May 26 2021, 11.53 am

Pada 2 Mei lepas, pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka kepada umum yang tinggal di Selangor & KL. Ada 4 PPV, dan hanya ada satu sahaja kat Selangor

Pendaftaran dibuka jam 12 pm, tapi sebenarnya terjumpa flaw dalam sistem ni - sistem ni dibuka jam 11.58 am sebenarnya. Saya mungkin antara yang pertama kat Malaysia yang berjaya tembus sistem ni disebabkan kesilapan teknikal ni. Pukul 11.59 am saya dh check out dan jam 12 pm website tu crash disebabkan trafik yang melampau-lampau tingginya. Saya senyum je sebab berjaya rebut tempat 2 minit awal daripada orang lain.

Selepas sejam, barulah saya berjaya daftarkan untuk adik perempuann saya, mak saya, abang saya dan adik lelaki saya. Kami berlima daftar untuk 26 Mei di IDCC Shah Alam. Saya dan adik perempuan jam 9 pagi. Mak saya 9.30 am dan abang dan adik lelaki saya 10 am.

Kami berlima dah divaksin. Sakit sikit je waktu cucuk. 2 jam selepas dicucuk baru rasa lenguh lengan kiri.

Tengok la dulu perkembangan dalam 30 hari ni.

Nasihat saya, ambik je apa-apa vaksin yang terhidang depan mata tanpa mengira jenama. Selepas dos kedua, semua vaksin boleh dikatakan setara keberkesanannya. Kita tak banyak masa sekarang dan dikhuatiri muncul varian yang lebih kuat. Wujudkan kesedaran kepada orang sekeliling kita untuk divaksin dan mencapai 75% daripada rakyat Malaysia divaksin atau imuniti kelompok dan bakal menjadi 'payung' untuk melindungi mereka yang belum kuat imunitinya.

Lagi cepat kita capai herd immunity, lagi cepat kita boleh longgarkan SOP, angkat semula PKP ni, buka pintu sempadan seluasnya-luasnya dan hidup tanpa perasaan takut kepada Covid-19.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...