21 September 2011, Rabu

Selepas berwuduk, saya masuk ke dalam surau S01.
Cermin mata diletakkan dalam kocek seluar.
Dunia kabur untuk seketika dek kerana rabun jauh.

Langkah saya terhenti.
Sebuah susuk tubuh yang agak "familiar" datang mendekati saya.
Sama seperti dulu. Berpakaian kemeja-T hijau.

"Lampu kat sini rosak ke?" tanya beliau.

"Macam biasalah, Abang Arif."

Naqib saya kembali ke taman syurga ini.
Saya tak jangka yang beliau akan tiba seawal ini.

*****

"Abang, malam ni saya ada kelas. Sori ye tak dapat cakap lama-lama."

"Kelas apa?"

"Mikro-P" (singkatan untuk Microprocessor)

Saya pun bersalam dengan abang Arif, yang sedang duduk di sebelah Pak Lang.
Sedang menonton perlawanan bola sepak selepas solat Maghrib di S05.

Malam itu, beliau akan tidur "berjemaah" bersama Pak Lang dan Fahmin.

Entah siapa akan muncul selepas ini.

Dan blok ni mesti riuh rendah dalam dua tiga hari ni.

*****

Tamat sahaja kelas, saya kembali ke S05.
Pensyarah saya, Encik Kamal Khalil hantar saya pulang ke blok ni. Haha.

Terdengar suara "seseorang".

"Abang Wafi!"
Beliau baru tiba dari Senai, dan terus ke UTM.
Macam biasalah, beliau akan merapu-rapu dan buat kami ketawa sampai pecah perut.

Kedua-dua senior ni dah kepenatan.

Esok, lebih ramai yang akan muncul.
Saya pun jadi seronok!



Sebuah keluarga besar akan berkumpul semula di S05.
******

22 September 2011, Khamis

Saya turun ke bilik 205.
Mencari Pak Lang dan Fahmin untuk ajak mereka berbuka puasa.

Terdengar dua suara di sebalik pintu.
Saya berhenti untuk "eavesdropping",

"Eh, "diorang" pun dah sampai!" bisik saya, perlahan.

Pintu dikuak dari dalam.

Saya bertentang mata dengan mereka berdua.
"Eh, Cap pun ade!!" kata abang Izmar.
"La.. Acap ka..." kata abang Faruqi.

Kami pun bersalam.

Abang Faruqi berjalan dari Kedah ke Seremban, iaitu rumah abang Izmar.
Dan mereka berdua bergerak ke UTM.
Waktu tu, sekitar 5.30 petang.
Kata mereka, mereka bertolak dari Seremban, dalam jam 2 petang.

Maknanya, senior-senior ni belum bersua muka dengan yang tiba semalam.

****

"Fahmin, puasa tak?" tanya saya.
"Puasa. Jom buka sama-sama."
"Kat mana?"
"Nasi kukus ayam, ayam penyet, Stuko (Student Corner), etc"

"Kitorang nak join." kata abang Izmar, yang sememangnya tak puasa.
Begitu juga abang Faruqi.
Orang musafir, kan? Mesti penat.

Kami bertiga (abang Izmar, abang Faruqi dan saya) naik kereta abang Izmar.
Fahmin menunggang DAG 1129-nya ke gerai PMI untuk urusan kerja.
Beliau akan mengikuti kami berbuka di gerai nasi kukus ayam.






*****

"Aku Ustaz! Aku wali! Mestilah aku puasa!!" jerit abang Wafi.
Tangan beliau memegang cawan berisi air bandung yang hanya tinggal setengah cawan.
Kami semua ketawa sekuat-kuatnya.
Bertentang dengan saya ialah abang Sham, yang entah bila sampainya.
Mungkin tengah hari tadi.

Dari kanan saya, abang Faruqi, Pak Lang, Abang Arif, Abang Wafi, Abang Sham, Abang Izmar dan Fahmin.
Berkumpul bersama di dua meja empat segi.
Dan makan hidangan yang sama.
Semuanya tak berpuasa, kecuali tiga junior ni.

Empat bulan tak bersua muka, sekadar berbicara menerusi buku muka.
Dan kerinduan itu terubat hari ini.

Pastinya mereka akan kenang saat ini sampai bila-bila.
Terima kasih kepada Miss Ciel saya yang sempat "membeku" detik bermakna ini.




