk pintu. Trainer saya pandang saya. Dan saya perasan 'budak' tu tak toleh ke pintu. Dia tetap fokus dengan kerjanya. Saya pun masuk ke dalam makmal tu, dan berjalan mendekati meja trainer saya.
Saya tanya trainer (sambil berbisik), adakah 'budak' tu bernama ini. Trainer saya kata ya.
Saya pandang ke arah perempuan tadi tu, dan mula berjalan ke arah mejanya. Bunyi tapak kasut saya yang kuat tu memang satu makmal tu boleh dengar.
Dia pun berhenti membuat kerjanya, dan mula memandang ke arah saya. Dari riak matanya, saya tahu dia tergamam bila nampak saya.
Dan dia menyebut nama saya. Dan saya mengiyakan.
"Dia senior saya masa kat UTM!" katanya kepada trainer kami. Trainer kami pun terkejut. Tak sangka dalam 2 kelas berbeza yang dia ajar, rupa-rupanya ada 2 student dia yang berkongsi background yang sama.
Sama universiti. Sama kolej kediaman. Sama biro dan kelab. Dan setiap kali nak naik sem balik je, mesti kami bertembung dalam bas yang sama, pada tarikh yang sama, dan pada masa perjalanan yang sama. We've been through lots of things together in the past. Saya akan naik bas dari Klang Sentral untuk ke UTM Skudai tu, yang mana bas ni akan berhenti di stesen bas Shah Alam. Kat sinilah dia akan naik bas, dan dua-dua pun terkejut sebab tak sangka akan bertembung dalam bas tu. Benda ni dah jadi beberapa kali, dan kami tak pernah rancang pun benda ni. Di stesen Shah Alam tu pun, biasanya ada mak cik yang akan naik dari satu bas ke satu bas sambil juat sticker al-Fatihah. Saya selalu perasan yang junior saya ni akan beli dari mak cik tu, sebab nak tolong mak cik tu.
Kat bangunan tu, dia merupakan pelajar batch pertama, dan saya pelajar batch kedua. Kami belajar subjek yang sama. Cuma batch pertama ni start awal sebulan. Habis belajar, dia buat internship kat makmal tu. Dan saya pulak ponteng kelas untuk luangkan masa dengan dia.
"Lama menghilang" kata saya.
"Lama menghilang? Taklah, ada je kat sini. Dia tu yang lama menghilang." jawab dia.
Saya ketawa.
Saya tarik kerusi, dan duduk sambil menghadap dia yang tengah berdiri buat kerja kat briefcase tu.
"9 tahun tak jumpa. Apa cerita?" tanya saya.
Memang betul. Sejak Disember 2013, saya berpindah rumah dari Kampung Delek dan secara rasminya tutup akaun facebook saya, dan mula block banyak nombor kenalan saya dari UTM (Universiti Teknologi Malaysia), KMK (Kolej Matrikulasi Kedah), dan SMKTG (SMK Telok Gadong). Saya tinggalkan semuanya tanpa ucapan selamat tinggal. Saya nak mulakan hidup baru. Saya nak lari dari masa silam saya.
Kali terakhir saya dilihat oleh kenalan saya ialah pada Oktober 2013, iaitu hari konvokesyen untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Sejak tu, memang takde siapa-siapa pun pernah ternampak atau dengar berita tentang saya. Saya stay low dan betul-betul hilang dari radar. Saya juga sedaya-upaya elakkan nama saya dapat dicari menggunakan Google. Hanya blog ni je satu-satunya 'harta' kat internet ni yang saya tak pernah kunci dan boleh diakses oleh sesiapa je. Dan hanya kenalan yang ingat saya sebagai blogger je tahu nak cari saya di sini.
Kali terakhir saya bertemu dia, saya rasa bukan bulan Jun 2013. Rasanya, dia dah pergi Latihan Industri, dan saya masih di UTM nak submit tesis. Saya pun tak ingat terikh tepatnya bila last saya jumpa dia. Waktu nak konvo pulak, saya sepatutnya kena ambik jubah lebih kurang seminggu sebelum konvo. Bukannya boleh ambil jubah hari yang sama pergi konvo. Kat situ je dah keluar duit tambang. Daripada buang duit, saya try la nak mintak tolong orang kat UTM untuk ambikkan.
Tapi siapa ye yang sudi tolong saya? Saya tengok senarai nama junior dalam telefon saya. Start dengan huruf A. Lepas tu terpandang nama junior saya yang sorang ni la. Boleh ke tak ya mintak dia ambikkan? Dulu pernah la jugak tolong dia bagi report Latihan Industri dan borang untuk FYP/PSM kat dia melalui facebook. Agak-agaknya kalau mintak dia ambikkan jubah, boleh tak? Saya cuba belek lagi nama lain. Bersepah je nama junior lelaki yang lain.
Tapi, cuba je la tanya budak perempuan ni. Mana tau dia sudi nak hulurkan tangan.
