16 Mei 2011
Keluarga saya datang menjemput saya di Klang Sentral.
Saya baru pulang dari UTM, Johor Bahru selepas tamat "demam peperiksaan".
Kereta pun meluncur meninggalkan stesen bas tersebut.
"Rumah tu dekat-dekat sinilah," kata mama kepada abang.
Eh? Rumah? Rumah apa ni?

Mama tunjukkan jalan ke "rumah", tak jauh daripada stesen tersebut.
"Dekat je dari sini" kata mama lagi.

Setelah pulang ke rumah (Kampung Delek), mama buka cerita.
Rupa-rupanya mama nak beli rumah.
Lokasinya, tak jauh daripada Klang Sentral.
Dekat dengan Setia Alam.
Dekat dengan lebuh raya.
Semua dekat.

Asalnya, rumah ini milik pak cik saya.
Lima tahun beli, tapi tak pernah didiami.
Sekadar menjadi kebun pegaga.
Isteri beliau (kakak kepada mama) mencadangkan supaya kami duduk di sana.


22 Mei 2011

Mama bawa saya ke lokasi.
Seronok, sebab dua tingkat.
Setiap anak dapat satu bilik. YES!!

Dalam proses pertukaran nama dan hak milik.
Boleh je kalau nak masuk, tapi kunci masih dipegang oleh mak cik.
Sebab perlu di"renovate".

Lantai perlu di"tile". (letak jubin marmar)
Tukar tingkap (setelah menjadi santapan anai-anai)
Pasang gril di tingkap.
Dan sebagainya.


4 Jun 2011

Saje-saje datang sini lagi.
Teruja tengok rumah baru.

Rumah ini berada di Meru, Klang.
Dekat dengan kampung mama di Kapar.
Adik-beradik mama SEMUAnya duduk dekat-dekat kampung mama.
Kami je "sedare yang paling jauh".
Lepas pemergian arwah abah, mama nak duduk lebih dekatlah dengan kampung.

16 Julai 2011


95% siap di"renovate".
Ini gambar bilik atas.
Panjang lebar 4 kali 4 meter persegi. (anggaran sahaja)

Okeyla untuk seorang penghuni bilik.
Ada dua bilik macam ni.




Bilik tidur utama.
Bilik mama dan adik perempuan.


 Gambar bahagian depan.
Diambil dari tangga.

Sliding door.


Dapur.


Bahagian belakang rumah, sebelah dapur.


Tingkap bilik atas, dilihat dari luar.


Dapur, dari luar.


Itu je yang gambar sempat diambil.
Dengar-dengar rumah ni dah siap di"renovate".
InsyaAllah akan berpindah ke sini tak lama lagi.

Kata mama, nama rumah ni "Maal Hijrah Nazia"
Maal Hijrah - "Hijrah" dari yang lama kepada yang baru.
Daripada yang baik kepada lebih baik.
Rumah yang saya huni sekarang tetap akan mereput.
Dibina sekitar tahun 1980-an.
Sebab tu memang kena pindah.
Lagi pun, memang hajat arwah abah nak bawa kami tinggal ke tempat lain.
Hajat ini disambung oleh mama.
"Nazia" - gabungan nama abah dan mama.
(Nazlan + Aziah)

Yang pergi pasti takkan kembali.
Tapi yang "patah" biarlah "berganti".
Semoga "foglia nuova" ini berkembang subur, menaburkan benih-benih kasih sayang dan rahmat Allah kepada kehidupan kami sekeluarga.
Amin.

p.s. Foglia nuova (bahasa Itali) = daun baru.

14 Julai 2011



Akhir-akhir ini saya sering terbayang untuk melukis.
(Walaupun tiada bakat!!!)

Entah sejak bila ilmu kesenian meresapi ke dalam jiwa.
(Ayat ini sangat hebat.. Hahah..)
Saya pernah menjadi satu-satunya pelajar dalam kelas yang gagal dalam Pendidikan Seni.
Dan seni itulah yang menaikkan nama saya, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.

