August 20 2026,  5.07 pm



Siapa kat sini layan kisah siri anime terbaharu, 'Jaadugar: A Witch in Mongolia'?

Best gila kut cerita ni!!!

Saya tak sangka saya akan tersangkut berjam-jam menonton keseluruhan siri ni, walaupun saya sebenarnya dah lama tak layan anime.

Yang menariknya, kisah ini menampilkan banyak sisi Islam yang kita sebagai Muslim belum tentu tahu.

July 28 2026, 10.22 pm


Secara rasminya, hari ni blog ni dah cecah  sejuta pageviews.

Tak sangka ya dapat cecah angka ni.

Saya rasa sebab web scrapers atau spam bots je la.

Nak ikutkan content untuk blog ni biasa-biasa je.

Dan tak aktif blogging pun macam dulu.

 January 20 2026, 9.34 pm


19 Januari 2026


Saya masih tercegat di antara rumah & khemah kenduri.


Kebingungan. Dah 10 minit berdiri kat sini.


"Betul ke ni rumahnya?" bisik saya.


Last sekali buat muka tebal, tanya sorang abang ni.


"Erm.. Saya tak tahu saya kat majlis yang betul. Ini majlis Atikah ke?"


Abang tu mengerutkan dahi. Macam tak pernah dengar nama tu.

Alamak, aku salah rumah ke?


"Nuratikah?" tanya dia.


"Ha'ah, ya! Nuratikah!" jawab saya.


Saya jadi pelik sebab guna nama penuh.


"NURATIKAH!!! NURATIKAH!!!"


Hish abang sorang ni. Dia jerit nama Atikah sampai semua orang dalam 2 khemah yang penuh dengan manusia tengok saya. Malu gila.


"MEK!!!" jerit abang tu. Aku dah makin tebal muka walaupun tak pakai mekap.


Abang tu panggil Mek. Mungkin tu panggilan dia dalam kalangan keluarga ni.


Dan dalam ramai-ramai perempuan baju kurung ungu yang berkumpul depan khemah tu, saya nampak kelibat dia. Dia pandang saya. Saya pun pandang dia.


Dunia tiba-tiba macam berhenti selama 5 saat.


Nampak jelas mata dia terbeliak sebesar alam.

"WEI!!! KAWAN AKU!!!" jerit Atikah.


Teruja betul dia nampak saya.

January 1 2026, 8.08 PM


Kali ni saya nak buat blog post lain sikit daripada biasa.

Saya nak kongsi tentang jadual pasang surut air laut di Pelabuhan Klang pada 2026.


Dah kenapa tiba-tiba nak buat post pasal jadual ni?


Sebenarnya fungsi jadual ni bergantung kepada penggunanya.


Ada orang guna jadual ni untuk memancing.

Sebab pada waktu yang berbeza akan bagi kesan kepada jenis & kuantiti hasil tangkapan.


Tapi saya pulak guna jadual ni untuk ramal banjir.


 December 18 2025, 9.23PM


Dah terlalu lama saya pendam.

Dan mungkin dah sampai masanya saya luahkan semua yang terbuku.


*****


Akhir-akhir ni ramai yang bualkan tentang filem Papa Zola.

Saya tak berkesempatang untuk tonton, sebab saya sebenarnya bukan kaki wayang.

Antaranya, banyak masa terbuang semata-mata nak tonton filem 2 jam. Kena start kereta, hadap jem, jalan kaki dari parking ke pawagam, tonton 2 jam untuk filem, jalan kaki ke parking dan hadap jem lagi.

So, tunggu je la filemnya keluar online.

Ramai cerita tentang kekaguman mereka terhadap insan bergelar suami dan bapa.

Dan bagi saya, secara peribadinya, istilah 'abah' itu ialah seseorang yang saya nak padam dalam hidup saya.

October 19 2025, 10.24 pm


11 Oktober 2025


Daripada luar pintu, saya boleh nampak kelibat 2 orang sedang berbual.

Saya tekan loceng.

Dua-dua menoleh.

Seorang berjalan mendekati pintu, dan membukanya.

"Awalnya. Masuk, masuk." kata Sir Fazrul Azreen.

October 10 2025, 6.40 am


Asalnya minggu ni saya nak tulis post yang saaaangat panjang, tapi saya simpan dulu la sebab masih dalam peringkat draft.

(Nanti kalau dah siap saya kongsi)

So, untuk blog post minggu ni, saya tukar topik sikit la.


Alang-alang dah 7 bulan masuk dunia oil & gas, dan saya pun memang penulis blogger sejak 2010, maka saya pun terpanggil untuk berkongsi tentang dunia oil & gas.

So, penulisan kali ni saya tujukan kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang teringin nak masuk industri oil & gas.


*****

Dahulunya, sekitar zaman sekolah hingga universiti, bila cakap pasal oil & gas, saya mesti terbayang,

"Chemical Engineering student je la yang dapat masuk oil & gas, kan?"

Kakak sepupu saya yang kerja Petronas cakap "Takde la. Banyak je engineering student lain masuk oil & gas."

Sebab 'oil & gas' ni kan bahan kimia, so memang logik la budak chemical engineering student je masuk oil & gas, macam budak-budak electrical engineering dapat kerja TNB.

Ini ialah fikrah atau pemikiran saya waktu muda dulu. (Sekarang pun masih muda lagi.)

Bila saya semakin dewasa & masuk alam kerjaya, saya mula sedar sebenarnya dalam satu-satu industri tu banyak guna tenaga kerja daripada pelbagai jenis bidang.

Macam industri pembuatan plastik, perlukan pakar dalam bidang elektrik untuk bagi power untuk hidupkan mesin, perlukan pakar mekanikal untuk jalankan rotating equipment, pakar instrumentation untuk baca parameter dalam mesin, etc.

Jawapan yang sama juga terpakai dalam oil & gas. APA-APA BIDANG sebenarnya sesuai je untuk oil & gas, sebab bidang oil & gas ni sangat luas.

Dan oil & gas ni bukan sekadar yang kerja di pelantar minyak di tengah laut itu sahaja ya. Kat darat ni lagi bersepah dan lagi banyak peluang kerja sebenarnya. Cuma mungkin kurang pendedahan kut. Saya pun mcam ni jugak dulu.

*****

Untuk blog post kali ni, saya nak fokus kat soalan ini,

"Saya ada degree dalam XYZ, apa pekerjaan dalam oil & gas yang sesuai untuk saya?"

Jawapan saya,

"Pergi website Shell Degree Matcher. Check sendiri kat sana."


Awak tekan 'All' yang saya tanda merah kat gambar ni.

Cari degree awak.

Contohnya, saya ada degree dalam Electrical Engineering .
Ni yang saya dapat:
1. Pipeline, Flow Assurance and Subsea Engineering,
2. Process, Automation, Control and Optimisation
3. Geoscience
4. Geophysics
5. Information Technology
6. Production Engineering
7. Petrophysics
8. Research and Development (R&D)
9. Marine Engineer
10. Electrical Engineer
11. Subsea Engineer
12. Well Engineering
13. Utilities, Water, Energy and Heat Transfer Engineering
14. Asset Maintenance, Reliability and Turnaround
15. Reservoir Engineering

Tengok tu. Sampai 15 jalan kerjaya boleh dipilih.
Baca la satu demi satu description yang aad tu.

Jadi kalau yang ada degree takde dalam senarai, nak check kat mana?

Awak pilih 'Any Degree' kat pilihan yang tulis 'All' tadi tu.
Dan bacalah apa yang terpapar di skrin.

******

Banyak je peluang kerjaya dalam oil & gas ni.
Dan ini tidak terpakai untuk nak kerja kat Shell je la.
Ini cuma sekadar guidance untuk awak tengok awak boleh pergi mana dalam oil & gas.

*****

So, insyaAllah, lepas ni saya akan tulis banyak lagi info tentang oil & gas.
Jemputlah jenguk blog ni dari semasa ke semasa.

Terima kasih.



September 21 2025, 11.00 PM


To Kakak Nafisah,

this is the final piece of the previous story.

(and yes, it's specially written for you.)

*****

September 18 2025, 9.48 pm


To Kakak Nafisah,

this one (and the next blog post) is specially written for you.


*****

Dah lama rasanya saya tak betul-betul menulis, kan?

Sebelum ni asyik letak gambar tanpa caption pun. Takde isi. Takde penerangan.

Akhir-akhir ni saya rindu untuk menulis semula gaya penulisan kegemaran saya, iaitu gaya penulisan Hlovate.

Blog ni juga pernah diviralkan oleh Hlovate sendiri. (And I'm totally proud of myself!)

Tahun 2010-an itulah zaman keemasan blog ni dan sahabat seangkatan saya (terutamanya kakak kesayangan ni la).

So, here it is, khas untuk mereka yang rindu zaman itu.

(Kakak, saya rasa, antara geng kita ni, saya je kut yang boleh angkat balik style ni. Yang lain macam ramai je dah bersara daripada dunia blogging. But I never blame all of you, though. Minat dan hobi tu berubah mengikut masa.)

*****

September 13 2025, 7.12 am


 August 31 2025, 1.58 pm



January 4 2014, 8.14 am



Pada mulanya, saya sangkakan filem 'Dilan 1983 - Wo Ai Ni' ialah sebuah lagi kisah cinta daripada Dilan. Kira cinta monyet la zaman sekolah rendah la. Tapi sebenarnya filem ini bukan kisah jiwang pun, tapi filem dakwah! Ya, memang filem dakwah!

Kita dibawa ke tahun 1983 di Indonesia, yang mana Dilan kembali ke Bandung setelah hampir 2 tahun di Timor Timur mengikut bapanya bertugas sebagai tentera. Kemunculan Mei Lien Marry Oey mula menghidupkan aura mat bunga dalam diri Dilan.

August 26 2024, 11.40 pm



Saya baru selesai menonton 'Dua Garis Biru', sebuah filem Indonesia yang mengupas isu kehamilan sebelum perkahwinan dan kehamilan bawah umur.

Saya ambil 3 hari untuk habis menonton filem ini. Hari pertama saya menonton 30 minit pertama. hari kedua saya menonton 1 jam berikutnya. Hari ketiga, saya menonton baki 20 minitnya.

 July 12 2024, 11.29 pm

Saya berjaya habiskan maraton 4 filem ini dalam beberapa hari ni.

Iaitu filem Dilan 1990, Dilan 1991, Milea, & Ancika.

2 filem pertamanya ialah suara hati Milea yang mengungkapkan kisahnya bersama Dilan.

Menceritakan pertemuan pertama mereka di jalanan pada 1990, yang membawa kepada mereka secara rasminya berpacaran. Kisahnya sangat indah, ala-ala dunia ini mereka hidup di syurga. Di hujung filem kedua, penonton dibawa kembali berpijak di bumi nyata, yang mana pertemuan itu ialah sebuah persinggahan. Filem ini berakhir pada 1997.

June 5 2024, 10.26 pm



Saya sangat teruja apabila terlihat gambar ini di facebook beberapa minggu lepas.

Wow! Keluar jugak koleksi ni!

Setelah bertahun-tahun sabar menanti, akhirnya saya berpeluang menghyati karya ini.

Generasai muda sekarang mungkin tak kenal karya legenda ini.

