22 Jun 2011
Rabu
Malam

Saya melayari laman web UTM.
Dan klik bahagian FAKULTI.
Ada semua senarai kursus Ijazah Sarjana Muda atau "Bachelor" yang ditawarkan di UTM.

Saya baca bahagian Alumni,, daripada fakulti lain.
"Saya sudah bekerja selama 8 tahun. Saya ditawarkan jawatan di syarikat saya bekerja 8 bulan sebelum saya graduate. Dan saya sudah bekerja di pelbagai negara."
Saya terkejut.
Pastinya beliau bukan calang-calang orang.
Pointer? Pastinya sangat bagus.

Saya termenung.
Dan pergi ke laman web Aimsweb.
Tengok keputusan peperiksaan lama.

"Hum..."

Rasa rendah diri.
Sedih.
Semester 1, lebih sikit dari 3.00.
Semester 2,3, (dan mungkin 4), bawah 3.00.

Dan saya "check" senarai subjek untuk semester-semester hadapan.
Ada banyak "baki" jam kredit.

"Rasa rugi pulak kalau tak isi dengan subjek lain.."
Takkanlah kena goyang kaki kat bilik kan?

Mungkin ada kata,
"Eloklah banyak masa lapang. Boleh study."

Ye ke?
Mengikut pengalaman saya yang tinggal kat blok siswa (sebab saya memang siswa):

~ kebanyakannya memang kaki LAPTOP
Study depan laptop (kononnya)
Tangan pegang pensel. Kepala menghadap buku atas meja.
Mata jeling-jeling "notification" facebook.
Satu jam belajar jadi 15 minit.
(pengalaman sendiri. tak perlu tuding jari kepada orang lain.)
Laptop untuk main game, tengok video, surf internet, dan sebagainya.

~ kaki TIDUR
memang rajin membuta.

~ kaki BERJALAN
Yang ada kereta dengan motorsikal bukan main ligat berjalan.
Banyak masa "terbuang"
Tapi kalau pandai urus masa tu takpelah.

~ dan macam-macam alasan lagi.

Kan bagus kalau masa yang ada itu diisi dengan perkara berfaedah.
Setiap perbuatan kerana Allah ialah ibadah.
Seeloknya masa lapang itu diisi dengan perkara berfaedah.

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Saya terfikir untuk REPEAT atau ulang subjek2 lemah.



Eh, REPEAT?

Elok ke kalau REPEAT ni?
Saya teringin nak tanya pendapat orang, tapi tak tahu nak tanya siapa.

Saya cuba susun (tarik subjek-subjek akan datang) untuk setiap semester.
KALAU saya REPEAT...
Saya dapat 17, 18, 5, 18 dan 18 jam kredit.
5 jam kredit tu Latihan Industri a.k.a. praktikal.

Ertinya, jadual makin padat.

Sekali lagi, termenung.

Saya pun update status di facebook.

"17, 18, 5, 18, dan 18 jam kredit untuk sem2 akan datang."


Saya terbayang.
"Kalaulah aku REPEAT, ertinya..."

Orang akan mencemuh dan mengata.
"Nampak sangat dia tu tak pandai.."
"Apalah, dah masuk U pun kena mengulang. Time SPM bukan main cemerlang. Sampai U dah kecundang?"

Tertekan. Sangat tertekan.
Terbayang "apa orang kata"




23 Jun 2011, Khamis
Sekitar 12 pagi

Dan kakak Umi Kalsom Yusof tinggalkan komen.

tunggu result..menghitung hari....

"Ah! Waktu yang bagus!"

Saya pun terus tanya.

kakak, kakak penah repeat tak?

 ade..subjek techno..

secara peribadi, kakak rasa elok ke repeat ni?

ok je..cuma segan sket la..sebab join ngan junior..elok la repeat, ble naikkan pointer..kalau cover betul2 la..

tu la. SEGAN. kita selalu fikir "apa orang kata". walaupun saya bagi nasihat kat orang, saya jugak termakan dengan nasihat tu.
saya pun rasa segan. ada beberapa subjek teringin nak repeat. macam kakak cakap, boleh naikkan pointer. cumanya, saya terfikir, kalaulah ada subjek lain saya kena repeat, dan lebih 18 jam per sem, boleh ke? dekan biasanya lepaskan x?

