April 30 2018, 8.08 pm
Nama balai cerap ni Kompleks Baitul Hilal. Balai cerap ni sebahagian daripada Hotel Klana Beach Resort.
Ada dua jenis sesi cerapan - cerapan matahari (3-5 petang) dan cerapan bintang (10 malam-12 pagi) - bergantung kepada cuaca. Satu sesi ni RM10 seorang dan bayaran boleh dibuat di kaunter di lobi hotel.
Saya sempat tengok cerapan matahari, dan ada satu teleskop bersama dua view - first layer dan second layer. I think the second layer is corona or something. Kata student USM tu (budak praktikal yang jaga dan ambil data sesi tu) sekarang ni tak banyak sunspot. Sebab tu tak berapa panas.
Kepada yang tak faham, aktiviti kat matahari ni dikaitkan dengan jumlah sunspot. Lagi banyak sunspot, lagi panas matahari tu. Sebenarnya sunspot ni ada cycle yang berlaku selama 11 tahun. Ada yang mengaitkan sunspot ni bagi kesan kat perubahan iklim dunia. Ilmu saya tak sampai lagi la nak ulas pasal ni.
Actually seronok jugak bersembang dengan budak tu sebab kitorang ada minat yang sama. Saya pun tak tahu sejak bila saya suka main videogame pasal angkasa lepas macam No Man's Sky, kemudian baca buku pasal planet, satelit dan bintang yang ada kat atas sana. Memang menarik.
Sesiapa yang ada minat dalam bidang astronomi, boleh la cuba datang sini.
~nc~
0 comments:
Post a Comment