Saya pernah mendapat trofi kerana hasil seni.
Sebuah kad ucapan hari guru.
Hanya 5 daripada 2000 penyertaan yang mendapat trofi tersebut.
Tapi saya tidak berbakat dalam melukis.
Lukisan di atas diambil daripada "sketch book" saya.
(Ya, saya memang ada sketch book, walaupun jarang guna.)
Gambar ini sebenarnya berdasarkan permainan video "Final Fantasy: 4 Heroes of Light" (Nintendo DS.)
Disebabkan comel, saya mengambil gambar ini sebagai "model".

Model? Model apa?
Saya perlu melukis lebih banyak watak.
Sebagai rujukan untuk masa akan datang.
(Sebab itu saya melukis. Gambarannya lebih jelas daripada seribu perkataan)
Ada beberapa buah projek yang sedang saya fikirkan.
Buat masa ini, saya tumpukan kepada projek yang saya namakan "Nathifa".

Petak-petak dalam lukisan itu ialah "grid" sebagai panduan untuk melukis.
Saya perlu belajar anatomi daripada lukisan sebenar dengan bantuan perisian Adobe Photoshop CS4.

Saya pernah terdengar ayat "your first 10 000 pictures are the worst".
Ayat ini ditujukan kepada jurufoto.
Ertinya, kita perlu belajar, amalkan, belajar lagi dan amalkan ilmu yang kita ada, barulah kita menjadi yang terbaik.
InsyaAllah, saya akan melukis dan terus melukis supaya bakat melukis saya menjadi lebih baik.

 p.s.
Barangkali pengaruh novel Hero oleh Hilal Asyraf yang buatkan saya tergerak untuk melukis.
Rasa tergerak untuk mengarang.
Untuk mengarang memerlukan gambaran.
Gambaran memerlukan ukisan.
Dan lukisan memerlukan imaginasi.

11 Julai 2010, Ahad.



Saya duduk di kerusi di bahagian belakang pemandu (bahagian kanan).
Tempat itu, entahlah mengapa, seolah-olah tertulis nama saya.
Setiap kali menaiki kereta, kami anak-beranak tahu tempat duduk masing-masing.

Sebelum Subuh lagi kami sudah bertolak meninggalkan rumah.
Minit-minit terakhir meninggalkan bandar DiRaja Selangor.
Banyak kali berpindah-randah, tapi tetap warganegeri Selangor (wargadaerah Klang, malahannya).

5 Julai 2010, Isnin.

Tiba giliran saya.
Agak "nervous".

Masuk gear satu. Masuk gear dua.
Dan minyak dipulas perlahan-lahan.
Motorsikal memasuki litar memandu.

3 Julai 2011, Ahad

Saya, mama dan adik perempuan pulang ke kampung di Kapar, Klang, Selangor.
Tak jauh dari rumah, lebih kurang 30-40 minit perjalanan.
Hari ini ada majlis cukur jambul di rumah saudara.

Entri kali ini bukan bercerita tentang majlis tersebut.
Tetapi saya ingin berkongsi tentang kisah seorang anak kecil yang secara peribadinya mendapat tempat tersendiri dalam hati saya.

1 Julai 2010, Khamis

Langit agak cerah.
Tiada tanda-tanda hujan akan turun.
Kehangtan sang suria pada awal pagi terasa "lembut" dan hangat.



Saya berada di bangsal motorsikal.
Memerhatikan pelajar lain "bermain" motorsikal mereka di trek.

28 Jun 2010, Isnin

Buat pertama kalinya saya menerima sebuah "tamparan" yang paling hebat sepanjang hidup saya.
Sekaligus membuatkan saya kembali sedar dan mula berpijak di bumi nyata.
Ia adalah lumrah kehidupan. Setiap insan pasti pernah menerimanya.
"Tamparan" itu bernama KEGAGALAN.






Saya tidak pernah merasai erti KEGAGALAN yang sebenar, sehinggalah tiba tarikh ini.
Saya gagal dalam ujian memandu.