kena tengok pointer sem sebelumnya..kalau bawah 3, bukan takat dekan, dengan PA pun berat sket nak lepas..tapi ble ayat2..kalau diri sendiri rasa mampu, go on..yg sebenar nak dgn tak je..^_^

so, kalau yang nak repeat tapi bawah 18 jam kredit ni, xyah jumpa dekan kan?

tak pun..=)

saya terfikir, kalau pointer asyik rendah je, rasa memalukan diri je. kaum lain berlumba2 kejar first class. kita, selalu solat, baca quran, cari ilmu2 keagamaan, tapi pointer x sampai 3. rasanya jadi fitnah untuk Islam tu sendiri. agama jadi alasan atas kegagalan sendiri. sebab tu saya nak repeat.

Allah nak uji kita..berada pada jalanNya tak dijanjikan kemudahan.. mohon pada Dia selalu agar diberikan kekuatan..never say never~

terima kasih ye kakak Umi Kalsom Yusof. ada rezeki saya belanja kakak.

ops, wah..nak belanja ye..rezeki2..alhamdulillah...=D

hihihi. tak salah kan rasa terhutang budi kat senior, kan? pastikan kakak tuntut ye.

 haha..kalau teringat..


Tak lama kemudian, sahabat lain pun komen.

repeat xde la memalukn sgt sbb ramai je yg repeat dpt gred yg lebey baik cam sblm ni kwn i repeat 2 kali at last dpt A- utk basic electrical engineering... x sll hidup ni ade peluang ke-2 n ke-3 n seterusnye, di mane ade kemahuan di ctu ade jln... =)


Baru saya sedar.
Musuh yang sebenar ialah diri sendiri.
InsyaAllah, kalau mengulang itu yang lebih baik, apa salahnya kita teruskan.
Nak dengan tak nak je.

Hari ni, saya terasa lebih "hidup".
Pastinya mama dan arwah abah meletakkan harapan tertinggi terhadap saya.
InsyaAllah, harapan ini akan ditunaikan..

Terima kasih kakak Umi Kalsom Yusof .





Sedih? Agaklah.
Murung. Dua hari dua malam takde mood.

Kenapa?

Saya mula teringan main semula 'game' Final Fantasy IX.
Main kat laptop la, bukan PlayStation.
(Saya takde PlayStation)
Saya tak pernah main game ni sampai habis.

Dan kebiasaannya saya juga akan download 'official guide'.
Apa itu 'official guide?'
Official guide ialah buku panduan rassmi untuk main game tersebut.
Dalam buku tu diselitkan 'hint' untuk bermain, 'secret character', 'hidden items', etc.
Pendek kata, SANGAT LENGKAP, seperti Yellow Pages untuk game ni lah.

Saya suka buku macam ni.
Memudahkan pembaca memandangkan gambar warna-warni disediakan.

Dan saya pun download dari website yang biasanya saya pergi.
Dan tertera link MEGAUPLOAD.
Saya tekan.

Eh, tak keluar pape pun?
Maintenance kot...

Pagi tu saya buka lagi.
Eh, MEGAUPLOAD maintenance lagi ke?
Lama betul..

Dan kejadian website kerajaan digodam, saya baru taw yang website untuk 'file sharing' dah di"block" oleh kerajaan Malaysia.
Contoh 'file sharing' ~ MEGAUPLOAD.


"AAHHH!!!!"
Saya naik gila sepanjang hari.
MEGAUPLOAD dah tak jalan lagi. Sob2x.

Sebenarnya ada buruk dan baiknya.
Kerajaan nak lindungi hak cipta orang lain.
Pada masa yang sama, 'menyekat kebebasan' orang lain.
Saya setuju dan tidak setuju pada masa yang sama.

Ok, bukan nak citer pasal isu godam, tapi nak citer benda lain.

Selepas dua hari 'kemurungan', saya teringin nak pergi website tu lagi.
Dan saya pandang link MEGAUPLOAD.
Entah bila boleh download ni..

Dan saya scroll ke bawah.



Ada link yang disediakan oleh website tersebut.
Boleh download 'official guide' terus daripada website tersebut, tanpa perlu ke 'file sharing' website.



