October 19 2025, 10.24 pm


11 Oktober 2025


Daripada luar pintu, saya boleh nampak kelibat 2 orang sedang berbual.

Saya tekan loceng.

Dua-dua menoleh.

Seorang berjalan mendekati pintu, dan membukanya.

"Awalnya. Masuk, masuk." kata Sir Fazrul Azreen.


*****

First time jumpa Sir Fazrul depan-depan.

Jadi terkesima sekejap.

Influencer dalam oil & gas industry yang sangat berpengaruh kat Malaysia.

Saya masuk dalam office OGM (Oil & Gas Meta) atau nama barunya META.


Nampak seorang lagi insan.

Kami saling mengenali, sebab pernah berjumpa sebelum ni.


"Duduk dulu ya kat situ. Kami ada benda nak bincang."


Saya dengar dengan jelas perbincangan mereka tentang META.

Tentang isu yang META tengah hadapi.


Kemudian saya dipanggil oleh Sir Fazrul.

"Cerita sikit tentang diri awak"


Saya pun bercerita tentang kerja saya sekarang.

Dan siapa saya sebelum ni. Pekerjaan lama saya.

Bagaimana saya jumpa OGM/META.


Aneh ya. Saya ada hubungan yang agak unik dengan META ni.

Sampaikan hari ni saya dipanggil untuk menghadap semua Board of Directors META.

Hanya Sir Fazrul je BoD yang diketahui umum.

Yang lain sembunyikan identiti mereka atas sebab tertentu.

Dan hari ni, kami semua bertentang mata untuk kali pertama.


*****

Dalam OGM/META ni, ada beberapa individu yang identitinya dirahsiakan daripada umum.

Ada 4 orang yang namanya sangat popular dalam komuniti ni.

Tania. Ricky. Abomb. Farah.

Semua ni bukan nama sebenar.


2 bulan selepas saya join podcast & kelas-kelas OGM, secara tak sengajanya saya berjaya temui identiti Tania.

2 minggu selepas tu, saya jumpa identiti Sir Ricky.

Beberapa bulan kemudian, Abomb buat kemunculan. Saya dah tahu siapa orangnya.

Dan identiti Farah yang lambat sikit saya jumpa.


Saya bersembang dengan Tania di whatssapp, menyatakan saya dah tahu identiti sebenar beliau dan yang lain.

Memang terkejut la dia.

Pihak OGM/META ni dah cuba sorok identiti diorang ni. Tapi saya seorang sahaja setakat ni yang dah berjaya bongkar identiti mereka.

Nombor telefon peribadi diorang pun saya ada. Power tak?

Tapi saya janji, saya takkan dedahkan identiti diorang.

Dan apa yang lebih unik, setiap kali ada podcast atau kelas, saya akan gunakan satu nama samaran.

Kira macam saya ni satu circle jugaklah dengan diorang ni.

Macam cerita superhero la. Ada undang-undang tak bertulis yang minta kami semua tak dedahkan identiti masing-masing.

Saya pun panggil Tania dengan Sir Ricky ni dengan nama sebenar diorang, dan diorang pun panggil saya dengan nama sebenar saya.


*****

So, kehadiran saya di mesyuarat pada hari Sabtu pagi ada tujuannya.

Pada 6 Oktober 2025, ada follower META ni bertanya di whatsapp group.

"Boleh saya tahu? Bagaimana cara untuk memasuki bidang oil & gas?"


Soalan ni dibiar tanpa jawapan.

Saya menunggu jawapan daripada otai-otai META ni.

Takde jawapan.


Otai-otai META ni pun ada kerja hakiki diorang.

Memang takde masa sangat nak melayan mesej whatsapp ni.


Saya pernah berada di situasi yang bertanya.

Mencari-cari arah nak masuk industri oil & gas. Dan mencari arah hidup.

Atas dasar simpati dan empati, saya pun gatal jari menaip:

"Cerita sikit latar belakang awak."