Akademik
Sepanjang saya bersekolah rendah (sejak tadika, malahannya), saya belum pernah menerima dakwat merah dalam kad laporan peperiksaan.
Tahun demi tahun, secara jujurnya, saya berasa sangat "kebal".
Berdiri sebagai seorang yang tak pernah gagal.



Sehingga saya berasa hairan terhadap manusia yang pernah gagal dalam peperiksaan.
Adakah mereka tidak belajar?
Bukankah peperiksaan itu mudah?



Semakin hari saya semakin dewasa.
Belajar lebih banyak tentang kehidupan.
Saya juga belajar untuk menyelami hati insan yang pernah gagal.
Ada yang bekerja separuh mati, hanya untuk menanggung keluarga.
Dan terpaksa mengabaikan pelajaran, walaupun sedang bersekolah.



Mungkin ada yang memandang sinis terhadap mereka.
"Waktu belajar, belajarlah! Kenapa perlu bekerja?".
Ingat.
Bukan semua manusia itu lahir sama dari segala aspek.
Hakikatnya, kita patut rasa bertuah dan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.



Saya masih tidak faham apa itu KEGAGALAN.
Kerana saya tidak pernah merasainya.


Pagi ini, saya akan melalui ujian memandu motorsikal.
Lesen kereta, saya sudah ambil sewaktu sebeblum masuk matrikulasi lagi.
Dan saya tidak perlu mengulang, kerana lulus kedua-dua bahagian (litar dan jalanraya).


Keputusan hari ini:
Litar: GAGAL
Jalan raya: GAGAL



Untuk litar, saya jatuh dari titi.
Dan untuk jalan raya, saya digagalkan atas alasan "Tidak memakai topi keledar dengan cermat"
APAKAH???



Saya gagal kedua-dua bahagian.
Ertinya saya perlu mengulang kedua-dua bahagian.
 
Sebaik sahaja pulang ke sekolah memandu, saya diminta untuk mendaftar minggu hadapan.
Dan juga belajar semula pada pagi Khamis ini.
(Khamis ~ belajar. Isnin depan ~ ambil ujian lagi)

Pulang saja ke rumah, saya menangis, sehingga tertidur.
Akhirnya, saya faham apa itu KEGAGALAN.



Memang tiada siapa yang sempurna.
Dapat mengulang tak bermakna kita bodoh.
Ia merupakan sebuah peluang, kerana peluang tak semestinya datang dua kali.



Malam itu, abah pesan, supaya belajar pada Khamis ini.
Mahirkan semuanya, sebelum ambil ujian lagi.
Dan buat yang terbaik untuk ujian akan datang.



"If you want to succeed, double your failure rate"
Thomas J. Watson


~19 HARI LAGI~

(Baca lagi..)

22 Jun 2011
Rabu
Malam

Saya melayari laman web UTM.
Dan klik bahagian FAKULTI.
Ada semua senarai kursus Ijazah Sarjana Muda atau "Bachelor" yang ditawarkan di UTM.

Saya baca bahagian Alumni,, daripada fakulti lain.
"Saya sudah bekerja selama 8 tahun. Saya ditawarkan jawatan di syarikat saya bekerja 8 bulan sebelum saya graduate. Dan saya sudah bekerja di pelbagai negara."
Saya terkejut.
Pastinya beliau bukan calang-calang orang.
Pointer? Pastinya sangat bagus.

Saya termenung.
Dan pergi ke laman web Aimsweb.
Tengok keputusan peperiksaan lama.

"Hum..."

Rasa rendah diri.
Sedih.
Semester 1, lebih sikit dari 3.00.
Semester 2,3, (dan mungkin 4), bawah 3.00.

Dan saya "check" senarai subjek untuk semester-semester hadapan.
Ada banyak "baki" jam kredit.

"Rasa rugi pulak kalau tak isi dengan subjek lain.."
Takkanlah kena goyang kaki kat bilik kan?

Mungkin ada kata,
"Eloklah banyak masa lapang. Boleh study."