December 9 2023, 4.12 PM



Saya terjumpa istilah NEET ni dalam drama bersiri Jepun bertajuk ‘Marry Me!‘. Drama ini merupakan adaptasi daripada manga.  Dalam drama ni ada disebutkan tentang  ‘NEET Protection Law‘. Dan saya sangkakan NEET ni ialah istilah fiksyen yang dicipta dalam manga ni. Rupa-rupanya istilah NEET ni memang wujud di alam nyata, cuma tidak digunakan di Malaysia.

October 23 2023, 10.29 am

Melayu merupakan bangsa daripada kelompok manusia moden, iaitu Homo sapiens. 23 pasang set kromomosom manusia tidak berubah sejak zaman dahulu lagi. Hari ini terdapat kepelbagaian di kalangan manusia kerana perubahan minor dalam set allele secara pemilihan semula jadi (natural selection). Mengikut tempat dan juga cuaca.

Di kawasan yang sejuk & tinggi, manusia mempunyai kulit yang cerah dan berkemahiran mendaki gunung. Manakala di tempat panas dan berdekatan laut, kulit manusia kelihatan lebih gelap & juga pandai berlayar. Kebolehan manusia beradaptasi dengan alam membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke seluruh bumi sebagai khalifah. Walaupun manusia itu bersuku-suku,, tetapi semua manusia moden dating daripada satu jurai yang sama, iaitu Adam & Hawa.

Kajian DNA  “Single Nucleotide Polymorphism“ (SNP) atau Polimorfisme Nukleotida Tunggal merupakan kajian perwarisan manusia daripada juraian ibu (DNA mitikondria) & juraian bapa (DNA kromosom Y). Selain mengesan jalur keturunan ibu atau bapa, kajian ini juga boleh mengukur umur DNA bangsa & keberadaannya di sesuatu kawasan berdasarkan umur relatif DNA dengan teori kemenjadian DNAm iaitu pada 5 juta tahun dahulu.

1.       Genetik Mitokondria Hawa (Mitochondria Eve)

Ini merupakan genetik yang dibawa oleh ibu sahaja, dan ditemui oleh Cann, Stoneking & Wilson dan diterbitkan melalui artikel “Mitochondria Eve“ dalam majalah Nature 1987.

2.       Kromosom- Y Adam

Ini merupakan kromosom seks yang hanya terdapat pada lelakim dan hanya boleh diwakili anak lelaki sahaja. Kajian ini adalah tentang perwarisan sebelah bapa atau paternal.

*****

5 juta tahun dahulu

Teori kemenjadian DNA menyatakan DNA manusia pertama wujud pada 5 juta tahun dahulu.

200 000 tahun dahulu

DNA manusia moden, iaitu Homo sapien wujud dan bermula di Afrika Timur. Bangsa Melayu berasal daripada juraian ini.

Kajian kromosom-Y yang dipanggil Y-Chromosomal Most Recent Common Ancestor (Y-MRCA) juga meletakkan usia 200 000 tahun.

Ini mengesahkan teori satu ibu & satu bapa, iaitu Adam & Hawa.

74 000 tahun dahulu

Masyarakat berhijrah daripada Afrika tiba di Tanah Melayu selepas menyeberangi Laut Merah, Selatan Semenanjung Arab, Pantai barat India, dan Indochina melalui jalan pantai yang panas.

Letusan Gunung Toba mengorbankan 70% penduduk bumi.  Manusia yang tinggal di Gua Niah, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar terselamat daripada bencana ini, dan melahirkan bangsa asal Asia Tenggara. Mereka berasal daripada 4 bangsa purba Asia Tenggara.

Nenek moyang Melayu telah berkampung di pedalaman Asia Tenggara dan menjadi induk utama bangsa Daic di Utara Vietnam & Indochina. Mereka menurunkan generasi Melayu, Mon, Khmer & Pyu.

60 000 tahun dahulu

Melalui MtDNA, Melayu ialah bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia. Mereka ialah pecahan genetik tertua dari Afrika sebelum berevolusi di Utara & Timur.

