July 27 2021, 8.15 pm
Tempoh 12 minggu antara 2 dos disingkatkan menjadi 9 minggu bagi AstraZeneca, mengikut kajian yang diorang buatlah. Kami sekeluarga cucuk hari ni.
Masa dos pertama, 2 jam selepas dicucuk barulah rasa lenguh bahu. 6 jam selepas tu baru rasa demam. Saya makan ubat demam 2 kali makan malam & sebelum pergi kerja esoknya. Petang hari kedua saya dah okay. Beza antara saya dengan ahli keluarga saya ialah saya paling cepat sembuh. Satu keluarga saya ambil MC, kecuali saya sorang je. Mungkin imuniti badan saya sangat-sangat kuat sampai selama 6 tahun bekerja, saya belum pernah ambil MC. Masa sekolah dulu pun hampir tiap-tiap tahun dapat sijil kehadiran penuh.
Dos kedua ni prosesnya sangat laju. Tak payah keluarkan MyKad pun. Tulis satu borang, sign, pergi beberapa kaunter dan cucuk. 15 minit dah settle. Kami pun pulang. Beza dengan dos pertama ialah selepas disuntik terus rasa lenguh. Yang ajaibnya, selepas hampir 12 jam dicucuk, kami masih belum demam. Atau memang tak demam? Saya tak tahu. Dengar cerita dos kedua lagi teruk demamnya. Tapi takde apa berlaku kepada kami sekelurga. Mungkin imuniti badan kami terlalu kuat. Alhamdulillah.
Anyway, bulan depan dah boleh walk-in ke PPV tertentu. Sesiapa yang belum dapat appointment bolehlah ke PPV tu. Tak kisah la vaksin tu brand apa. Ambil je supaya kita dapat capai imuniti kelompok dan bebas keluar rumah tanpa perlukan face mask lagi.