Ye ke?
Mengikut pengalaman saya yang tinggal kat blok siswa (sebab saya memang siswa):

~ kebanyakannya memang kaki LAPTOP
Study depan laptop (kononnya)
Tangan pegang pensel. Kepala menghadap buku atas meja.
Mata jeling-jeling "notification" facebook.
Satu jam belajar jadi 15 minit.
(pengalaman sendiri. tak perlu tuding jari kepada orang lain.)
Laptop untuk main game, tengok video, surf internet, dan sebagainya.

~ kaki TIDUR
memang rajin membuta.

~ kaki BERJALAN
Yang ada kereta dengan motorsikal bukan main ligat berjalan.
Banyak masa "terbuang"
Tapi kalau pandai urus masa tu takpelah.

~ dan macam-macam alasan lagi.

Kan bagus kalau masa yang ada itu diisi dengan perkara berfaedah.
Setiap perbuatan kerana Allah ialah ibadah.
Seeloknya masa lapang itu diisi dengan perkara berfaedah.

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Saya terfikir untuk REPEAT atau ulang subjek2 lemah.



Eh, REPEAT?

Elok ke kalau REPEAT ni?
Saya teringin nak tanya pendapat orang, tapi tak tahu nak tanya siapa.

Saya cuba susun (tarik subjek-subjek akan datang) untuk setiap semester.
KALAU saya REPEAT...
Saya dapat 17, 18, 5, 18 dan 18 jam kredit.
5 jam kredit tu Latihan Industri a.k.a. praktikal.

Ertinya, jadual makin padat.

Sekali lagi, termenung.

Saya pun update status di facebook.

"17, 18, 5, 18, dan 18 jam kredit untuk sem2 akan datang."


Saya terbayang.
"Kalaulah aku REPEAT, ertinya..."

Orang akan mencemuh dan mengata.
"Nampak sangat dia tu tak pandai.."
"Apalah, dah masuk U pun kena mengulang. Time SPM bukan main cemerlang. Sampai U dah kecundang?"

Tertekan. Sangat tertekan.
Terbayang "apa orang kata"




23 Jun 2011, Khamis
Sekitar 12 pagi

Dan kakak Umi Kalsom Yusof tinggalkan komen.

tunggu result..menghitung hari....

"Ah! Waktu yang bagus!"

Saya pun terus tanya.

kakak, kakak penah repeat tak?

 ade..subjek techno..

secara peribadi, kakak rasa elok ke repeat ni?

ok je..cuma segan sket la..sebab join ngan junior..elok la repeat, ble naikkan pointer..kalau cover betul2 la..

tu la. SEGAN. kita selalu fikir "apa orang kata". walaupun saya bagi nasihat kat orang, saya jugak termakan dengan nasihat tu.
saya pun rasa segan. ada beberapa subjek teringin nak repeat. macam kakak cakap, boleh naikkan pointer. cumanya, saya terfikir, kalaulah ada subjek lain saya kena repeat, dan lebih 18 jam per sem, boleh ke? dekan biasanya lepaskan x?

kena tengok pointer sem sebelumnya..kalau bawah 3, bukan takat dekan, dengan PA pun berat sket nak lepas..tapi ble ayat2..kalau diri sendiri rasa mampu, go on..yg sebenar nak dgn tak je..^_^

so, kalau yang nak repeat tapi bawah 18 jam kredit ni, xyah jumpa dekan kan?

tak pun..=)

saya terfikir, kalau pointer asyik rendah je, rasa memalukan diri je. kaum lain berlumba2 kejar first class. kita, selalu solat, baca quran, cari ilmu2 keagamaan, tapi pointer x sampai 3. rasanya jadi fitnah untuk Islam tu sendiri. agama jadi alasan atas kegagalan sendiri. sebab tu saya nak repeat.

Allah nak uji kita..berada pada jalanNya tak dijanjikan kemudahan.. mohon pada Dia selalu agar diberikan kekuatan..never say never~

terima kasih ye kakak Umi Kalsom Yusof. ada rezeki saya belanja kakak.

ops, wah..nak belanja ye..rezeki2..alhamdulillah...=D

hihihi. tak salah kan rasa terhutang budi kat senior, kan? pastikan kakak tuntut ye.

 haha..kalau teringat..