*****

Maghrib. Berjemaah di Masjid Intan Abu Bakar.
Berdiri dalam saf yang sama.
Fahmin sebagai imam.
Saya berdiri antara abang Arif dan abang Izmar.
Rindu suasana ni.
Lepas ni, memang susah untuk kami semua berkumpul pada masa yang sama.

*****

Malam, lepas Isyak.
Perjumpaan pertama ahli-ahli baru KRU.
Disebabkan foreigner nak pakai surau, maka kami terpaksa mengalah.
Perjumpaan bertukar dari surau S01 ke gelanggang bola tampar.




Saya pun berjalan ke gerai tapak konvo.
Ada Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi.
(Dapat tengok dari jauh je. Tak pergi pun forumnya. Sob2x.. Nak tengok kak Ija..)

Bertemu dengan Abang Firdaus Abdul Rahman, Abang Azim Abdul Jamil dan Abang Nur Azim Fahada Ahmad.
Maka lengkaplah geng KRU+BADAR FKE S05.

*****

23 September 2011, Jumaat.

"Salam. Petang ni free x?" tanya abang Taufik.
"FREE!!"
"Petang ni nak tangkap gambar? Lame tak main kamera ni."
"Jom2!"

Tapi perancangan berubah.

Petang tu saya hanya duduk di bilik.
Abang Taufik berjalan dengan geng2 yang lain.
Takpelah. Diorang lebih perlukan abang Taufik daripada saya.
Jarang berkumpul, kan?

Bilik Pak Lang dan Fahmin tu KONFEM penuh.
Kalau empat orang muat dua katil bersambung, yang lain tido mane?
Mungkin ada yang tido kat lantai, dan ada yang kena tidur kat luar!

*********

24 September 2011, Sabtu.

Tibalah hari yang dinanti.
Konvo untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Abang Taufik minta saya jadi photographer untuk keluarga beliau selepas konvo.
So, saya assume, tugas saya bermula jam 5 petang.

"Jom amik gambar orang konvo kul 10 ni".
Saya tengok jam. 9.30 pagi.
Ahh sudah...
Plan saya nak study sepanjang pagi.
Ada Test Selasa depan.

Takpela. Bila lagi nak main kamera dengan mentor saya, kan?
Abang Taufik pun bermalam di S05 bersama senior yang lain.
Kami pun bergerak ke Dataran Agora.
(Tak tahu nak tangkap gambar ape sebenarnya)
Dan terjumpalah coursemate saya di gerai yang jual bunga.



Semua ni bunga betul. Bukan plastik made in China.
Tahu tak berapa harganya?









Abang Taufik ialah Ketua Jurutek, iaitu persatuan untuk mahasiswa kejuruteraan elektrik UTM.
So, semua yang kat sini memang kenalan beliaulah.

Kami pun pulang ke "markas" (S05 204).
Sempat beli air Nestea untuk dibungkus.

*****

"Wah...."
Saya terkejut. Semua senior dah berkumpul.
Siap dengan kemeja putih dan blazer atau kot.
Seluar slack hitam (kebanyakannya pakai jeans)








Dan bersarungkan topi dan jubah.











TAPI, macam2 masalah muncul.
Ada yang sakit perut la. Berulang-alik ke tandas.
Yang ada semua tapi tak bawak kasut la. Mintak famili hantarkan kasut kasut hitam.
Jubah hilang. Tertukar dengan senior yang lain.
Jubah kedut. Pinjam seterika saya.
Yang tak bawak kemeja putih pun ada. haha.

Abang Hilman pun muncul.












Jam 12, diorang berkumpul depan S05.
Kata abang Abdul Azim Abdul Jamil, "blok keramat"
Satu tahun di sini. Semua berkumpul bersama.




"Acap ikut kereta diorang."
Eh, saya ikut diorang???
Tapi kan, saya kan Tahun 3 je.
Kenapa kena ikut??

"Tolong tangkap gambar kamilah..."
Baru saya paham. Bukan ikut masuk Dewan Sultan Iskandar, tapi bergambar sebelum diorang konvo.
Ok. Semua ni bukan dalam perancangan saya.
Maknanya saya bertugas SEPANJANG HARI.
Penatnyer...

