August 20 2026,  5.07 pm



Siapa kat sini layan kisah siri anime terbaharu, 'Jaadugar: A Witch in Mongolia'?

Best gila kut cerita ni!!!

Saya tak sangka saya akan tersangkut berjam-jam menonton keseluruhan siri ni, walaupun saya sebenarnya dah lama tak layan anime.

Yang menariknya, kisah ini menampilkan banyak sisi Islam yang kita sebagai Muslim belum tentu tahu.


*****

Kisah ini bermula dengan seorang hamba bernama Sitara yang diambil oleh sebuah keluarga di Tus, sebuah kota di Parsi (Iran). Sitara dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam keluarga tuannya, Fatima, seolah-olah dia anak kandung keluarga itu. Sitara dijar tentang kepentingan menuntut ilmu, seperti apa yang ditekankan dalam Islam.

Keluarga ini ada sebuah buku bertajuk Elements oleh Euclid, seorang ilmuwan Yunani yang mengajar tentang geometri.

Satu hari, kerajaan Mongol tiba menghancurkan kota Tus ini. Sitara yang kehilangan semua ahli keluarganya dibawa ke Mongol. Antara tujuannya ialah untuk merampas buku Elements ni. Dan serangan ni diketuai oleh Tolui, salah seorang daripada anak Genghis Khan.

Sitara diambil menjadi hamba kepada isteri Tolui, Sorghaghtani dan diminta untuk mengajar Elements. Pada masa ini, Sitara mengubah namanya kepada Fatima kerana Sitara mahu menyembunyikan identitinya yang menjadi hamba satu ketika dahulu. Nama itu dipilih kerana Fatima ialah nama tuannya.

Jadi nama watak utama siri ini ialah Sitara/Fatima. Dan beliau ada agendanya yang tersendiri - untuk balas dendam terhadap apa yang empayar Mongol lakukan terhadap keluarganya.

Selepas kemangkatan Genghis Khan, Empayar Mongol dipecah kepada 3, dan Sorghahgtani melantik Fatima untuk menjadi perisik.

Dan Fatima bertemu dengan tokoh penting, iaitu Toregene, isteri keenam Ogedei. Dan Ogedei ialah anak Genghis Khan dan abang Tolui. Ogedei ialah pemerintah kedua empayar Mongol selepas kemangkatan genghis Khan.

Pertemuan Sitara/Fatima dan Toregene ini bakal menggoncang kuasa politik di empayar agung yang menguasai kawasan darat paling besar dalam sejarah manusia.


*****

Siapa sangka, dalam empayar agung ini, ada orang Islam di belakang pentadbirannya.

Saya sebgai seorang Muslim pun tak pernah tahu tentang kisah ini.

Dan siri ini sebenarnya berdasarkan kisah benar.

Siri ini turut menyebut beberapa nama tokoh Islam, macam Jabir ibnu Hayyan yang mengajar tentang alchemy/alkimia. Beliau pernah menyebut tentang 'al-Iksir', sebuah penawar untuk menyembuhkan penyakit. Dan memang saya kali pertama kali dengar, memang tak boleh lari daripada perkataan 'Elixir', Rupa-rupanya perkataan ini ialah berasal daripada perkataan Arab, 'al-Iksir'.

Dan satu fakta menarik ialah Sitara/Fatima ada terjumpa sejenis batu ketika membasuh isi kambing. Bagi orang Mongol Mongol, batu ini digunakan untuk memanggil ribut. Tetapi Sitara/Fatima tahu batu ini boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit.

Kalau siapa-siapa pernah baca novel 'Harry Potter and the Half-Blood Prince', mesti ingat persamaan kisah ini. batu yang sama daripada kambing ini memang boleh menyembuhkan penyakit. Baru sekarang saya nampak logiknya dan dari mana kisah ini berasal, iaitu di Parsi.

Ada banyak lagi kisah menarik dalam siri ni. Saya sangat mencadangkan kepada semua pencinta ilmu untuk menonton kisah ini untuk faham lebih banyak tentang Islam dan empayar Mongol.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...