Kadang-kadang, benda depan matalah yang selalu kita terlepas pandang.
Kecil sangat sampai tak nampak.
Atau besar sangat, sampai tak perasan.

Teringat pesanan guru Matematik Tambahan saya, Mrs Tan,
"Class... Open your eyes BIG BIG!!!"



"Alamak.. Baru hari ni perasan.. Dah cuti baru teringat.."
Saya pun segera login akaun facebook Kelab Remaja Ukhwah atau KRU.
Terlupa upload gambar program terakhir sem lepas - Iftar 3 Penjuru PMI, ISS, KRU bertarikh 4 April 2011.
Yup, 4 April. Hari ni 6 Jun.
Seronok sangat agaknya cuti ni sampai tak ingat dunia sekeliling.

Selesai upload gambar, saya pun tengok album-album gambar KRU.
Ada banyak album gambar.
Dan tersenyum.

Ada 11 album, hanya untuk semester 2 2010/2011 sahaja.
Satu aktiviti, satu album.
Setiap bulan ada satu program besar.

2011

Januari

14 ~ Annual Grand Meeting Kelab Remaja Ukhwah
20 ~ Usrah Kubra & Iftar

Februari

12 ~ Kayak
22 ~ Usrah Kubra

Mac
8 ~ Usrah Kubra
17 ~ Iftar
19-20 ~ Kem Pemantapan Sahsiah Diri 2011
29 ~ Usrah Kubra
31 ~ Iftar

April
3 ~ Malam Penghargaan Senior BADAR & KRU
4 ~ Iftar 3 Penjuru PMI, ISS, KRU


*****

Saya pun mula "explore" setiap satu album.

Album "xtvt kru"
Kami main layang-layang.
Gambar ditangkap menggunakan kamera handphone (barangkali)
Kualiti sangat2 rendah.
Masa first time saya nampak gambar ni, rasa kecewalah jugak.
Kesian kat orang yang datang program tu.
Nak buat kenangan, tapi x berapa jelas.
Nak buat camne, kami ni bukannya kaya.
Takkanlah setiap sorang ada kamera compact, kan?
So, kelemahan kat sini ~ kualiti kamera.


Kemudian album bertajuk "KRU"
Ada gambar board KRU.
Waktu ni, baru je bertukar pimpinan (2010).
Ada gambar program-program lepas.

Dan tertulis:
Board KRU is updated. Sebarang perkembangan dan info berkaitan dengan program KRU akan diletakkan disini. I.Allah.

Kakak Syauqah Hanisah:
Bersama Memperkasa Mahasiswa....
1)Apa khabar pimpinan semua..Ruhiyah dan Jasadiyah kalian?
2)Apa program terbesar akan datang?

Dan Nurul Azzyaty Jayah kata,
syabas2 jpi kru..moge trus update seiring perkembgn..
esok x-factor kru..tpi x dpt join..

Abang Mohamad Faruqi Yusari reply:
k.hanisah:
1)mereka ceria2 selalu..
2)x-factor...

Kakak Junainah Jahaya pesan:
tahniah..jgn x update plak pasnie

Memang ramai sebut tentang UPDATE.
Biasanya kalau wat keje awal2, memang semangat.
Dan pudar mengikut peredaran zaman.
Risau jugak sebenarnya...
(saya pulak yang risau ye.. padahal ahli biasa je..)

Kakak Syauqah Hanisah bertanya:
x-factor smlam mcmna?asif akak xsempat hadir.

Kakak Sayyidah Nafisah jawab,
Alhamdulillah..selamat sampai ke puncak.. ^_^. Walaupun hujan renyai2x..Mne gambr2 x-factor nie?? xmo upload ka

Abang Mohamad Faruqi Yusari reply lagi,
tgh duk cari...insyaAllah dalam 2 3 hari ni dapat la....~pemantau..


Seingat saya, abang Mohd Taufik II yang tangkap gambar x-factor.
Dan pastinya beliau yang pegang gambar tu.
Kami ada tukang gambar, tapi takde yang upload. Haha.

So, dalam hal ni, kami perlu tekankan beberapa perkara, iaitu UPDATE & UPLOAD.
Kami takde orang yang uruskan hal ni.