Tak lama kemudian, sahabat lain pun komen.

repeat xde la memalukn sgt sbb ramai je yg repeat dpt gred yg lebey baik cam sblm ni kwn i repeat 2 kali at last dpt A- utk basic electrical engineering... x sll hidup ni ade peluang ke-2 n ke-3 n seterusnye, di mane ade kemahuan di ctu ade jln... =)


Baru saya sedar.
Musuh yang sebenar ialah diri sendiri.
InsyaAllah, kalau mengulang itu yang lebih baik, apa salahnya kita teruskan.
Nak dengan tak nak je.

Hari ni, saya terasa lebih "hidup".
Pastinya mama dan arwah abah meletakkan harapan tertinggi terhadap saya.
InsyaAllah, harapan ini akan ditunaikan..

Terima kasih kakak Umi Kalsom Yusof .

Tajuknya boleh jadi macam ni ~
"Spare! Strike! Longkang!"
Haha..

12 Jun 2011
Ahad

Hari ni shopping lagi.
Kali ni jalan2 kat Klang Parade.
Mama mintak saya pilih satu baju.

Kebanyakannya memang sangat tak berkenan.
Dan saya jatuh hati dengan dua pasang baju.
Baju warna hitam dan putih.
Dan baju putih dan hitam.
(ada beza ke?)
>>> Nat Cure sangat suka warna HITAM dan PUTIH ni.

Saya pergi fitting room, dan pilih baju hitam berlengan putih.

Cari baju jauh lebih senang daripada cari seluar.
Saiz ade je.


Lepas beli,mama nak cari handbag.
Saya, abang saya dan adik lelaki saya pusing2 area atas Klang Parade.
Dan masuk pusat bowling.
Setahu sayalah, kat bandar Klang, ini je pusat bowling yang ada.
(Sila betulkan kalau saya tersilap.)



Tapi kami tak mainlah.
Tengok je pun dah cukup seronok.

Mama pun beli handbag, dan kami pun berjalan ke Shah Alam.

i-City

Dalam perjalanan, dekat bulatan, ada lori ais terbalik.

orang tu buang ais tu ke rumput @ longkang.
jemur lama2 bawah matahari pun jadi air.

nota kaki:
~orang kita (bukan semualah)~
nampak duit syiling bertabur kat jalan, diorang kutip.
nampak beras bertabur kat jalan, diorang kutip.
tapi kalau air batu, memang x payah curilah.

bukan nak ajar mencuri, tapi tolong bersimpati terhadap mangsa.
bukannya kaut keuntungan daripada musibah.
itu bukan rezeki. itu bala.

sambung cerita....

Pergi Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kat sana ada pusat bowling jugak.

Adik beradik saya main, kecuali saya.
Tak suka main bowling.
(tak suka bersukan sebenarnya. haha)

Saya duduk, dan main DSLR.











Kali terakhir (dan kali pertama!) main bowling ialah pada tahun 2007 (atau 2006).
Tak ingat mana satu.
Waktu tu, Pak Teh dan Mak Teh dan sepupu2 ajak main kat Klang Parade.
Pagi main bowling, petang tu pergi tuisyen.
Tu je la last main bowling.

Habis main, kami pun pulang ke Klang.
(Klang ni sebelah barat Shah Alam. Tak jauh mana pun.)

Masjid di Klang.


~ The End ~

p.s. Kami jumpa alat penimbang berat.
sekali timbang 20 sen je.
Saya pun timbang.

Turun 2 kg!!
Whoa!!
Sangat bahaya ye..
 Setiap kali duduk rumah, badan makin 'mengecil' dan 'nipis'.
Badan kurus menjadi kerempeng.
Kenapa?
Satu hari, kadang2 sekali je makan nasi.
Sekali tu maknanya satu senduk nasi.
(sangat jaga badan)
Waktu lain, saya isi perut dengan roti.
(Kat rumah memang saya jarang makan nasi.)

Belum bulan puasa dah 'ringan'.
Kalau puasa, boleh terapung kat udara agaknya.

Risau.
Sangat risau.
BMI makin hari makin lari.
Dan kekal menjadi individu "underweight".

11 Jun 2011

Hari ni 'shopping' di Jusco Bukit Tinggi.
Cari seluar untuk raya.

Macam biasalah, seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas), saya 'buat perangai'.

"Ala.. Semua saiz besar je.."
Setiap kali masuk 'fitting room', mesti seluar tu longgar.
Itupun saiz 28.
Ya, 28.
Dan saya kata seluar tu longgar.

Berapa saiz seluar yang 'ngam' dengan saya?
27.

Whoa! Keciknya pinggang!
Mengalahkan orang perempuan.

Sob2.. sedey taw..
Sebab SUSAH SANGAT nak carik saiz.
Punggah sana, punggah sini, tetap tak dapat saiz.

Saiz biasa bagi seluar lelaki dewasa ialah 28 - 33 (lebih kuranglah)
Dan saya tak tergolong dalam golongan ini.

Saya geram.
Dan hentikan operasi mencari seluar.
Muka masam mencuka.
Inilah 'keburukan' lelaki berpinggang kecik.

Tapi mama sunguh2 cari.
Dan akhirnya jumpa.
Rasa malu sangat kat mama.

Alhamdulillah, settle satu masalah.

Dan mama pun suruh saya cari sepasang baju.

Pusing2. Dan satu pun tak berkenan.
Mama bagi cadangan,.
Sepasanga baju hitam dengan jalur oren.

"Tak nak," kata saya.

Saya pusing jauh sikit, dan ternampak sepasang baju, yang secara kebetulannya memenuhi kriteria yang saya mahu.

"Eh, ni t-shirt ke sweater ni??" kata saya.
Design baju tu agak unik.
Tak pernah nampak.
Baju putih lengan pendek tu ada kolar, dan HOODIE!

HOODIE? Apa itu HOODIE?
Sila Google sendiri, dan bagitau saya apa itu HOODIE.

Saya sangat berkenan dengan baju tu..


Style 'Hoodie'


Sekitar tahun 2006-2007, saya mengikuti perkembangan sebuah 'videogame' bertajuk 'Kingdom Hearts 2'.
Ada sebuah watak mencuri perhatian saya dalam game tersebut.

Mickey Mouse (also known as "The King")

Apa yang lain tentang gambar ni dengan Mickey Mouse yang lain ialah BAJUnya.
Cuba tengok bahagian kolar.
Itulah Hoodie.
Kalau hujan, boleh tarik benda tu, bagi tutup kat kepala.
Kalau tak hujan pun takpe. Boleh tarik ke kepala bila2 kita nak.

Satu lagi watak yang saya suka ialah watak ini.
Roxas


Dari sinilah saya mula berminat dengan fesyen Hoodie ni.

Yang Pertama


Saya ada sweater warna kelabu, yang ada hoodie.
Itulah baju Hoodie pertama yang saya ada.
Pemberian Pak Teh dan Mak Teh, sebelum saya ambil SPM.
Kalau tak salah, Ogos 2007.
Katanya, jadi pendorong semangat untuk terus belajar (waktu tu dekat2 SPM).
Kami shopping di Klang Parade, dan saya dibelikan baju tersebut.
Sampai hari ni saya masih pakai sweater tu.

Sweater yang penuh dengan memori zaman sekolah, matrikulasi dan universiti.



Sampai ke hari nilah saya suka style Hoodie ni.
Well, masa muda kat universiti pun dah nak habis.
So, kena merasa banyak bendalah sebelum 'membesar' dan 'matang'.

"In youth we learn. In age we understand"

9 Mei 2010, Ahad


Harii ini saya dan abah ke kedai elektrik di Klang.
Kedai tu kedai lama.

