9 Mac 2010

Aku masih tertanya-tanya..
Siapa aku satu masa nanti?
Secara jujurnya aku sangat suka membaca..
Dan aku mula menulis..
Dan mengarang..
Entah sejak bila aku mulakan sesuatu yang memerlukan kreativiti..
Aku sangat suka kepada seni..
Adakah aku tersilap memilih jurusan?
Aku sangat cintakan Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan pada zaman persekolahan dahulu..
Aku akui ilmuku sukar ditandingi sahabat-sahabatku..
Mereka amat mencemburuiku..
Aku pernah menangis kerana tersisih..
Aku pernah kesunyian kerana mengejar ilmu..
Segala-galanya aku lakukan sendiri..
Banyak pengorbananku terhadap ilmu..
Dan kejayaan datang menerpaku..

Ilmu yang membawaku terbang ke utara dan selatan..
Namun hatiku terasa kosong..
Aku tak punya apa-apa selain ilmu..
Dan aku semakin hilang minat untuk belajar?

Mengapa?

Aku tidak tahu arah tuju hidupku..

(Baca lagi..)

5 Mac 2010

Malam tadi saya bertugas sebagai pengerusi majlis untuk Perjumpaan bersama Felo Kolej Tuanku Canselor. Ini merupakan kali kelima saya bertugas di hadapan pentas. Kali pertama ialah majlis penyampaian hadiah IHRAM (Ihya' Ramadhan). Saya gugup sampai dua kali baca al-Fatihah pada permulaan majlis. (hahaha). Kemudian saya bertugas pada waktu yang sama pada keesokan harinya, iaitu majlis yang sama (untuk pertandingan hari Ahad) dan saya bersetuju menjadi pengerusi majlis untuk majlis penutup IHRAM. Dua majlis dalam sehari. Tapi pengalaman inilah mengajar saya untuk tampil ke pentas. Saya jarang naik pentas sejak zaman persekolahan. Saya akan naik sekadar mengambil hadiah atau sijil.
Sejak peristiwa tersebut, saya mula sedar, saya mampu berucap di khalayak ramai. (Kalau ada teks.. hihi..). Pengalaman yang memberi saya lebih bamyak peluang untuk mengetahui potensi diri. Malam tadi saya tidaklah segugup kali pertama saya berucap, walaupun ada kekurangannya. Saya geli hati apabila felo menegur saya "handsome" kerana memakai baju Melayu lengkap serta bersampin. Memang jarang saya memakai sampin. Setiap kali pakai, ada saja yang mengusik. "Hari ni ada orang nk bernikah..". :)
Tapi itulah keseronokannya. Kita belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang kita takkan dapat dalam bilik kuliah. Saya seorang yang pendiam dan pemalu sejak di bangku sekolah (yeke?) tapi banyak perubahan yang berlaku sejak saya menyambung pelajaran di sini.. Mungkin di sinilah saya akan mula menempa nama sebagai seseorang..

(Baca lagi..)

2 Mac 2010

Semalam saya agak keletihan.. Kelas tamat jam 7.05 malam.. Saya bergegas meninggalkan kelas untuk ke MSI (Masjid Sultan Ismail). Saya mahu berbuka puasa di sana. Ada iftar anjuran PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) UTM. Hanya beberapa minit sebelum Maghrib. Hari yang sangat meletihkan..

Hari ini kelas tamat jam 4 ptg. Selepas Asar sepatutnya saya mahu memohon pertolongan senior untuk mengedarkan buletin. Tapi hanya ada beberapa orang sahaja yang hadir. Keseluruhannya, apa yang saya harapkan tidak dapat dijalankan dengan baik. Seorang daripada mereka menyarankan saya mendapatkan pertolongan Tahun Satu. Ya, saya terlupa tentang mereka.

Poster untuk Kempen Budaya Endah belum naik.. Saya risau.. Itu antara perkara besar untuk mengiklankan aktiviti KBE. Tapi soal pengesahan yang buat kerja ini tertangguh. Dan program semakin hampir. Hanya Dia yang tahu gusarnya hati ini..

(Baca lagi..)

2 Mac 2010

Pengalaman pertama menulis blog. Saya pun belum tahu nak tulis apa.. Anyway, saya tulis apa yang terlintas dalam kotak fikiran saya.. Saya seronok baca blog senior-senior dan sahabat-sahabat saya. Saya juga pernah terbaca sebuah buku yang menyatakan menulis blog antara langkah terawal menjadi penulis. Saya belum pasti tentang cita-cita saya, tapi saya mulakan dengan yang kecil ini. Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang kisah hidup saya. Mungkin juga sekadar coretan ringkas. Mungkin juga menjadi pengajaran kepada diri ini dan anda semua..

(Baca lagi...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...