Mungkin ada beberapa orang yang ada kamera, tapi kebiasaannya memang tak upload.
Kalau ada yang rajin upload pun, nak kumpulkan gambar2 tu daripada tuan kamera memang makan banyak masa.
Memang tak banyak gambar pada semester tersebut.

Saya agak rapat dengan Abang Aslam Yusof, Ketua JPI.
Tapi takde apa pun yang boleh saya sumbang untuk bantu beliau.

*****

Selepas satu "insiden" (bukan eksiden), saya minta pandangan dua orang sahabat terdekat, tentang "sesuatu".
Sebuah keputusan yang mungkin membawa pembaziran atau memberi warna baru kepada kelab ini. 
Peluang ni mungkin datang sekali seumur hidup kepada diri saya.

Norabella Harun:
"Salam. saya ada kamera. Kenapakah?"

"Banyaknya. Ashraf belilah apa yang perlu, fikir untuk jangka masa panjang."

"Kalau nak beli kamera, try tanya diorang yang pakar. Alang2, beli yang tahan lama + canggih. Cadangan saja."
20 Oktober 2010,
11:00 malam

Kakak Sayyidah Nafisah:
Kalau kamera bawah kelab @ milik ramai, tak perlu kot. Sebabnya, banyak je camera bley pinjam. Camera handphone pun boley. Cuma orang yang ditugaskan tu je yang penting. Kalau semua orang nak masuk gambar, sape nak tangkap gambar.
21 Oktober 2010,
4.31 pagi


Dan saya pun memilih "jalan" yang belum pernah saya lalui seumur hidup.

Saya buat keputusan untuk menjadi "photographer" untuk Kelab Remaja Ukhwah.


Seseorang diperlukan untuk UPDATE & UPLOAD, kan?

Mula-mula nak amik gambar diorang, punyalah segan terutamanya muslimat.
Lama-lama hilang sikit rasa segan nak muncul depan orang ramai.
Saya pun cuba untuk rajinkan diri untuk upload gambar.
Kadang2 sibuk jugak dengan akademik. Sampai terlewat seminggu pun ada.
Tapi takpe. Saya anggap itu sebagai cabaran.
Dan hasilnya, menjadi koleksi untuk dikongsi bersama.

*****

Kakak Syazana Azhar > Nat Cure
Assalamualaikum. En.Nat Cure,terima kasih atas hadiah bbrapa keping gambar. Cantik..:) bakat dah ada tu, teruskan mengilap bakat k. moga lps ni boleh menjadi photographer terbaik dan bakal menjadi ikon anak-anak muda..

30 April 2011 at 12:36

Nat Cure:\
‎(terbatuk2)
Wa'alaikummussalam, kakak Ana.
sama2. Cantik ke? rasanya org dalam gambar tu lagi cantik. =).
Photographer terbaik & ikon anak-anak muda? Entahlah kak.. suruh public speaking pun lari..

Terima kasih ye kak sebab dah banyak tolong dan bimbing saya sejak MHS hari tu. =)

30 April 2011 at 15:45
Like: 1 Person
Rujukan: SINI

Saya dapat komen ni, malu tak terkata.
Muka pun kemerah-merahan. Haha.
Tak pernah2 kena puji, lagi2 dengan muslimat..

"moga lps ni boleh menjadi photographer terbaik dan bakal menjadi ikon anak-anak muda.."

*****

Rasa puas sangat.
Thanks to my dearly beloved Nikon D3100 aka Miss Ciel.
Sebuah anugerah yang sangat bermakna bagi saya.

Saya sekadar menggunakan peluang yang ada untuk berkongsi bersama.
Merakam detik-detik yang berlalu.
Semoga menjadi kenangan terindah kita bersama....

Saya lahir dan membesar di Klang selama 17 tahun, sebelum "berhijrah" ke utara dan selatan Malaysia. Dalam tempoh tersebut, saya pernah berpindah ke beberapa buah rumah - tapi masih tak keluar dari bandar ini (terlebih sayang Klang agaknya...)

Tapi saya sendiri pun tak dapat ingat tentang rupa rumah-rumah lama yang pernah saya duduki, sebab saya berumur bawah 5 tahun pada waktu tersebut.