Dia pun bercerita.

Saya pun bagi jawapan yang sesuai dengan latar belakangnya cara untuk mauk oil & gas.

Saya sarankan dia join kursus-kursus META.


Kemudian muncul pula mesej daripada yang lain.

Bertanyakan tentang situasi mereka dan cara masuk oil & gas.

Saya pun layan je la. Sambil promote kursus-kursus META.


Makin lama makin ramai bertanya.

Ada juga yang PM tepi.

Sedih ya cerita-cerita diorang.

Ada yang nak diberhentikan tak lama lagi sebab kontrak dah nak habis.

Ada yang berbulan-bulan apply kerja, tak dapat-dapat.

Ada yang minta pendapat intern kat mana yang lebih sesuai.

Ada yang stuck kat tempat kerja sekarang, tak tahu nak pergi mana.


Saya jawab satu persatu.

Tiba-tiba saya jadi tempat untuk semua orang luahkan masalah.

Saya pernah ada di tempat mereka.

Jadi saya bantu tunjukkan jalan.


Benda ni berlanjutan sepanjang minggu.

Orang tanya, saya jawabkan.


Mungkin sebab saya dah terbiasa menulis kat blog, jadi ayat yang saya guna dalam group tu pun agak puitis dan menusuk kalbu diorang. 

Bila saya menulis cerita panjang-panjang, ramai yang bagi emoji tanda suka.

Mungkin juga bab penulisan ni memang kelebihan saya.


*****

Sambung balik meeting pada Sabtu pagi tu.

Katanya, lepas saya bersembang dengan ramai follower META tu, ada sales tentang kursus META masuk.

Ya, ada sales masuk!

Terbeliak biji mata saya.

Saya cuma bercerita tentang pengalaman saya, dan cadangkan kursus apa yang sesuai.

Tak sangka pulak diorang join kursus-kursus tu.

Yang lagi best, bukan yang bertanya je yang beli.

Yang silent reader yang baca mesej tu pun terpengaruh jugak untuk join.

"Kami ni dapat banyak sales sebab awak. Kami pulak rasa serba salah sebab awak buat kerja free. Kami nak offer part time kat awak." kata Sir fazrul

Tu dia. Secara tak sengajanya saya saya tercipta satu pekerjaan baru.

"Saya bukan otai. Baru 7 bulan masuk oil & gas." kata saya.

Sungguh, memang saya rasa tak layak.

Tapi Sir Fazrul kata, saya ni unik. Saya bermula daripada kerja kilang, berhenti kerja, masuk MNC, diberhentikan kerja, sekarang masuk oil & gas.

Saya ialah bukti kursus META ni berjaya bawak orang luar industri masuk oil & gas.


Jiwa saya lebih dekat dengan ramai orang kat luar sana.

Mereka yang masih terperangkap dengan pekerjaan sekarang.

Mereka yang bakal dan telah dibuang kerja.

Mereka yang pointer rendah, dan terlalu takut dan rasa tak layak.

Saya ialah harapan mereka.


*****

Dan ini yang saya buat sekarang.

Aktif menjawab persoalan di group whatsapp META.

Bantu tunjukkan jalan kepada mereka yang mahu tembus ke industri minyak dan gas.

Ada juga yang PM tepi, hantar resume kepada saya, dan minta pendapat.


Saya rasa saya ni dah macam influencer.

And I am quite popular in that community. Haha.


All this time, I was holding back.

Suka menyorok, buat kerja belakang tabir, tak suka kelihatan menyerlah.

A true introvert.

Tapi perjalanan jatuh bangun ni yang memaksa saya untuk keluarkan potensi sebenar saya.

And now, I'm totally a different person.

*****

Sekarang baru saya faham kenapa saya hadapi banyak penolakan.

Dalam perhubungan, kerjaya, hidup.

Sebab Allah nak persiapkan saya untuk saya berjaya sampai ke tahap ini.

Dan kongsi cerita ini kepada yang lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...