May 13 2019, 7.35 am
For some unknown reasons, it's extremely easy for me to wake up at 5 am rather than 6 am. And it's been going on since Ramadan last year.
Maksudnya, dah setahun sebenarnya saya tak terlepas solat subuh. Pelik kan? Ke sebab saya makin berusia dan makin kurang tidur?
Saya ada tanya mereka yang berusia beberapa tahun lebih tua daripada saya. Diorang cakap diorang pun kadang-kadang terlepas subuh. Lagi-lagi waktu bukan hari bekerja.
Zaman belajar kat matrikulasi dengan universiti dulu pun selalu je terlepas subuh. Even time kerja pun sama, lagi-lagi hujung minggu.
So, I don't really know what actually happened to my biological clock.
Mungkinlah, saya rasa, dalam hidup ni, kalau kita ada sesuatu untuk diperjuangkan, kekuatan dalaman tu yang buat kita untuk terus hidup dan bangun dari tidur seawal mungkin.
Kalau baca biografi orang-orang berjaya kat dunia ni, sebenarnya diorang ni jenis bangun awal. Steve Jobs bangun 4 pagi untuk baca buku. Steve Wozniak pergi kerja pada awal-awal pagi untuk baca majalah teknologi sebelum mulakan kerja. Elon Musk susun jadual dia tiap-tiap pagi dan meeting sambil makan tengah hari. Multitask. Kesimpulannya, orang yang berjaya ialah orang yang pandai urus masa.
Jadual hidup saya, lepas bangun tidur, saya akan mandi, sarapan atau sahur, solat Subuh, main game online, pumping, panaskan enjin kenderaan (kalau ada masalah, kita boleh bertindak awal - inform bos kenderaan rosak, etc), pumping, tolong mak basuh baju, buang plastik sampah dalam tong sampah luar rumah, kemas meja laptop, dan baca buku atau study. Saya sempat buat semua ni sebelum pergi kerja. Waktu cuti hujung minggu pun macam ni la rutin harian saya.
Saya takde apa-apa tips untuk bangun awal, tapi saya sarankan belajar untuk tidur awal.
~nc~
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment