July 28 2026, 10.22 pm
Secara rasminya, hari ni blog ni dah cecah sejuta pageviews.
Tak sangka ya dapat cecah angka ni.
Saya rasa sebab web scrapers atau spam bots je la.
Nak ikutkan content untuk blog ni biasa-biasa je.
Dan tak aktif blogging pun macam dulu.
Anyway, this blog starts around early 2010 until today.
So, it took 16 years and a half for me to reach a million pageviews.
Bila toleh ke belakang, jauh rupa-rupanya saya berjalan.
Daripada seorang yang sering ketakutan terhadap persekitarannya hingga hilang keyakinan diri untuk teruskan hidup, dan hasil jatuh dan bangun itu membentuk siapa saya pada hari ni.
Saya takde arah tuju satu ketika dahulu. Just go with the flow.
Lepas grad, menganggur. Kerja kilang. Menganggur. Kerja sales office. Menganggur.
Kat hujung-hujung buat plot twist. Tahu-tahu je dah setahun setengah dalam oil & gas.
Hidup saya benar-benar berubah 180 darjah.
16 tahun ni juga saya belajar erti kehilangan.
Ada yang pergi dan takkan kembali.
Ada yang saya pilih untuk pergi meninggalkan mereka atas kerelaan saya sendiri.
16 tahun ini juga saya belajar erti menghargai.
Belajar untuk hargai mereka yang ada di depan mata.
Sebab esok mungkin tiba-tiba je mereka menjadi kenangan tanpa amaran.
The life of this world is a transient shade.
Saya juga mula rajin solat 5 waktu di surau di kariah saya sejak sekitar setahun lalu.
Saya juga semakin rajin membaca buku berbanding layan media sosial.
Sekarang makin rajin baca buku sejarah.
Timbul rasa ingin tahu yang membuak-buak.
Actually, untuk faham Islam, we need to starts with sejarah tamadun Eropah.
Bermula degnan tamadun Yunani, tamadun Rom, zaman pertengahan & perang Salib.
All of these are so related with Islam actually.
Dan ilmu sejarah ialah salah satu daripada 6 cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
(Baca buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' oleh Hasrizal Abdul Jamil)
Dan saya juga lebih menghargai masa.
Suka bangun awal, selesaikan kerja awal, dan elakkan kerja yang melibatkan orang lain menjadi tertangguh. Lean management kata omputih.
Blog ni bermula sebagai satu usikan je untuk menyakat kakak senior saya.
Dan rasa sangat terinspirasi daripada kisah-kisah di blog beliau.
Saya pun terikut-ikut untuk tulis cerita saya di blog ni.
Sampai hari ni pun kami masih bertukar-tukar cerita sebenarnya.
Terima kasih Kakak Nafisah.
The best kakak I ever have.
Blog ni dah menyimpan terlalu banyak cerita.
Saya tutup entry kali ni dengan sepotong ayat yang menjadi asbab kepada wujudnya blog ini.
"Hari semalam ialah memori yang telah pergi.
Hari esok ialah ilusi yang tidak pasti."
0 comments:
Post a Comment