Menurut Yao dalam „Phylogeographic Differentiation of Mitochondrial DNA in Han Chinese“, migrasi orang China bermula daripada Selatan, bermula di Asia Tenggara ke China. Ini bererti genetic Melayu lebih tua daripada China, sekaligus menolak Theory Out of Yunnan & Theory Out of Taiwan.

Asia Tenggara menjadi takungan genetik  Melayu & Mon dan bergerak ke Benua Sunda. Dan ini tidak merujuk kepada orang Semang semata-mata, bahkan nenek moyang Melayu.

59 000 tahun dahulu

MtDNA Melayu hampir sama usianya dengan Semang. Orang Melayu hakikatnya pendatang yang berhijrah dari Afrika ke Benua Sunda dan menjadikan kawasan ini sebagai tanah air mereka.

Orang Melayu tiada allele jenis E (genetik Afrika) tetatpi mempunyai genetik yang bermutasi daripada kitaran pertama genetik allel M, N & R. Penanda genetik (genetic marker) orang Melayu ada banyak persamaan dengan kepulauan Melayu, Mikronesia & Polinesia.

Pergerakan penutur Bahasa Austronesia di kepulauan Melayu berdasarkan DNA adalah bermula di pedalaman Asia Tenggara, kemudian Semenanjung & kepulauannnya, dan bertemu penduduk Taiwan di Papua & Filipina.

50 000 tahun dahulu

Ibu orang Melayu berada di Kepulauan Melayu.

40 000 tahun dahulu

Bapa orang Melayu (haplogroup K)  berada di Kepulauan Melayu, dan mungkin tiba pada waktu yang sama dengan ibu orang Melayu (50 000 tahun dahulu), tetapi mengalami mutasi yang berbeza.

MtDNA ibu Melayu lebih stabil dan sukar bermutasi dan terletak di luar nukleus. Mankala kromosom-Y di dalam nukleus yang bererti mudah bermutasi.

Orang di Timur & Timur Laut Kepulauan Melayu ialah cucu & cicit kepada nenek Melayu kita yang bermigrasi ke sana (dan bukanlah dari sana ke mari).

10 000 tahun dahulu

Allele Non-Africa yang sampai ke Kepulauan Melayu ialah K-M. Menurut Tatiana N. Karafetm haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang Austronesia, bermula di kepulauan Melayu sebelum tersebar ke seluruh dunia.

3 000 tahun dahulu

Teori Slow Boat atau Out of Taiwan mungkin berlaku. Pertembungan ini mewujudkan bahasa Melayu atau bahasa Austronesia.

Tanah melayu hakikatnya menjadi tanah air kita sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Melayu menjadi bangsa induk kepada bangsa lain di Timur hingga ke Hawaii & Raapa Nui serta ke Utara (China, Jepun, Korea).

Melayu juga ialah bangsa petama membina ketamadunan & negara bangsa sebelum migrasi zaman moden oleh British. Oleh itu, kita sememangnya bumiputera & pribumi di kepulauan Melayu.

Rujukan:

Kitab Tamadun Melayu, Patriots Asia Sdn. Bhd.

 October 22 2023, 3.22 pm

Bentuk muka buminya yang dikelilingi pulau dan laut mengilhamkan orang Melayu untuk membina kapal dan meneroka Nusantara hingga ke luar alam Melayu. Kapal ini berkeupayaan tinggi kerana dengan drauf yang kecil tetapi mampu menampung ramai anak kapal. Mempersoalkan Melayu ini pendatang daripada Indonesia ke Tanah Melayu hakikatnya mempersoalkan tuan ramah yang bergerakdalam rumah sendiri.