Selepas puas merantau, (belum puas sebenarnya), saya pun kembali ke Bandar DiRaja ini.
Bandar ini terletak 32 km di barat Kuala Lumpur. Bersempadan dengan Shah Alam, ibu negeri bag negeri Selangor Darul Ehsan.
Kalau nak ke utara atau selatan tanah air, biasanya kami akan masuk lebuh raya di Shah Alam dulu. Kalau naik bas dari Klang Sentral, kami akan lalu sebelah i-City. Malam-malam nampaklah pokok warna-warni (lampu je sebenarnya). Kawasan ni baru je naik. Program-program televisyen pun banyak buat "live" kat sini.

Nama "Klang" tu sendiri pun dataang dari pelbagai sumber.
~ Ada yang mengatakan nama itu disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

~ Ada juga yang mendakwa ia berasal dari perkataan "kilang". Klang terkenal dengan timah - maka banyaklah kilang di sekitar kawasan ini.
~ mungkin berasal daripada nama Sungai Klang. Sungai Klang + Sungai Gombak = Kuala Lumpur. Juga dikenali sebagai Sungai Seleh.


Tak kisahlah mana satu pun asalnya, namanya tetap Klang.

Kata orang, makanan yang best ialah:
Rojak Klang
Cendol Klang
Lontong Klang
Mi Bandung Muar atau Mi Jawa

Dan lokasi rumah saya tak jauh dari stesen komuter Teluk Gadong.
Saya pun selalunya pergi KL naik komuter je.

Sebenarnya nak tunjuk gambar saya berjalan kat Klang je.
Tetibe rajin cari tentang sejarah Klang dan maklumat2 lain.
Takpe2. Boleh tambah ilmu.

Ini gambar waktu saya berjalan Sabtu lepas, 4 Jun 2011.
Sikit je la, bukannya saya pusing seluruh bandar.







Kat sini ada Pusat Bowling.














Shaw Centrepoint.
Atau kami panggil CP ~ Centrepoint.
Ada pasar raya The Store.

Zaman sekolah, saya selalu datang sini.
Pergi surau untuk solat, then ke kelas tuisyen.
Kat sini ada pawagam.
Kadang2, kalau nak cari game baru, saya beli kat sinilah.
Dan selalunya shopping untuk raya kat sini je.




Ok, tu je untuk kali ni.
Sekian....

19 April 2010, Isnin.

From: Abah 012
19-Apr-2010
23:14
"Dah naik bas?"

Abah tanya saya dah naik bas atau belum.
Saya masih berdiri di stesen minyak Shell Sri Putri.
Menanti bas Transnasional untuk pulang ke Klang.
Kebiasaanya, bas akan tiba jam 12 pagi, walaupun waktu yang tertulis di tiket ialah 11.15 malam.

Kertas peperiksaan saya berakhir pada tarikh ini.
Dan saya memutuskan untuk pulang pada hari yang sama.
Petang itu, saya "packing" barang-barang, dan bungkus dalam kotak.
Kemudian meminjam kereta kancil kakak Asma.
Abang Fadhlul Wafi yang pandu.
Kotak2 ini dibawa ke S42 - sebab stor S42 buka petang.
Pagi itu saya ada kertas.

Bas pun tiba lewat, seperti biasa.
Saya masukkan beg ke dalam ruangan bawah bas.
Saya tahu, sebaik saja saya naik bas ini, saya takkan kembali ke Selatan, sehingga 83 hari berikutnya.

Dan percutian 83 hari saya pun bermula.

~89 Hari Lagi~



20 April 2011. Selasa.

Maka, tamatlah kisah saya sebagai Mahasiswa Tahun Satu 2009/2010.

Saya menaip mesej.
"bas saya dah bertolak.
dua sem kat sini, rasa happy sgt.
rapat dgn senior2 drpd classmate sendiri.
:)
jumpa lagi semester akan datang..
Ashraf Bin Nazlan"

mesej ini dihantar kepada 10 senior yang paling rapat dengan saya.

Senior2 meminta saya untuk rapat dgn kawan2 sebaya lain.
Sebab, bila diorang dah graduate, sape lagi sahabat yang saya ada?
InsyaAllah, saya akan lebih "friendly"..

Bas pun bertolak menyelusuri jalan yang diselebungi gelap malam.

*****

"Abah, As dah sampai Shah Alam"

"Ok. Jap lagi abah sampai."

