18 Februari 2012
11.46 am



Masa kecik, saya suka tidur kat rumah sedara.
Kenapa? Boleh main komputer dengan sepupu sepanjang hari. Haha.

Tahun 2000. arwah abah beli komputer.
Benda pertama yang kami adik-beradik fikir ~  G A M E
Mula dengan Pinball (Windows ME).
Kemudian sepupu saya kongsi CD game.
Emulator King ~ Emulator untuk SNES (Super Nintendo Entertainment System)
Emulator = Software yang membolehkan kita main dari platform selain PC.
*Macam main game PS3 dalam komputer.

SNES, 1990-2003
Some Favourite games:
Harvest Moon. The first in the series.
Final Fantasy II ~ Beberapa tahun kemudian, dikenali sebagai Final Fantasy IV.
Dinamakan II sebab Final Fantasy kedua yang dijual ke pasaran anatarabangsa.
(Tapi sebenarnya yang keempat di Jepun)
Cerita pasal Cecil the Dark Knight yang kemudiannya menjadi Paladin. Dan selamatkan dunia. (Biasalah tu..)

Final Fantasy III.
Kat Jepun, dikenali sebagai Final Fantasy VI.
FF yang kelima tidak menemui gamers antarabangsa.
Donkey Kong Country 2: Diddy's Kong Quest.
Donkey Kong Country
Tahun 2001 (kalau tak silap), abang saya belikan Game Boy Color.
Game Boy Color

Favourite games:
Pokemon Gold. Ho-oh sebagai makot untuk versi ni.
Pokemon Blue. Blastoise sebagai maskot untuk box-art cover.
Lebih kurang RM200 habis untuk benda-benda ni. Sangat mahal untuk budak darjah 5 dan tingkatan 1.
Lepas terkantoi dengan abah, abah pun 'rampas' game boy kitorang. Tak bagi main, sebab nak kami fokus kat pelajaran. Abah bagi main time cuti panjang je.
Tapi kitorang ni lagi pandai. Abah sorak game ni kat mana-mana pun, kitorang jumpa je.
Selongkar sana-sini, terus ambik. Dah jumpa, kena diam-diam je la. Jangan kantoi lagi sekali. Haha.

Sekitar tahun 2002 (Darjah 6, lepas UPSR), kami adik-beradik mula beralih-arah kepada emulator game PlayStation, atau PS.
Masa tu guna emulator CVGS ~ Connectx Virtual Game Station.
(Emulator ni boleh main game PS)
Fav games:
Digimon World 2
Final Fantasy VII
Cloud Strife!!
Samai sekarang belum kalahkan Sephiroth.
Tapi party dah Level 70++. Ada masa lapang nak habiskan game ni.

Final Fantasy VIII.
Love Story between Squall Leonhart and Rinoa Heartily.
Game FF pertama yang berjaya saya habiskan.

Tales of Destiny II
Game ni habis sebelum saya ambik PMR

Demam emulator GBA (ame Boy Advance) pun bermula, sekitar tahun 2006.
Saya guna emulator VBA(Visual Boy Advance) untuk main game GBA.
Fav games:
Final Fantasy VI Advance.
Sama je dengan yang versi SNES (FFII) tapi dah tambah  sikit2 je la.

Pokemon Ruby/Sapphire
Game GBA pertama yang kami adik-beradik main

Final Fantasy Tactics Advance

Super Mario Advance 2: Super Mario World
Metroid Fusion
The Legend of Zelda: The Minish Cap


Kemudian beralih arah kepada emulator ePSXe (sekitar 2007, sebelum SPM).
Lebih stabil daripada CVGS.
Masih main game PS.
Final Fantasy IX
Digimon World
Tahun 2008, sebelum masuk matrik, try download emulator Nintendo DS.
Nak sangat main Digimon World DS.

Nintendo DS


Digimon World DS
Bila dah ada laptop sendiri, (dah duduk universiti, tahun 2009) saya pun main lebih banyak game DS.

New Super Mario Bros
Pokemon HeartGold & SoulSilver.
Revamped untuk Pokemon Gold dan Silver untuk GB Color dulu.

Mario and Luigi: Bowser's Inside Story
The Legend of Zelda: Spirit Tracks
The World Ends With You.
Game DS terbaik tahun 2008
And the list goes on.....

Lepas tu beralih pulak untuk game PS2.
Guna emulator PCSX2.

PS2


Final Fantasy X
Kingdom Hearts
Kingdom Hearts 2
Final Fantasy XII
Tahun 2011, dah ada PS3 kat rumah.
Tak lagi main kat emulator. Haha.

PS3


Final Fantasy XII
Ratchet & Clank: A Crack in Time

Ni je game PS3 yang saya main. Lain-lain tak minat.

Saya saje je nak abadikan koleksi ni kat blog ni.
Satu hari nanti kita tetap jadi tua.
At least ada la jugak benda yang nak dikenang masa muda-muda dulu =)





18 Februari 2012
1.35 pm

Akihabara


Konnichiwa!!

Pelajaran 8 ~ Kana 2

Pelajaran 9 ~ Kata Ganti nama



Jom belajar beberapa perkataan baru sebelum kita belajar membina ayat.

Mereka 
それら     sorera


Saya (lelaki, tidak formal)
ぼく     boku


Saya(perempuan, tidak formal)
あたし     atashi


Awak
あなた     anata


Kami
わたしたち     watashitachi


Gunakan perkataan formal apabila merujuk kepada orang yang berada pada tahap yang lebih tingi daripada kita (bos, guru, orang tua, etc)
Untuk yang lebih muda (kawan, etc), kita boleh gunakan perkataan tidak formal.

Nota: kebanyakan perempuan masih menggunakan watashi berbanding atashi.

Dan agak kurang sopan untuk merujuk seseorang menggunakan 'Dia'.
Sebaiknya sebut nama orang tersebut.

Dia (lelaki)
かれ     kare

Dia (perempuan)
かのじょ     kanojo

Mereka (lelaki)
かれら     karera

Mereka (perempuan)
かのじょたち     kanojotachi

Kamu (jamak atau ramai)
あなたたち     anatatachi


Akihabara


Konnichiwa!!

Pelajaran 7 ~ Bulan

Pelajaran 8 ~ Kana 2


Kali ni kita akan belajar hiragana yang bermula dengan S dan T.

Set S

sa      さ
shi     し
su      す
se     せ
so     そ


Apa yang berbeza dengan set ni?
Karakter kedua, shi     し berbunyi "sh", berbanding karekter lain yang berbunyi "ss".

Begitu juga dengan set T.


ta       た
chi     ち
tsu     つ
te       て
to       と

Karakter chi     ち dan tsu     つ tidak berbunyi seperti "T".

Dakuten juga berfungsi untuk karakter S dan T.
Untuk "S", ia akan berbunyi 'z', dan "T" akan berbunyi seperti 'd'.

Tetapi,
shi     し akan menjadi ji     
chi     ち akan menjadi ji    

tsu    つ akan menjadi zu  


Dakuten

za     ざ 
ji       じ
zu     ず
ze     ぜ
zo     ぞ

da     だ
ji       

zu    
de     で
do      ど



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...