Beberapa buah buku dan helaian kertas dah mengambil segenap ruang katil yang dilitupi cadar biru. Nak letak kepala kat bantal pun dah tak boleh. Meja study pun dah bersepah dengan kotak pensel, alat tulis, jam tangan, kalkulator, songkok, botol kismis dan kertas A4 70 gsm. Bertemankan lampu kalimantang yang terlekat di dinding, memancarkan cahayanya yang hidup segan mati tak mahu.
Rasa dah penat sangat bukak buku sejak malam Sabtu. Tiga test bakal menyusul minggu ni. Haru hidup aku!
Kadang-kadang rasa nak give up bila ambik engineering.
Kenapa nak sangat ambik engineering? Saya tengok kawan-kawan yang tak ambik
engineering (dan medic) taklah haru sangat hidup diorang. Enjoy semedang. Ceria
belaka… tak ke? Tapi tu lah hidup. Ada kemanisan dalam kepahitan. Ada glucose,
aspartame dan saccharine dalam potassium cyanide.
Maybe, this little fuzzy, frenzy and pain of my life is much
much much more sweeter than years to come. Waktu tu, dah pegang title ‘dewasa’.
Menghitung bilah-bilah hari terakhir usia muda dan bakal menjengah masa tua.
Sekadar menanti nyawa direntap dari jasad. Tak fikir lagi soal duit dan
segunung harta yang dikumpul macam Firaun. Barulah terfikir tentang amal
ibadat. Check and balance dosa dan pahala. Takkan nak cari sejadah bila dah
pencen, kan? Itu pun KALAU sempat….
Celik mata, mandi, solat subuh study sampai 8 pagi. Break,
beli roti atau keropok kat Azah (kedai runcit) dan jadikan brunch
(breakfast+lunch). Sambung study. Pukul 11 tidur. Bangun sebelum Zohor, dan
solat. Sambung study sampai 4 petang. Soalt Asar. Study lagi. 5.30 pergi K9,
makan malam (walaupun masih petang). Study lagi. 6.30 petang mandi. 7 malam
solat Maghrib. Study lagi. Solat Isyak. Dan study sampai 11 malam. Dan mula
tumbang ke katil. Simple, kan? Ini jadual saya setiap Sabtu dan Ahad. Boleh
putus fius kepala ni.
Disebabkan rutin hidup saya yang sangat2 compact, saya
jadikan novel-novel Hlovate sebagai teman tatkala sunyi tertekan. Sekarang dah
hampir-hampir pertengahan novel aA+bB. Terguling-guling ketawa. Novel tu
sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar hidup bergelar ‘dewasa. Waktu tu la
sibuk kerja, kerja, kerja dan jarang duduk rumah. Dan orang rumah pun sama-sama
sibuk keluar rumah. Tapi kasih saying masih wujud antara Nur Addin Shah dan
Benz Alif. InsyaAllah saya buat review tentang buku ni bila-bila ada masa
terluang (KALAU ADA).
Ok.Sampai sini sahaja coretan saya kali ini. Sekadar melepas
rindu untuk mengupdate blog yang semakin bersawang. InsyaAllah hujung minggu ni
saya dah mula lapang, dan paru-paru ni pun dah boleh bernafas dengan baik dan
tanpa bantuan trakea plastik (yang dipakai sepanjang musim test ni).
Sekarang ni pun sekadar mengoyak senyuman plastik je. Tak
enjoy sangatlah akhir-akhir ni. InsyaAllah diri ni akan terus senyum dan ketawa
umpama suria yang memancarkan sinarnya mencecah petala langit kelapan. Sparkling
the highest celestial.
May Allah bless.
11 Disember 2011, 8.54 pm
11 Disember 2011, 8.54 pm