Tengok-tengok memang dia sanggup beratur. Terharu la jugak. Cuma saya sendiri pun pelik dengan apa yang berlaku. Saya dengan junior saya ni taklah rapat mana pun. Kitorang jumpa pun time ada aktiviti kelab dan biro. Tu je. Kenapa ya saya nak menggatal sangat mintak tolong orang perempuan? Ramai je junior lelaki yang saya kenal. Lagilah pelik sebab dia sudi tolong.
Dia ambikkan jubah saya, tapi pada hari yang sepatutnya saya ambil jubah tu daripada dia, dia pulang ke kampung. Jubah tu, kawan dia pegangkan dan bagi kat saya. Oktober 2013, kami tak bertemu.
Saya pun hantar mesej kat dia, terima kasih sebab ambikkan jubah. Dia cakap, jangan lupa jemput waktu saya kahwin nanti. Itulah SMS terakhir antara kami derdua.
Sebulan kemudian, saya hilangkan diri.
Dia habiskan belajar kat UTM, sambung master kat universiti lain. Kerja. Sambung balik master. Kerja. Berhenti kerja. Dan belajar kat tempat yang sama saya belajar.
So, we meet again. After 9 years.
Saya mula bercerita tentang diri saya apa yang berlaku sejak 9 tahun lepas. Dia kata dia dah tahu semuanya, sebab dia baca blog saya ni. Silent reader rupanya. Entah-entah ramai je lagi silent reader kat sini yang sebenarnya kenalan saya.
"Dah berapa orang anak?" tanya saya.
"Tiga"
"Lajunya! Suami orang mana?"
Senyap. Lepas tu dia ketawa. "Belum kahwin la. Tu tiga anak saudara."
Terkejut saya. Saya pernah nampak kat instagram dia (ya, saya suka stalking orang walapun tak contact diorang) yang dia pegang tangan budak. So, saya ingat tu anak dia. Kalau tu anak dia, siapa pulak suami dia? Saya cuba cari siapa suami dia. Tak jumpa. Memanglah tak jumpa, sebab suaminya pun belum wujud lagi. Betuah betul budak ni. Hidup-hidup kena tipu dengan gambar instagram.
"Belum kahwin.. Samalah kita..."
Tiba-tiba suasana jadi senyap selama setengah minit. Takde siapa pun antara kami yang bercakap. Kekok kut dengan perbualan tu. Saya rasa dia dah expect saya nak tanya apa, dan rasanya dia pun tahu perbualan ni akan ke arah mana, but we choose to keep it silent. At this point, I don't want to lose anyone anymore.
Trainer kami pun pasang telinga je dengar perbualani kami ni. Dia dah standby nak ketawa.
Somehow, I feel relieved to meet her personally. Dalam 9 tahun saya larikan diri daripada semua orang, saya pilih untuk muncul depan dia sorang je. Dia tahu banyak sejarah silam saya, and it's been a while I'm having a very deep conversation with someone else. Kawan tempat kerja is kawan tempat kerja. But sharing stories with someone from the past who knows lots of things about us is totally a different feeling. It's kind of a bond that I've lost for years.
Kami masih berhubung sampai hari ni walaupun tak bertemu secara bersemuka. Seronok sebenarnya bila ada seseorang yang saya boleh kongsi macam-macam cerita. Dan yang paling penting, dia takkan menghakimi kita. Dia tak perlu persoalkan kenapa saya menghilang secara tiba-tiba. Dia tak pernah kata apa yang saya buat ni salah. Dan dia hormati apa yang saya buat. Dia tahu saya perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri.
Kepada kenalan-kenalan saya yang lain...
Saya sebenarnya takde jawapan konkrit kenapa saya menghilangkan diri secara tiba-tiba. Mungkin saya tertekan dengan apa yang berlaku sejak Latihan Industri dulu. Dan peristiwa cuti sem Januari 2013 tu. Dan sedikit sebanyak membuatkan saya berubah menjadi lebih senyap berbanding sebelumnya. Tahun akhir tu, saya memang dah pasang niat untuk hilang selepas habis belajar kat UTM. Dan itulah saya betul-betul buat selepas konvo.
Memang ada SMS dan Whatsapp yang masuk ke phone saya selepas tu. tapi saya pilih untuk diamkan diri. Saya baca mesej-mesej kalian. Cuma tak pernah reply dan block nombor tu. Saya tahu banyak hati yang terluka. Tapi saya belum bersedia untuk bertemu kalian. Saya minta maaf. Cuma junior saya ni je yang saya beri peluang untuk bertemu dengan saya buat masa ni. Dan mungkin, kalau saya boleh namakan sorang je lagi untuk bertemu secara bersemuka, saya cuma boleh namakan Kak Nafisah je. Itu pun saya tak tahu apa yang saya nak bualkan dengan dia. She was the closest person I ever have in UTM. Tempat saya berkongsi macam-macam cerita dan selalu mintak nasihat. She was there when the whole world hates me. So, until then, I'm still remain silent for a while.
0 comments:
Post a Comment