Saya ikut kereta Abang Sham.
Tumpang dengan abang Faruqi dan Abang Hilman.
Parking di P19 dan mula berjalan kaki ke DSI.






Mereka daftar di Student Union  Building, dan sesi bergambar yang rasmi pun bermula.

Lokasi: Bangunan Canselori.



Kami solat Zohor di Masjid Sultan Ismail.
Dan senior-senior pun mula berpecah.


Dapat ke saya tengok diorang berkumpul balik?

*****

Saya duduk di Dataran Agora.
Menonton SEMUA senior-senior FKE.

"Eh, kakak Ana..."
Beliau pakai tudung jingga.
Orait. Sekadar buat pengecaman.

Sebenarnya memang nak tangkap gambar beliau.
Beliau kan antara yang aktif dalam Badar & KRU.
Saya WAJIB tangkap gambar beliau.

Tapi, nombor telefon beliau takda....

"Salam. Kak, nak nombor kakak Ana."
Saya hantar mesej kepada kakak Nafisah.
Dan dapat nombor beliau.

"Salam. Kak Ana, ni Nat Cure. Jap lagi nak tangkap gambar kakak, boleh?"

Dan mesej ini tidak direply.
Salah nombor ke?
Beliau takde kredit ke?

Hampa.

******

Majlis tamat sekitar 5.30 petang.
Saya pun bersolat dulu sementara tunggu mereka keluar dari dewan.








Dan abang Taufik pun muncul.









Abang Taufik pun berbual dengan sahabat di Jurutek.
Saya TERtoleh ke kiri.
Memerhatikan tiga sekeluarga dari jauh.
Seorang wanita memakai topi dan jubah.
Memakai cermin mata.
Dan bertudung jingga.

EH??????
Saya perhatikan lebih lama.
"Ni macam...."

Saya berlari-lari mengejar beliau.

"KAK ANA!!!"
Saya jerit tiga kali.
Beliau pun berhenti, dan menoleh.

Saya senyum.
"Nak tangkap gambar kakak, boleh?"

"Kejap, kejap," kata beliau, sambil mengajak ibu bapa beliau.

Dan gambar pun diambil.



Akhirnya..

"Nanti tengok kat facebook ye.." kata saya.


4 tahun lepas, mereka datang ke UTM sebagai mahsiswa/i.
Hari ini mereka "dilahirkan semula" untuk menerima pengiktirafan sebagai graduan.

****

Keluarga abang Taufik hantar saya ke S05.
Dan memberi sedikit bekal makanan.

"Nanti kalau studio abang dah siap, datanglah."
Saya senyum.

Perpisahan yang diiringi oleh lambaian tangan kami berdua.
Dan kenderaan keluarga abang Taufik meluncur meninggalkan S05.


Tiba-tiba hati saya rasa berat sangat.
Rasa tak sanggup berpisah dengan mereka yang saya panggil "abang" dan "kakak".
Saya kenal setiap seorang daripada mereka sejak pertengahan 2009.
Lajunya masa berlalu.

Time and tide wait for no man.

*****

Saya upload gambar-gambar mereka, guna P1 wimax Pak Lang dan laptop Fahmin.

Gembira. Usaha empat tahun mereka berbaloi.
"Janji graduate on time," pesan abang Taufik.

Sedih. Saya takkan jumpa mereka lagi.

Gembira.
Sedih.
Bercampur-campur.

Pintu dikuak.
Abang Arif datang mengambil semua jenis barang-barang beliau.
"Selamat bergraduasi" kata abang Arif kepada saya.
"InsyaAllah"

Walaupun beliau tidak lagi berada di UTM, beliau tetap Naqib saya.

Abang Izmar pun datang ambil barang, tapi tak sempat berjumpa dengan abang Arif.
Itulah kali terakhir saya lihat beliau.

Abang Azim sempat jenguk saya, untuk claim gambar siang tadi.
Akan mengambil master di sini, tapi belajar di USM - bahagian ni x berapa clear.
Dan beri sedikit upah. Haha.

******

24 September 2011, Sabtu

X-Factor KRU.
Kalau tahun lepas, abang Taufik yang ambil gambar kami semua sewaktu aktiviti ni berlangsung.
Gambar X-Factor terakhir saya bersama Tahun 4.
Hari ini, saya yang memikul tugas ni.