Abah kerja malam.
Baru saja tamat kerja.
Beliau pulang ke rumah sebentar untuk tidur.

Abah datang bersama Avanza.
Jam sekitar 4 pagi.

Dan kisah ini saya sambung di sini.

~88 hari lagi~



2 Mei 2010, Ahad

Pagi itu abah hantar saya ke sekolah memandu.
Ada gerai jual nasi lemak di hadapan sekolah tersebut.

"Nak makan nasi lemak tak balik nanti?"
tanya abah.

"Tak."
jawab saya.
Selamba.
Sambil membuka pintu.
Dan tutup.
Selamba.

Satu perkara yang saya rahsiakan dengan semua orang:
Saya sangat bersifat DINGIN terhadap abah.
Di dalam rumah.
Di luar rumah.
Kadang2 terasa beliau seorang yang sangat asing bagi saya.
Secara jujurnya, ada sedikit rasa benci.
Puncanya, ada kaitan dengan masa silam saya.
Bahagian ini, biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
Yang pahit, saya tak mahu kongsi.

Mood saya tak elok pagi itu.
Perut meragam.

*******

"Abah, As x boleh beljar hari ni. Sakit perut."

From: Abah 012
02-May-2010
08:07
"Ok, abh dtg"


Saya minta abah ambil saya di hadapan sekolah memandu, seawal 8 pagi.
Saya tak dapat belajar motorsikal pada hari itu.
Perut saya sangat sakit.
Sehari sebelum itu, mama masak sambal sotong.
Tapi cilinya terlampau pedas.
Satu rumah perut meragam.

Saya cuba untuk mendapatkan lesen motorsikal pada cuti kali ini.
Sebelum matrik lagi saya dah ada lesen P untuk kereta.
Lesen motor je takde.

Abah pun nampak beria-ia mengharap saya lulus.
Kenapa?
Cuma lesen motorsikal je.
Takde ape yang istimewa.

Abah tiba dengan Avanza, dan bawa saya pulang.

~76 Hari Lagi~

Saya ingin berkongsi sebahagian daripada kisah hidup saya.
Dan jarang saya bualkan hal ni dengan orang lain.

Kisah ini ialah sambungan entri ini.
Mesej yang buat saya tak duduk diam tu ialah mesej daripada mama.
Yang menyatakan kami akan berpindah rumah selepas adik perempuan saya tamat SPM.

Saya hanya mampu mendiamkan diri.
Keliru.
Adakah saya takut dengan rumah lama tu?
Atau saya masih sayangkannya?
Dilema.
Antara masa depan dengan masa lepas, saya hanya boleh pilih satu.
Ikut keluarga atau tinggal bersama kenangan.

Saya tak boleh buat keputusan.

Satu minggu tu, saya murung.
Dan saya mula jarang2 hantar mesej kat mama.
Saya mahu mengelak daripada berbicara tentang hal ini.

Keputusan keluarga yang diputuskan tanpa kehadiran saya.


Mesej masuk.


16 April 2011
14:25

Mama dah nak balik rumah.
(ada kenduri di kampung, di Kapar, Klang, Selangor. Sepupu saya nikah semalam)

Malam tadi tidur tidur rumah Mak Yang.
(Mak Yang ialah gelaran untuk nenek saya - ibu kepada mama)

InsyaAllah, duit pelajaran As dengan adik-adik mama tak guna untuk beli rumah.




Dan saya masih terdiam.
Tak balas mesej ni.
Tak call.
Entah apa yang terbaik untuk saya, saya masih tak tahu.

Sekurang2nya, rumah lama dekat sangat dengan kubur arwah.
Kayuh basikal pun tak sampai 10 minit.



Hidup perlukan pengorbanan.
Ada kalanya kita kita terpaksa membuat keputusan.




Hampir dua bulan tak pulang ke rumah.
Dan akan stay lagi sebulan di sini, sampai exam habis.
Kawan2 pun dah ramai kena ni sekarang ni.
Kalau zaman matrik dulu, tiga bulan pertama x balik, jadi pening2 lalat.
Asek nak nanes jer.

Tapi keadaan dah banyak berubah sekarang.
Saya seolah-olah dah hilang "kenikmatan" untuk pulang ke rumah.
Macam dah tak nak balik rumah lagi.