Mungkin kedai ni wujud sejak abah sekolah menengah.
Tempatnya tak jauh dari jambatan Sungai Klang.

Selepas parking Avanza, kami masuk ke kedai.
Tauke kedai tanya apa yang abah cari.
Abah mintak macam-macam bahan untuk "wiring".
Abah nak pasang kipas siling kat rumah.

Kipas siling jauh lebih tahan lama daripada kipas yang boleh dialih.
Kami pun banyak kali bertukar-tukar kipas kat rumah.

Abah ialah juruteknik.
"Wiring" memang salah satu kelebihan beliau.
Boleh kata semua "wiring" kat rumah tu beliau yang buat.

Kemudian saya tolong angkat kipas dan paip2 wayar ke dalam Avanza.

Hari ini juga merupakan Hari Ibu.

Lagu-lagu bertemakan ibu kian berkumandang di radio.

Tak lama kemudian, lagu Untukmu Ibu oleh Mamat Exists dimainkan.


Kami dalam perjalanan untuk ke kedai jam.

Sebaik sahaja berhenti di depan kedai jam, aku nampak abah menangis.
Lagu Untukmu Ibu masih dimainkan.
Tangisan seorang lelaki, banyak ertinya.

Barangkali, beliau teringatkan arwah opah.
Atau, teringatkan mama.

Memang susah nak tengak bapa sendiri menangis.

Saya keluar dari kereta, dan pergi ke kedai jam.
Abah ke kedai repair air-cond kereta.
Saya diminta untuk memilih jam di kedai tersebut.

Banyak sangat pilihan, saya tak tahu nak pilih yang mana.

Akhirnya abah muncul, dan survey jam di situ.
Saya memang tak pandai tawar menawar.

Kemudian, seutas jam dibeli.
Kami pun pulang ke rumah.


Di rumah, kami memberikan kek kepada mama.
Kami anak-beranak beratur untuk bersalam, dan mengucapkan "Selamat Hari Ibu".
Sebaik saja bersalam, saya terus menuju ke hadapan televisyen.
Sambung main game di laptop.
Kek itu, secubit pun tidak saya sentuh.
Kenapa?

Saya ego.
Tak suka menunjukkan yang saya menyayangi seseorang.
Tak suka orang lain tahu apa yang ada di hati.
Saya lelaki, dan ego saya besar.


Sebenarnya, semua ahli keluarga saya menyambut hari ibu setiap tahun.
Kecuali saya seorang.




Dan ego itulah yang memakan diri saya sendiri.
Saya hanya menyedarinya selepas kehilangan orang tersayang.
Perlahan-lahan, ego itu runtuh.
Sekaligus mendidik diri agar menyayangi mereka yang sentiasa berada di sisi.


Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada semua ibu.

~69 hari lagi~

(Baca lagi..)

19 April 2010, Isnin.

From: Abah 012
19-Apr-2010
23:14
"Dah naik bas?"

Abah tanya saya dah naik bas atau belum.
Saya masih berdiri di stesen minyak Shell Sri Putri.
Menanti bas Transnasional untuk pulang ke Klang.
Kebiasaanya, bas akan tiba jam 12 pagi, walaupun waktu yang tertulis di tiket ialah 11.15 malam.

Kertas peperiksaan saya berakhir pada tarikh ini.
Dan saya memutuskan untuk pulang pada hari yang sama.
Petang itu, saya "packing" barang-barang, dan bungkus dalam kotak.
Kemudian meminjam kereta kancil kakak Asma.
Abang Fadhlul Wafi yang pandu.
Kotak2 ini dibawa ke S42 - sebab stor S42 buka petang.
Pagi itu saya ada kertas.

Bas pun tiba lewat, seperti biasa.
Saya masukkan beg ke dalam ruangan bawah bas.
Saya tahu, sebaik saja saya naik bas ini, saya takkan kembali ke Selatan, sehingga 83 hari berikutnya.

Dan percutian 83 hari saya pun bermula.