Satu hari ni takde mood.
Masih dalam mood "berkabung".
Perasaan masih bercampur-campur.
Saya pun takde "feel" bila pegang DSLR.

Semalam semua berkumpul.
Hari ni semua berpisah.


Seorang demi seorang pergi untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
Kata orang, kalau sayang, lepaskanlah ia.
Jangan biar ia terkurung.

Saya juga masih mempunyai kehidupan.
Kehidupan bersama Pak Lang, Fahmin dan Zufar.
Dan semua kakak-kakak Tahun 4.
Sahabat-sahabiah Tahun 3.
Ahli-ahli lama dan baru KRU dan Badar.

Sejarah harus dicipta, bukan sekadar dikenang.
Masih ada sesuatu yang mampu untuk saya buat bersama mereka.
Maka, tugas saya sekarang beralih kepada yang bakal graduate tahun depan.
Pastikan saya dapat mencari anda semua.
Kita tangkap gambar konvo ramai-ramai.
Ini janji saya kepada KRU dan Badar.

Semoga berjaya dalam kehidupan, wahai semua abang-abang dan kakak tersayang...


11 September 2011

BARAT >>> SELATAN


Saya berada di Klang Sentral, antara jam 8 hingga 9 pagi.
Akan bertolak pulang ke UTM, selepas 4 bulan bercuti.
Cuti yang paling panjang selama saya belajar berada di sini.


TAPI, Belum bertolak, dah kena homesick.
Siapa tak sayang rumah - selepas berbulan-bulan terperap dan terperam jadi perkasam dalam rumah.
Dan anak soleh mana yang tak sayang ibu.
(Semua ibu sayangkan anak-anak, tetapi bukan semua anak sayangkan ibu.)

Tiba di UTM sekitar 3 petang.
Menanti teksi yang tersangatlah sikit.
3.30 petang baru sampai bilik.

Bilik saya terletak berhadapan stor KRU.
Mungkin muslimat sendiri pun tak pernah nampak rupa stor tu, kan?
Disebabkan kedudukan yang sangat strategik, saya diamanahkan untuk pegang kunci stor tersebut.

Bukak je pintu bilik saya, tergamam.
Barang-barang (yang entah siapa punya) memenuhi segenap ruang.

Saya tanya pejabat, rupanya bilik saya dijadikan stor.
Dan orang pejabat suruh SAYA dan ROOMMATE keluarkan barang tersebut SENDIRI.

Kami pun berkemas petang tu.

Saya tinggal di blok S05.
Kata kakak Umi Kalsom Yusof, "blok tarbiyah tu".
96% senior-senior KRU & Badar (yang aktif) tinggal kat sini.
Tiap-tiap malam = "Saturday Night".
Ada je benda "happening" kat sini.
Dan pastinya sayalah yang paling muda antara mereka semua yang tua. =)

Saya ada banyak kenangan di sini bersama mereka sejak Tahun 1 lagi.
Abang Arif (naqib saya) dan Abang Faruqi antara mereka yang rapat dengan saya.

Tiada lagi gelak tawa mereka.
Blok ni semakin sunyi dan sepi.


Bilik Fahmin dan Pak Lang.
Saya tolong kemaskan sekali.
Bilik yang agak besar.
Cukup untuk 11 orang main futsal.
Dan bilik ini akan menjadi headquarters kami untuk sesi 2011/2012.

TAPI, ahlinya tinggal 4 orang je.
Pak Lang, Fahmin, Zufar dan saya.

Memang sunyi.




12 September 2011

Hari Pertama Kuliah.

Semua orang tahu stor hanya dibuka pada hari Isnin.
Tapi masih ada yang tak buat persiapan untuk bawa baju formal dari rumah.
Kelas mula jam 9 dan tamat jam 10 - dan tamatlah kuliah untuk hari ini. =)


This is my room.
Tingkat 3.


Petang dan malam ada iftar puasa enam anjuran BADAR.



14 September 2011

BROCHURE
Dari pagi sampai tengah hari, saya cuba siapkan brochure untuk KRU.
Malam ni ada Malam Pengenalan Kelab.
Menawarkan diri untuk menyumbang kepada kelab tercinta. =)

PROFFESIONAL COURSE
Petang, saya dan Fahmin bergerak ke Dewan Sultan Iskandar.
Perjumpaan Mahasiswa/i Tahun 3 dan 4 bersama TNC - tapi saya rasa yang berucap tu bukan TNC.
Tak ingat siapa (dan tak tahu siapa).
Tentang isu UTM Professional Course yang menelan RM200 duit kami.
Tapi, benda ni bayar sekali je selama kami duduk di UTM.
The thing is, kenapa perlu telan RM200 sekaligus?
Kenapa tidak pecahkan kepada bayar 4 kali (1 sem = RM50)?