Di sinilah rumah Melayu. Rumah yang dikongsikan bersama orang lain, dengan syarat mereka perlu setia kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat 3 teori yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi takrifan sempadan alam Melayu:

1.        Teori Wallace Line

2.      Teori Pentas Sunda.

3.       Teori Linguistik

 

 

October 212023, 6.19 pm

 

Pada 17 Disember 2021, hari Jumaat, hujan turun sepanjang hari di seluruh Selangor. Hujan memang perkara biasa di pantai Barat Semenanjung Malaysia pada musim Monsun Timur Laut ini, yang mana angin bertiup kencang dari Kelantan ke Selangor, membawa awan bersamanya dan berkumpul di puncak banjaran Titiwangsa. Tapi apa yang luar biasa ialah gugusan awan ini terlalu banyak kerana pengaruh angin Lekukan Tropika 29W yang sangat kuat, menolak awan ini melepasi banjaran tersebut, lalu hujan jatuh mencurah-curah di bahagian barat Kawasan tersebut. Hujan lebat turun di empangan Sungai Klang, meninggikan paras air, dan air terpaksa dilepaskan segera atau empangan tersebut akan pecah.

August 18 2023, 5.35 pm



Dulu saya pernah berpesan kepada diri,

"Aku dah tak nak datang sini lagi".

*****

Semester terakhir tu, saya siapkan macam-macam.

Hantar report Latihan Industri saya kepada junior-junior Kelab Remaja Ukhwah Kolej Tuanku Canselor yangsetahun muda yang rapat dengan saya.

Untuk bagi diorang rujukan waktu nak buat LI atau praktikal nanti.

Saya jugak bagi borang-borang FYP/PSM untuk bagi diorang idea untuk buat projek tahun akhir sem akan datang.


Kenapa saya susah payah nak tolong diorang walaupun diorang tak mintak?


Sebab saya berniat untuk pergi.

Pergi jauh daripada hidup mereka.

Saya nak menghilangkan diri.


Tahun akhir tu, kawan-kawan satu batch nak ambil gambar kami makan bersama.

Saya selalu mengelak daripada diambil gambar bersama diorang.

Sebab saya tak mahu jadi sebahagian daripada memori mereka.

Saya tak mahu dikenang atau wujud dalam memori mereka.

Saya mahu dilupakan.


Saya sendiri pun takde alasan kukuh kenapa saya menghilangkan diri daripada kenalan sekolah menengah & universiti.

Tapi perasaan nak menjauh tu semakin menebal pada sem akhir tu.

"Habis je konvo, aku nak block semua orang. Aku nak tutup facebook. Takde lagi 'Nat Cure' dalam hidup diorang"

Konvo pada Oktober 2013.

Tutup facebook 30 November 2013.

Block hampir semua nombor kenalan.

Hilang secara rasmi pada 1 Disember 2013.

*****

Rupa-rupanya hampir sedekad berlalu sejak habis belajar kat UTM.

Dan takdir seakan-akan 'menarik' kembali saya ke sini.

Untuk melunaskan apa yang tertangguh selama 10 tahun itu.

Saya geledah barang-barang lama saya di rumah. Dan terjumpa 3 buah buku. Satu saya pinjam dari surau. Dua buah saya pinjam dari Reading Station, sejenis rak buku yang bersepah di seluruh UTM hasil derma daripada warga UTM.

Saya perlu pulangkan buku-buku ni. Tapi saya ni takut memandu kereta dulu. Nak naik bas pun rasa tak berbaloi semata-mata nak pulangkan buku-buku ni.

Buku ni kekal tersimpan dalam kotak di rumah hampir sedekad.

Entah macam mana, ekoran apa yang  berlaku di tempat kerja, saya terus bagi surat perletakan jawatan. Kembali menganggur satu tahun setengah sebelum dapat kerja baru.

Dan tempat kerja baru minta saya ke Senai selama seminggu.

Allah aturkan semuanya dalam ilmu yang tidak saya fahami. UTM hanya setengah jam perjalanan daripada hotel yang saya tinggal.