~89 Hari Lagi~



20 April 2011. Selasa.

Maka, tamatlah kisah saya sebagai Mahasiswa Tahun Satu 2009/2010.

Saya menaip mesej.
"bas saya dah bertolak.
dua sem kat sini, rasa happy sgt.
rapat dgn senior2 drpd classmate sendiri.
:)
jumpa lagi semester akan datang..
Ashraf Bin Nazlan"

mesej ini dihantar kepada 10 senior yang paling rapat dengan saya.

Senior2 meminta saya untuk rapat dgn kawan2 sebaya lain.
Sebab, bila diorang dah graduate, sape lagi sahabat yang saya ada?
InsyaAllah, saya akan lebih "friendly"..

Bas pun bertolak menyelusuri jalan yang diselebungi gelap malam.

*****

"Abah, As dah sampai Shah Alam"

"Ok. Jap lagi abah sampai."

Abah kerja malam.
Baru saja tamat kerja.
Beliau pulang ke rumah sebentar untuk tidur.

Abah datang bersama Avanza.
Jam sekitar 4 pagi.

Dan kisah ini saya sambung di sini.

~88 hari lagi~



2 Mei 2010, Ahad

Pagi itu abah hantar saya ke sekolah memandu.
Ada gerai jual nasi lemak di hadapan sekolah tersebut.

"Nak makan nasi lemak tak balik nanti?"
tanya abah.

"Tak."
jawab saya.
Selamba.
Sambil membuka pintu.
Dan tutup.
Selamba.

Satu perkara yang saya rahsiakan dengan semua orang:
Saya sangat bersifat DINGIN terhadap abah.
Di dalam rumah.
Di luar rumah.
Kadang2 terasa beliau seorang yang sangat asing bagi saya.
Secara jujurnya, ada sedikit rasa benci.
Puncanya, ada kaitan dengan masa silam saya.
Bahagian ini, biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
Yang pahit, saya tak mahu kongsi.

Mood saya tak elok pagi itu.
Perut meragam.

*******

"Abah, As x boleh beljar hari ni. Sakit perut."

From: Abah 012
02-May-2010
08:07
"Ok, abh dtg"


Saya minta abah ambil saya di hadapan sekolah memandu, seawal 8 pagi.
Saya tak dapat belajar motorsikal pada hari itu.
Perut saya sangat sakit.
Sehari sebelum itu, mama masak sambal sotong.
Tapi cilinya terlampau pedas.
Satu rumah perut meragam.

Saya cuba untuk mendapatkan lesen motorsikal pada cuti kali ini.
Sebelum matrik lagi saya dah ada lesen P untuk kereta.
Lesen motor je takde.

Abah pun nampak beria-ia mengharap saya lulus.
Kenapa?
Cuma lesen motorsikal je.
Takde ape yang istimewa.

Abah tiba dengan Avanza, dan bawa saya pulang.

~76 Hari Lagi~

Saya mula bercuti secara rasminya pada 27 Januari, tatkala mahasiswa lain masih hadir ke kuliah.
27 Januari ialah Khamis.
Dan Khamis jadual kosong.
So, saya balik Rabu petang. Kisahnya di sini.
(Jumaat tu ada kuliah 1 jam, tapi saya ponteng. Ye, pas ni saya JANJI tak buat lagi..)


Jom tengok gambar-gambar saya ambil menggunakan Nikon D3100 sepanjang cuti.

Gambar kucing saya di sini.

Gambar saya jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam di sini.

Gambar-gambar lain:

Kucing jiran.


Belakang rumah. Ada padang bola sepak.










Sebelum pulang ke UTM, pokok ni tak berbunga pun.
Saya balik rumah, terus berbunga sebanyak2nya.


Suka gambar ni.
Rise and shine.







Ini ialah sinaran matahari yang menembusi kaca di pintu.
Dan cahayanya "jatuh" ke karpet.
Situasinya biasa je, tapi kalau tengok dari sudut lain, memang cantik.

Tidur memanjang..
Dia tidur dalam almari yang dah dikosongkan.

Pokok misai kucing.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...