Well, benda ni dah dibayar pun, dan kami diwajibkan ambil 4 kursus pendek dan 1 test.

Saya akan bincangkan isu untuk post-post yang akan datang.


Naik kereta Kancil Pak Lang.

KDOJ
Kami berempat (Pak Lang, Fahmin, Zufar dan saya) tiba ke Kolej Dato' Onn Jaafar.
Sebuah kolej kediaman yang terletak di hujung penjuru dunia.

"Hang pernah datang sini ka?" tanya Pak Lang.
"Tak," jawab saya, menggeleng.

"Wah.. first time la ni.. nanti cerita kat blog, "KALI PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE KDOJ"" kata Pak Lang melawak.
Dua lagi di tempat duduk belakang tu ketawa.
Memang kali pertama saya ke situ, dan usia saya dah menganjak ke tahun ketiga.

Kami akan berjumpa senior yang rapat dengan saya, yang juga merangkap mentor saya.

Kami berjumpa abang Aslam untuk format laptop Pak Lang.


Gambar monyet sedang cuba untuk masuk ke bilik manusia.
Dengar cerita, monyet2 ni memang pakar mencuri makanan.
Kepada penduduk KDOJ, hati-hati.
Jangan biarkan tingkap terbuka jika anda tidak berada di bilik.

Ok, mungkin monyet tu laju sangat sampai saya tak sempat on kamera.
Tapi monyet tu memang ada kat atas bumbung tu, beberapa saaat sebelum gambar ditangkap.

NASI KUKUS AYAM
Berhenti berdekatan Student Corner, dan order makanan untuk berbuka.
Hari ketiga saya berpuasa enam.
Dan kali pertama kami berkumpul bersama untuk makan.

Nasi kukus ayam

Dan terserempak dengan geng-geng Master



MALAM PENGENALAN KELAB
Saya akan buat entri khas untuk aktiviti ni.
Nantikan.

15 September 2011

Kami berempat (lagi) makan di Warung Bibik, berdekatan Jusco Taman U.
Menu berbuka?
Nasi ayam penyet.
Tiada gambar, sebab tak bawak Nikon D3100.
Pinjamkan kepada junior supaya beliau (dan geng beliau) belajar.

Saya nak bersara awal.
Tak lagi menjadi photographer KRU & Badar.

17 September 2011


Shopping di Jusco, beli baju-baju baru - atas keizinan mama.
(Ada sebab kenapa saya beli baju baru. Tapi wat pe nak bagitaw, kan?)
Bajet, dalam RM90.
Selebihnya, beli novel.
Novel apa?



*****

Malam

"Hang taw x, NC ni paling kaya antara kiter taw..."
Saya meneguk air dari cawan. Mata terpejam rapat.
Malas nak dengar.

"Hang dah beli rumah, kan?" kata Pak Lang lagi.
Saya angguk.
"Kat mana? Rumah lama kat mane?"
"Rumah baru kat bandar. Rumah lama kat kampung. Dua-dua kat Klang, Selangor."
"Oh.. Hang orang mane?"
Dua lagi khusyuk dan tawaduk mendengar.
"Klang. Waktu beraya, tak keluar dari Klang pun. Sedare-mare dekat-dekat."
"Orang rumah? Orang rumah orang mane?"
"Orang Klang jugak...."
(Bagi saya, orang rumah = orang yang duduk kat rumah = keluarga saya, dari mama sampai adik)

"NC ni cari orang dekat ni... Hahaha.."
Saya hairan. Dan baru terfikir.
Orang rumah = I.S.T.E.R.I.
"Hish.. Dahlah.. tak nak bincang pape!!"
"Cuba hang cakap, hang minat saper? Kalau muslimat KRU, Pak Lang boleh tolong!"
"Ha'ah. Hang gitaw je. Aku cuba dapatkan detail" kata Zufar mencelah.
"Tapi aku dah taw sape, batch mane, cuma aku xnak dedahkan malam ni" kata Zufar lagi.