Saya pun teringat kepada buku-buku yang saya pinjam. Dan bawa semuanya bersama.

Hari ni Jumaat, hari terakhir saya di Senai. Sebelum pulang ke Klang, saya ke UTM dahulu.

Satu demi satu memori kembali menerjah.

Tak sangka dapat pulang ke sini.

UTM tak boleh masuk pada hari cuti (Jumaat & Sabtu). Dah tak sebebas dulu. Tapi saya bagitau abang polis tu, saya nak pulangkan buku.

"Datang dari Klang semata-mata nak pulangkan buku?"

Abang tu mintak lesen saya, dan bagi pas pelawat.

Saya pusing sekitar kawasan blok pertama saya, S40.

Pusing ke Kolej Perdana. Lalu depan kedai Azah. Kemudian S05, blok terakhir saya. Dan S10, blok tahun dua. Kat sinilah kali terakhir saya jumpa arwah abah dalam keadaan sedar sebelum koma.

Ada banyak loker baru di hadapan blok masing-masing. Mungkin nak ganti loker lama.

Dan sampai di S01. Saya jalan-jalan sekitar pejabat. Lalu depan Dewan Astana. Kemudian, ke surau. Saya letakkan satu buah buku di sana.

Rindu surau ni. Tempat lepak saya dengan senior-senior & kawan-kawan saya.

Saya turun, dan cari Reading Station di pejabat KTC 

Dah takde!

Habis tu, 2 buku ni nak letak mana?


Saya masuk dalam kereta.

Entah kenapa, saya terus hantar gambar-gambar terkini kolej kepada kakak senior saya. Beliau je satu-satunya nombor  kenalan UTM yang saya tak pernah block sampai hari ni.


Kata kakak senior tu, "Sireh pulang ke gagang ni".

Betul la tu. Kolej Tuanku Canselor atau KTC ni pernah jadi rumah saya membesar selama 4 tahun.

Saya terus Masjid Sultan Ismail, atau MSI. Sebab kat sana ada Reading Station. Harap-harap ada lagi la. Saya parking berdekatan Perpustakaan Sultanah Zanariah, atau PSZ.

"Baik hantar terus buku ni ke PSZ."

Saya pun masuk PSZ. Jelaskan situasi saya kepada staff sana.

"Oh Reading Station sekarang dah tak banyak. Untuk beberapa kolej, dah merge jadi satu rak je"

Patutlah dah tak nampak lagi almari buku tu bersepah sekitar UTM.

"Jadi nak pulangkan buku ni la ya?"

"Ha'ah. Dah 10 tahun saya simpan buku tu"

Abang tu pun gelak.


Rasa lapang sangat. Saya naik kereta dan pusing sekitar Fakulti Sains, kemudian pusing sekitar Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Teringat makmal projek tahun akhir tu. Kemudian bangunan kat atas bukit yang jadi dewan exam & jadi bilik kuliah untuk kebanyakan kelas tahun akhir.

Saya kembali ke abang polis tadi. Ambil lesen semula, dan berlalu meninggalkan UTM.


Bila fikir balik, kenalan kat UTM takde buat dosa pun kat saya sampai saya nak block diorang. Diirang takde salah apa pun. Saya yang terasa nak menjauhkan diri. Mungkin, yang salah tu sebenarnya saya. Ada masalah, lari tinggalkan kawan. Suka sangat menyendiri.

Mungkin saya perlu belajar untuk hubungi semula kenalan-kenalan lama ni.

Mungkin saya perlu belajar terima kekurangan diri, sebab saya selalu beranggapan saya tak setaraf diorang. Diorang CGPA bagus, kerja bagus, ada master & PhD, dah kahwin & beranak-pinak. Saya ni takde apa pun. Rasa rendah diri & malu tu yang buatkan saya makin jauh daripada diorang. 

Tapi boleh ke diorang maafkan saya, lepas saya tinggalkan diorang?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...