Kenapa ni?
Entahlah.. Keadaan terlalu rumit..
Bukan saya benci rumah tu.
Tapi saya terkenangkan sesuatu.
Dan saya tahu, bila saya pulang, kami hanya berlima, bukan berenam lagi.
Sedih.

Kalau dekat UTM ni, saya rasa berjauhan.
Dan boleh fokus sikit dalam kehidupan.
Tapi, tindakan ni seolah-olah melarikan diri daripada masalah.
Tatkala orang rumah berhempas-pulas dalam kehidupan, aku hanya tahu menyorok daripada kehidupan sebenar.

Selalu sangat lari daripada masalah.
Saya bukanlah "pemimpin" yang baik.

Baru sekarang saya pertimbangkan sesuatu.
Kenapa pilih untuk duduk kat Selatan?
UiTM Shah Alam - IPTA paling dekat kan ada.
Boleh belajar jugak.
Ilmu pun sama.

Mungkin, alasan aku, aku nak berjauhan.
Melatih diri supaya tabah dalam kehidupan.
Supaya jarang2 balik.
Dan x malas2 kat rumah.
Xdelah selalu habiskan duit kat bil elektrik kat rumah.
Banyak faedahnya.

Ya, saya suka terbang jauh.
Dan berjauhan tak bererti benci.
Aku hanya mencari ruang untuk bersendiri.



"Kenapa semua benda nak berahsia dengan As?"
Spontan saya meninggikan suara.
Geram.
Saya pun manusia, ada masanya emosi mengatasi rasional.
Walaupun ketika berbicara dengan ibu sendiri.

"Ok.. Mama minta maaf.. Lain kali mama bagitau kalau jadi apa-apa.."

Semua benda nak berahsia dengan saya.

Mak Teh saya sakit, tak hantar mesej pun.
Lepas beberapa hari, barulah nak bagitau.

Atuk saya kena strok, pun tak bagitau.
Saya dapat tahu pun time saje2 hantar mesej kat sepupu.

Hari ni, Mak Ngah, kakak arwah abah kembali ke rahmatullah.
Senyap jer.
Sampailah sepupu saya post kat facebook.

Dengan teknologi yang sangat canggih - Telefon, SMS, Facebook - bolehkah rahsia kekal menjadi rahsia?
Kenapa perlu berahsia, sedangkan perkara itu tetap akan tersebar?

Kenapa SEMUA perkara yang berlaku di rumah nak berahsia dengan saya?
Seolah-olah saya dipinggirkan atau dipulaukan keluarga sendiri.
Alasan yang dah basi - tak nak ganggu As study kat UTM.

INGAT AS NI LEMAH SANGAT KE?

Penting sangat ke menuntut ilmu tu sampai "terabaikan" keluarga sendiri?

Saya faham, emosi saya harus dijaga.
Tapi saya dah kerap sangat melaluinya.
Benar, saya takkan lali dengan semua ni.
Tapi apa yang berlaku sedikit sebanyak mendidik diri saya jadi lebih kuat.
Hari ini, saya lebih tabah dan lebih kental berbanding tujuh bulan lepas.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Al-Fatihah..

Saya mula bercuti secara rasminya pada 27 Januari, tatkala mahasiswa lain masih hadir ke kuliah.
27 Januari ialah Khamis.
Dan Khamis jadual kosong.
So, saya balik Rabu petang. Kisahnya di sini.
(Jumaat tu ada kuliah 1 jam, tapi saya ponteng. Ye, pas ni saya JANJI tak buat lagi..)


Jom tengok gambar-gambar saya ambil menggunakan Nikon D3100 sepanjang cuti.

Gambar kucing saya di sini.

Gambar saya jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam di sini.

Gambar-gambar lain:

Kucing jiran.


Belakang rumah. Ada padang bola sepak.










Sebelum pulang ke UTM, pokok ni tak berbunga pun.
Saya balik rumah, terus berbunga sebanyak2nya.


Suka gambar ni.
Rise and shine.







Ini ialah sinaran matahari yang menembusi kaca di pintu.
Dan cahayanya "jatuh" ke karpet.
Situasinya biasa je, tapi kalau tengok dari sudut lain, memang cantik.

Tidur memanjang..
Dia tidur dalam almari yang dah dikosongkan.

Pokok misai kucing.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...