Fahmin tersedak-sedak ketawa.
Riuh betul meja tu.

"DAHLAH!!!!!! KORANG NI!!!!"

Sekadar bergosip kosong.
Tidak bertujuan untuk dikaitkan dengan sesiapa.
Saya pun dah masuk Tahun Tiga, dan mereka berani bincang isu ini dengan saya.
Mungkin petanda bahawa saya semakin matang bagi mereka.
Berlaku peningkatan usia dalaman.
Peralihan daripada seorang kanak-kanak kepada alam dewasa.
Siapa tahu....

8 September 2011

Nikon D3100
EXPOSURE (dalam dunia fotografi) ialah jumlah cahaya yang dikumpulkan dalam sensor kamera (untuk "single shutter cycle")
SINGLE SHUTTER CYCLE berlaku ketika butang "SHUTTER RELEASE" (butang yang ditekan untuk menangkap gambar) ditekan, shutter terbuka, shutter tertutup, dan reset.

Tiga elemen penting (dan saling berkait) dalam exposure:

- Shutter speed
- ISO sensitivity
- Aperture/f-stop

Sekiranya salah satunya berubah, elemen lain akan berubah, sama ada meningkat atau menurun.

Shutter speed
- menentukan tempoh masa sensor tersebut didedahkan kepada cahaya.

ISO sensitivity
- mempengaruhi sensitiviti sensor kepada cahaya

Aperture / f-stop
- menentukan berapa banyak cahaya yang akan masuk ke kamera.
- sama fungsinya dengan iris mata.

Iris ialah bahagian biru.
sumber: Wikipedia.
- dalam keadaan terang, iris tersebut akan mengecil. dalam gelap, iris akan terbuka luas.

4 September 2011

Saya lihat wajah di cermin.
Makin hari makin bertambah merah pipi.
Ini bukan "blushing" tapi JERAWAT.
Makin hari makin menjadi.
Haish.. Tak boleh jadi ni...

"Mama, jerawatnya asyik tak nak hilang jer.."

Saya pernah pakai macam-macam jenis produk pencuci muka.
Mungkin terlebih makan sampai tak reti berpantang, benda-benda ni pun dah rasa lali.
Dan mama pun mencadangkan supaya saya pakai krim kunyit.

APAKAH??

Ok. Firstly, saya lelaki.
Tapi memang saya jaga kecantikan muka saya.
Pernah pakai macam2 produk, termasuklah Fair & Lovely - produk wanita. HAH?
Dulu berkesan. Sekarang, tak berapa menjadi.
Lebih kurang je dengan produk lain.

Kemudian bertukar kepada sabun betik warna jingga jenama Tia Ameliya. (HAHAHA!)
Dah sebulan pakai, macam takde apa.
Saya rasa produk tu ok. Kulit saya je yang tak ok.

Dan kami anak-beranak pun keluar bershopping.
Beli produk yang mak saya cadangkan.



Krim ni boleh pakai waktu malam je.
Lepas solat Isyak, saya pun pakai.

"Mama, camne nak pakai ni?"
"Ambik cermin dulu. Pastu sapu kat muka."

Saya ambil cermin, dan duduk sebelah mama.

"Ambik sikit krimnya" kata mama.
Saya ambil, dan terus sapu di pipi.
Kuning pipi tu.

"Bukanlah... Titik kat muka dulu, baru sapu.."
"La.. Mana la As taw.. Mana ada pengalaman pakai krim ni.."

Mama pun terlupa. Haha.

Dan mama pun titik-titikkan krim tersebut di muka saya.
Kemudian baru disapu ke seluruh muka.

Dan muka saya pun bertukar kuning.


Harap-harap krim ni bolehlah hilangkan jerawat (dan parut jerawat).
 

*****

Petua





Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.

Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.

Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.

Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


 
Sumber:
http://greenteacolostrum.com/jerawat-tips-petua.html


*********

Ahad terakhir berada di rumah.
Minggu depan kembali ke UTM sanjungan bangsa.
So, abang saya pun bawa kami sekeluarga berjalan.
Dan belanja makan. Tu yang best!


Petang tu, saya dan adik perempuan main dengan kucing jiran.


Dan petang tadi juga, langit senja jadi betul-betul merah.
Awan tak lindungi matahari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...